TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, February 13, 2009

Misteri Senyuman Orang Politik

Senyuman melambangkan sifat mesra. Boleh juga membawa pelbagai maksud. Senyum ketika menangis, ketika ketawa, ketika marah, ketika berdiam diri atau senyum seorang diri. Ada juga senyum tanda setuju, juga senyum tidak setuju, senyum bila kena marah, senyum bila menyedari tersilap langkah, senyum kerana puas hati kepada sesuatu, senyum bahagia. Di tengah jalan grabel, orang kampung melambai dari jauh bertanya khabar cuma melalui senyuman sebelum berurusan ke sawah bendang masing-masing.. Bermacam-macam.

Ada satu lagi jenis senyuman yang ingin saya bicarakan. SENYUMAN ORANG POLITIK. Senyuman mereka ini jenis yang ada jalan cerita. Berkronologi la katakan. Ada misteri pula tu. Hehe. Bergantung kepada peribadinya dan cara pembawaan jati dirinya dalam mengekspresikan perjuangan politik. Pemantauan saya selama 30 tahun dipimpin orang politik di Sabah membawa saya kepada satu sebab lain yang kita jarang ambil tahu.

Fasa pertama: Senyuman orang yang mula berjinak-jinak dengan politik-

Mula-mula dipilih menjadi calon. Senyumannya ke serata mana-mana kampung yang dilawatinya bersama 'orang-orang besar' kerajaan. Peluk sini sana, senyum. Jabat tangan sini sana, senyum. Satu kali bisik, senyum. Dua kali bisik pun senyum. Lagikan bergurau, gelak ketawa sakan. Dalam jamuan ramah mesra bersama rakyat, senyuman tak pernah lekang dari bibir. Letih-letih, simpan saja, senyum lagi. Asalkan dapat perhatikan orang kampung membalas senyuman, senang hati. Permulaan untuk meraih sokongan. Selesai sesi 'lawatan' desa-ke desa, sempat tinggalkan pesan dan berakhir dengan senyuman.

Fasa Kedua: Senyuman orang politik menang pilihanraya-

Wah! yang nie senyuman 24 jam. YB baru senyum sendiri, membalas senyuman di kiri kanan ,depan belakang. Siapa pandang siapa, saling tersenyum. Siapa yang tidak mahu meraihkan kejayaan dengan bunyi gempita. Senyuman beribu-ribu, ribu ribu lemon.. hehe. Satu perasaan yang sangat lega melepasi ranjau pertama. Pegang telefon, senyum. Menikmati hidangan, senyum. Mencurah ucapan tahniah.

Fasa Ketiga: Senyuman orang politik bergelar YB-

Senyum bangga berkhidmat untuk rakyat. Berbaju kot, beg ala James Bond, masuk DUN, bersidang, senyum lagi. Jumpa orang politik senior, senyum. 2-3 tahun bergelumang dengan dunia politik mula dapat tips, tau selok belok politik, senyum. Mula la dengan kesibukan, kurang jenguk desa nun pinggir bandar, lagikan yang jauh ke pedalaman. Hantar wakil cukup atas alasan banyak kerja. Perayaan besar baru muncul umum sumbangan konon bantuan ikhlas. Kemudian selalu hilang. Desa mulai kehilangan senyuman YB yang dulunya mesra rakyat. YB sudah tau memilih bila perlu tersenyum. Senyuman jenis ini ialah senyuman jaga hati orang tertentu. Nak kekal kuasa. Senyum sambil 'berjabat tangan'. Dengan orang kampung, tinggal tersengih.

Fasa Keempat: Senyuman YB yang sudah lama dalam politik-

Senyuman jenis ini antara nampak dan tidak nampak. Selalunya tersenyum sendirian. Tengah-tengah malam pun tersenyum sambil tangan diletakkan di dahi memikirkan peluang mengaut keuntungan sudah di depan mata. Biasa la YB yang sudah pandai mencongak 'komisen'. Tau kira untung poket. Peruntukan mencurah datang. Lagi la tidak keruan. Keluar la idea 'side income' dan berdenyut-denyut dalam fikiran 'gaji tak kacau!". Senyum sorang-sorang di bawah cahaya remang rembulan. Ini belum lagi berurusan dengan orang-orang bisnes yang saling bersaing meminta perhatian YB. Maka adalah 'sagu hati' untuk YB agar memenangkan tender dan sebagainya. Lagi la senyuman YB bertambah galak. Harta karun mencurah-curah atas meja menengelami fail rakyat. Rasa-rasanya la senyuman seperti ini menyerupai senyuman sang serigala jadian bila malam bulan mengembang penuh. Semakin bernafsu bila laluan kerjaya politiknya bersinar 'keemasan'.

