TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, December 31, 2008

KENANGAN LAMPAU: Tunggu Di Sini!!...

Masa itu umur saya belasan tahun (tahun 1982-83). Mungkin umur waktu itu sekitar 13-15 tahun. Bapa mengejutkan saya dari tidur. Agaknya lebih kurang jam 1o malam. Saya tidak pasti. Kerana tidak ada jam di rumah. Hanya ada kalendar. Ruang tamu memang kosong tanpa apa-apa. Masih bersumberkan pelita dan sekali sekala lampu pom.
Bapa bisik perlahan. Katanya temankan dia jalan-jalan tembak kelawar yang makan buah belunu di tanah bukit. 'Untung-untung boleh dapat beberapa ekor kelawar'. Nada suara bapa antara jelas dan hilang ditenggelami hiruk pikuk cengkerik. Saya tidak membantah walaupun sangat mengantuk. Saya tidak mengerti mengapa perlunya bapa 'makan angin' malam-malam buta begini. Bapa mengambil senapang patah dan menyandangnya ke bahu.
Saya berjalan sambil mata terpejam separuh. Sekali sekala agak tersasar langkah ke semak rimbun lalu rebah atau terlanggar pokok kecil. Mujur la bukan kayu yang besar. Kalau tidak, mungkin bentuk muka bumi dahi saya pasti berbukit-bukau. Hehe... Bapa memaut bahu saya dan meneruskan perjalanan. Ada sekali saya terus 'longlai' dibuai tidur di celah pautan lengan bapa seakan-akan seperti bantal sahaja rasanya. Mujur bapa pantas menyambut. Kalau tidak, saya mungkin jatuh ke dalam sungai. Bapa cepat-cepat sapu wajah saya dengan air bekal. Segar sedikit.
Hutan sangat tebal. Keadaan sangat gelap. Langit cerah berbintang seribu. Rembulan seri wajahnya menyapu dedaun rimba. Mau sahaja pejamkan mata bila ada masa rehat nanti. Setiba kami di sebuah pohon besar lebih kurang 3-4 pemeluk, bapa berhenti dan mengambil tempat di celah-celah banir pokok untuk berehat. Saya duduk sambil memeluk lutut. Terfikir hendak sambung tidur.
"Tunggu di sini sampai saya balik!. Jangan pergi mana-mana." Keras sedikit suara bapa. Bila saya mengangkat muka mahu pandang wajah bapa dengan perasaan ingin bertanya, tiada kelibat, ruang kosong. Pandangan mata saya tembus ke cakerawala. 'Bila pula bapa jalan ni? Mana dia mo pegi?' Hati membisik sedikit rimas dan tidak selesa ditinggalkan berseorangan malam-malam begini.
Hilang mengantuk. Kiri kanan gelap. Malam yang agak sunyi, sekali sekala diganggu desir angin. Terang rembulan yang menembusi jendela belantara menyuluh sekitar. Pandangan saya semakin lama semakin jelas di dalam kegelapan. Saya melihat ke kanan. Ada kain putih yang meliuk-liuk ditiup angin. Saya perhatikan betul-betul. Seakan kelambu. Saya mendekat sedikit. Terkejut. Baru saya perasan, itu kelambu untuk kubur. Bah! Kenapa la pula saya ditinggalkan di tempat begini? Hati saya sedikit memberontak cemas, sambil mengharapkan bapa segera muncul. Ada dua kuburan. Saya menoleh ke kiri. Juga Ada dua kuburan yang berkelambu. Macam tidak puas hati sama bapa pun ada. Adakah patut tempat begini jadi kawasan rehat. Sudah la ditinggalkan saturang ni.
Saya sabarkan hati. Kuburan kiri kanan saya perhatikan silih berganti. 'Kenapa la pula ini yang saya nampak!' Saya membentak dalam hati. Merintik peluh. Telapak tangan sejuk. Lama sangat bapa pergi. Hampir sejam lebih. Silakak! Saya luahkan geram terhadap diri sendiri. Mahu memarahi perasaan yang mula bermanja dengan ketakutan. Mau saja saya balik saturang gara-gara tidak dapat menahan rasa ngeri tengok kelambu yang macam senyum-senyum tengok saya. Silap-silap kalau ada saja hilai ketawa, kaki saya yang bawa lari. Macam tumbuh ekor pula di punggung. Lutut lemas. Saya fikir-fikir, tahan saja la. Yang tidak bagusnya bila angin tiup, tong-tong kecil yang tergantung pada kayu terpacak banyak-banyak di tepi kubur-kubur tersebut macam menghasilkan muzik yang seakan-akan menangis sayu. Rasanya mau terkencing. Sekali-sekala ada bunyi seperti ada sesuatu yang berlarian mengeggar semak rimbun. Lagi la....
2 jam... 3 jam.. Saya mengagak-agak, satuuuraaang saya saaaana di celah-celah banir pokok. Macam ada ja ular bila saya tengok akar banir melingkar tidak tentu arah. Terbayang-bayang ada mulut lembaga ternganga luas atas kepala. Saya tidak berani mendongak. 'Bapaaaaaa....' Saya menjerit dalam hati.
Prakkk!!. Ranting kayu patah. Tidak semena-mena sepasang tangan pantas menepuk bahu. Apa lagi saya melompat berguling. Yang tidak siuknya saya landing saaaaana di kubur. Cepat-cepat saya mau cari kayu buat senjata. Saya pegang kayu. kelam kabut saya tarik, tidak dapat. Mau pukul ja tu sepa yang memandai-mandai kasi takut saya. Manakaaah tercabut kalau itu pokok sebesar lengan. Pokok hidup. Bukan ranting kayu! Berdarah tangan saya. Kulit mengelupas.
"Mari pulang" Itu suara bapa. Legaa juga. Semasa dalam perjalanan balik rumah sempat juga saya fikir 'Ini sajakah? Buat apa saya di hutan?"
"Macam mana? Takut ka?" Bapa bersuara dalam gelap.
"Tidak juga." Aiii... Tidak juga saya bilang. Bukan main saya kecut perut tadi. Bapa tidak pernah bercakap apa sebenarnya tujuan dia membawa saya malam-malam begitu di tengah-tengah kawasan perkuburan. Selepas itu sering juga bapa ajak saya malam-malam kalau bukan pergi menembak, menunggu buah Belunu jatuh.
Saya tidak tahu kalau bapa sebenarnya berniat mo "train' saya supaya hilang rasa takut. Saya ni kecil-kecil dulu mudah takut. Kalau pergi sekolah, dengar deru lori kayu balak dari jauh ja di balik selekoh, berlarian saya batapuk (sembunyi) di dalam semak. Lambat masuk sekolah, comot lagi tu gara-gara balik-balik sembunyi. Selalu la begitu. Kalau ada ibu ayam beranak lapan. Lagi la .. Bila ayam tu mo ready pasang kuda-kuda mo kejar, pantang sya tengok ayam begitu, lari panjat pokok jambu la. Kalau sempat, masuk rumah. Kalau tidak jauh larinya. Ngeri sya kena teradah (terjah) dari belakang. Kalau nasib malang, kena penangan. Merinding ja bulu roma. Trauma 1-2 jam. Malam-malam naik tangga, selalu speed, takut ada tangan keluar dari celah-celah anak tangga mau tangkap kaki. Bengkak tersandung, berdarah sudah jadi kebiasaan... Kalau mama suruh pergi di dapur ambil cerek air, sengaja saya teriak-teriak menghilangkan rasa takut. Saya tidak suka kena suruh saturang-saturang masuk dapur gelap-gelap. Saya tau juga di mana letak tu cerek air tapiii... "MA! MANA TU CIRIK? TEDA NI!!" Mama bilang "Kanapa kaitu menjerit-jerit". Sengaja saya mau mama jawab soalan saya. Suaranya dapat membantu menghilangkan ketakutan saya. Ni la cerita saya budak-budak dulu.
Sejak menjadi orang dewasa ni, ketakutan saya tidak lagi se'ekstrem' dulu.Mungkin kesan 'training' bapa di tanah kuburan menjadikan saya sekarang ni tidak begitu takut lagi dengan gelap malam. Haiyaaa.. teruk juga saya.

