TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, December 17, 2008

20 Perkara Sesuatu Mengenai Lelaki Dan Wanita.

1. Lelaki suka untuk menjadi orang yang pertama untuk membaca suratkhabar setiap pagi.
2. Cara lelaki melihat dirinya di cermin akan memberitahukan kepada anda adakah lelaki boleh mengambil peduli tentang orang lain.
3. Lelaki tidak suka untuk mendengar "Kita perlu berbincang mengenai hubungan kita".
4. Wanita lebih mementingkan cara berpakaian daripada lelaki. Dalam majlis belum pernah ada lelaki yang risau dan berkata "Oh tidak! Mereka yang lain memakai taxedo. Saya mau keluar dari sini!!"
5. Kebanyakan lelaki tidak suka berjalan jauh dalam ruangan membeli belah. Sebab itu kebanyakan ruangan pakaian untuk lelaki ditempatkan di tingkat pertama atau di tingkat bawah berdekatan dengan pintu masuk gedung.
6. Kalau lelaki menyediakan makan malam, dan campuran bahan masakan melebihi daripada tiga jenis, itu maknanya lelaki bersikap serius dan fokus terhadap pasangan.
7. Jika wanita ber'dating dengan lelaki, dia akan rasa pasangannya sesuai untuk dirinya jika lelaki itu lebih tua daripadanya, mempunyai pekerjaan atau mengambil waktu berjumpa dengan psikatri.
8. Tidak ada wanita yang yakin akan kecantikan diri selamanya. Sebab itu wanita sering berfikir 'Alangkah baiknya saya kelihatan seperti dulu'.
9. Kalau lebih daripada 3-4 lelaki bertemu, mereka akan bercakap mengenai kelab bolasepak kegemaran atau bisnes yang memberikan pendapatan sampingan.
10. Kalau wanita berkumpul lebih daripada 3-4 orang, mereka akan bercakap mengenai lelaki dan penampilan diri sesama mereka.
11. Kebanyakan wanita suka melihat sesuatu dalam diri "Adakah saya sedang jatuh cinta?" atau "Adakah saya seorang yang emosional dan kreatif?". Tetapi lelaki lebih cenderung melihat di luar daripada dirinya "Adakah team bolasepak saya menang?" atau "Harap kereta saya tidak ada apa-apa yang berlaku"..
12. Kalau lelaki katakan "Nanti la. Saya akan telefon awak kemudian!" dan dia tidak melakukannya juga, bermakna dia bukan lupa, bukan juga kehilangan nombor telefon anda dan sudah tentunya dia bukan mati. Cuma dia tidak mahu menelelefon anda.
13. Lelaki lebih menghargai pujian daripada wanita. Contohnya, Wanita: "Awak kelihatan hebat dengan pakaian ini!" Lelaki: "Terima kasih". Sebaliknya sebaliknya jika lelaki memuji "Awak sangat menawan berpakaian begini" Wanita: "Iya ka? Tapi baju ini tidak ada renda di lengan la".
14. Lelaki mempunyai keyakinan lebih daripada perempuan kerana mereka membesar dengan kecenderungan mengenal superhero. Perempuan pula membesar dengan patung barbie.
15. Lelaki mudah lupa banyak perkara. Wanita pula boleh mengingati segala-galanya. Sebab itu lelaki suka melihat ulang tayang perlawanan sukan terutama sekali yang melibatkan pasukan kegemaran.
16. Usah memberikan tunjuk ajar kepada lelaki bagaimana untuk berada di khalayak ramai, lelaki boleh terima 'nasihat' secara personal, tetapi di khalayak lelaki lebih suka mengendalikan dirinya sendiri.
17. Perempuan yang berkahwin dengan lelaki yang sudah bercerai mempunyai sikap lebih bertanggungjawab. Jika wanita begini lebih ramai dalam dunia, ini menguntungkan persekitaran dan industri kitar semula.
18. Lelaki lebih yakin akan diri sendiri. Ini boleh diperhatikan apabila lelaki menonton perlawanan bolasepak, dia boleh memikirkan jika dia fokus kepada perlawanan, kelab yang disokongnya boleh menang. Jika kelab berkenaan berkemungkinan akan mengalami kekalahan, dengan tidak semena-mena boleh menjadi 'coach' memberikan komen, mengkritik dan memberi arahan kepada pemain sekalipun hanya menonton TV. Haha..
19. Kadangkala lelaki sensitif dengan cara yang pelik. Jika dia menyalakan api untuk membakar surat-surat peribadi yang lampau, surat terakhir yang tidak habis terbakar akan dijadikan simpanan peribadi.
20. Wanita harus berhati-hati dengan lelaki yang kaya dan botak. Sikap angkuh disebabkan oleh kekayaan yang dimilikinya akan sama sekali menjejaskan imej baik berkepala botak.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

gaman.. ada juga yg tidak sya setuju tu. Ragam org tidak tetap dan tdk semestinya begitu.

boleh jg sya pertikai beberapa tulisan ko.. mcm lelaki tngok cermin, tidak jg sebab kukuh itu gambaran tntg lelaki care atau tidak sama org lain. mgkin jg dia mo nampak kemas supaya org lain seles bergaul dengan lelaki...

no 12 tu... tengok jg apa kepentingan masa dia waktu itu... jika penting dan sibuk, boleh 'terlupa' juga...

yg lain2 tu ada yg tidak realistik.. hehe. Mcm saja ja ko kasi ada2... tapi artikel ko ni buli juga ba dibuat panduan...

6:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

adess.. ada sala taip..

#selesa bergaul dengan org lain ba.. hehe

6:43 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

tintadesa..

terima kasih atas kunjungan. Artikel itu cuma kutipan daripada gabungan beberapa pandangan orang. Mana yang saya rasa agak di luar daripada kebiasaan, saya masukkan..

Terima kasih atas komen. Saya juga ada yang tidak setuju dengan beberapa perkara di atas. Tapi saya masukkan sahaja dalam entry. Mungkin ada yang membantah dan ada yang bersetuju. Mungkin jika ada idea lain bole kemukakan... :)

Happy New Year in advance kio... and Merry Christmas

1:18 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home