Fasa Kelima: Senyuma veteran politik-

Senyuman puas kerana berkelimpahan. Waktu ini sudah mula 'mengaktifkan' akaun menjadi aset kekal. Kaut untung di desa, berbumbung di bumi lain. Senang-senang nanti bila bersara atau kalah dalam pilihanraya tiada apa yang perlu dimalukan, tidak perlu lagi melihat wajah orang kampung. Menyedari 'terlupa' tanggungjawab terhadap rakyat sehingga sahamnya jatuh, namun masih tetap juga tersenyum kerana perancangan untuk diri sendiri sudah berjaya. Bila-bila boleh bersara dari politik. Peduli apa lagi dengan politik. Peduli apa lagi senyuman masa kempen mula-mula dulu. Akhirnya berderai lagi airmata, rakyat terpaksa memilih sekali lagi, sesudah berkali-kali diabaikan.

FASA TERAKHIR!!! JANGAN ADA DAN ULANG LAGI SENYUMAN SEPERTI INI!!

Bukan semua orang politik bersikap buruk. Tapi yang malangnya, tempat kita berpanjangan karena politik yang boleh dikategorikan buruk prestasi.

Wahai orang politik, kasihan orang kampung. Warga desaku, kali ini bangkit la. Kita tidak perlu setia pada mereka yang sudah lama terlupa asal usul perjuangan. Bina semangat baru. Ganti mereka dengan bakat kepimpinan baru, yang dalam susah senang rakyat, dalam susah senang pemimpin sama-sama TERSENYUM. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama-sama bangsa lain membina kesejahteraan hidup.

10 Comments:

Blogger AragangTandik said...

he he he banyak pula jenis senyum ni ah? Aku pernah dengar ada juga senyum kambing dan senyum sumbing atau Senyum dalam Tangisan?

8:10 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

iya... belum masuk lagi tentang senyum koporat... hehe senyum ini sangat banyak pembawaan dia... banyak lagi yg tidak tertulis di sini.. maklum la, spontan menulis ni banyak yg terlupa... hehe

8:55 AM  
Blogger NONG said...

he he he..ada banyak jenis senyuman baini kalau diadaptasi betul2.Tapi yang paling sandi ialah 'senyum rakus'.Macam mana ni ah kalau senyum jenis ini?

8:57 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

senyuman rakus ka nong.. adeee.. emana laitu kalau yg mitiri bi'is lagi?.. naaa.. bikin susah kota marudu ja tu.. hehe

9:56 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

cuba ko kasih cerita saudara apa punya senyuman yb. anita baranting dan yb. datuk dr. maximus ongkili?

11:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

setuju dengan LM....namun agak sukar kita cari YB yang mempunyai senyuman ikhlas. Ikhlas dalam erti kata berjuang untuk kepentingan rakyat yang diwakili. Waktu kempen...siapa saja yang ditemui pasti dia tersenyum walaupun senyuman tawar.Bila dah bergelar YB....dia tersenyum juga tapi dengan senyuman sinis mungkin takut pengundi menuntut janji yang ditabur sewaktu kempen

12:10 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

ada kawan kasih cerita bah tidak tau betul or not, bapa yb. datuk dr. maximus ongkili itu sebenarnya cina bah, nama sebenar dia Ong Kee Lee, tapi dia tukar pigi Ongkili sbb takut di bunuh oleh askar Jepun semasa perang dunia ke 2

1:35 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Najis Rojak,

Apa perbezaan antara Yb Anita Baranting dan Yb Maximus? Satu baru masuk 'bertugas' satu lagi sudah lama 'bertugas'... kita yang dipimpin oleh orang yang baru masuk bertugas dan org yang sudah lama bertugas, akan membawa kepada bagaimana bentuk penilaian kita selama ini... cuba kita fikir2 ka apa yang kita dapat sebelum ini dengan orang yg sudah lama bertugas.. hehe

saya tidak pernah tau asal usul keluarga datuk max... sya tau dia urg langkon ja...

Kudingking,

inilah yang kita sedih... mula2 saja mo kenal betul org kampung, lepas duduk kerusi empuk, bangga diri.. pilih kroni daripada pilih mendengar suara rakyat... mula2 mendengar juga la keluhan rakyat, lama2 bisikan kemewahan jadi lebih kuat di telinga dia...

2:21 PM  
Blogger NONG said...

LMike..Dua2 pemimpin ni sudah lama berkarat bilang c Najis Rosak tu masa yg satu belum jadi YB, sudah juga dia jadi PKR bo.Patut2 ada sudah pendirian dia ba nga puuuun susah juga mau cakap..
Harap2 ada perubahanlah nanti.

12:07 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ya, saya tau jg dia tu PKR sama c Dr. Max... ramai yg tidak setuju Pn Anita Baranting tapi Dr Max tetap jg memilih proxynya.. Saya jangkakan kedua2 YB ni kalau bertanding balik, akan struggle... terutama Yb Pn Anita... Keuali dia membuat pendirian jelas akan arah perjuangannya dan berusaha bekerja lebih keras utk kemajuan.. tapi... rasanya seperti 'hampir terlambat'... hampir la... dia ada beberapa tahun utk menunjukkan prestasi... kerana gelombang anak muda sekarang mula mendapat tempat di hati masyarakat...

1:39 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home