5 Comments:

Blogger Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar said...

Best aku baca cerita mu ni L.M.. Urang dulu2 ni mmg kaya pengalaman bahkan.. Cuba la tingu' budak2 sekarang ni. Jarang lagi ada bawa anak jln2 tngh mlm/pigi mna2 tempat yg mencabar.

Anywhere, dikesempatan ini sebelum terlambat jauh saya kira mo ucap Selamat Tahun Baru 1430/2009.. Semoga kita dapat capai apa yang diAzamkan....

4:16 PM  
Blogger everjoy said...

bagus jg ni cerita ko oh...pengalaman zaman budak2 hingusan...seronok kalau diingat...anyway, selamat tahun baru 2009 ki...

5:10 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Tuan,

mungkin dulu saya penakut ba.. jadi mo kasih buang tu sikap penakut sya yg ekstrem... hehe

kesempatan ini juga saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga semuanya baik2 dan mendapat keberhasilan dalam segapa apa yg diusahakan...

Jovita,

kisah2 masa kecil kita dulu2 lagi jadi kenangan klasik... zaman kanak2 penuh dengan bermacam cerita yang antaranya dapat membantu kita sepanjang membesar...

Selamat tahun baru juga untuk Sdri Jovita... Semoga sukses di dalam segala yang dicita-citakan...

10:55 AM  
Blogger Kay Masingan said...

pinsan,

sa suka ni imbasan ko dan yg paling sa mo ketawa berguling-guling ya ko lari bertapuk kalo dengar tu luging ba. ingat kami ja adik beradik begitu. ko pun juga pula. ko tau kami dulu, dengar ja luging dari jauh, mingkaso bertempiaran betapuk di parit-parit. ada lagi, time tu jln raya di kg parong kana buat (budak2 lg kami), kami takut btl sama tu kopiting, mosigan (yg jentera berat boh. kami dari sungai tu mandi, kami tapuk dulu di kulabut boh, menunggu tu jentera limpas. lamaaaa...sampai di rumah, terus kena pukul. mama sa ingat kami lama mandi (memang selalu la lama berendam di sungai). sa pikir2 sekarang, kenapa la kita dulu takut pada jentera berat ah? mcm gergasi ba kan..hehe

12:10 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

pinsan,

hehe.. aii kamurang pun begitu ka? adehhh... paling sya tidak tahan tu lan tu, dengar kopiting ka, loging ka punya bunyi... apa lagi kalau dia limpas berkerut2 tu bunyi rantai roda atau gegaran jalan, macam ada hantu ja sya rasaaa... hehe klasik butul 'ketakutan' kita kicil lagi...

dorang kakak sya la yg ajar tu sembunyi kalau ada jentera berat lalu.. haha. APa lagi yg sya ni ikut2, betul2 ketakutan.. dorang2 yg lain tu mingkaso ja karaja diurg tu... adehh kesian juga sya.. :)

12:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home