TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, February 09, 2009

Peruntukan Perlu Sampai Kepada Sasaran

Saya kurang arif akan pengurusan bajet untuk kawasan pilihanraya. Saya juga tidak tahu bagaimana peruntukan tersebut dikelolaka mengikut keutamaan kerana sangat banyak isu yang berbangkit atas harapan rakyat yang mahukan kemajuan.

Mengikut pengumuman peruntukan untuk kawasan adun, lebih kurang berjumlah RM400k. Jika sejumlah ini yang dikhususkan untuk pembangunan kawasan, gunakan SEPENUHNYA peruntukan ini tanpa melibatkan sebarang kepentingan yang bersifat peribadi. Jangan banyak tangan yang pegang wang peruntukan.

Ikutkan cerita orang, peruntukan sampai kepada adun. Adun kepada PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat). PKR kepada individu A untuk pengurusan. A bagi kepada B untuk menyampaikan peruntukan kepada pihak kontraktor. Kontraktor kepada sub. Sub kontraktor atur pekerja. Kalau macam ni, tidak hairan la 50% daripada peruntukan akan hilang, mengenyangkan perut beberapa pihak. Tidak termasuk duit saguhati nak jaga hati pihak tertentu. Hasilnya, perancangan asal naiktaraf jalan tidak sampai sekerat pun yang selesai. Hanya 5% daripada kemampuan sebenar perlaksanaan kemajuan.

Di mana silapnya? Orang kita juga susahkan orang sendiri.

16 Comments:

Blogger Umar Safri said...

tahniah LM! satu sindiran yg pedas kepada si penggemar2 cili. sy fikir, problem ini akan kekal sbg problem kalau bapa-bapa menteri dan kepala segala bapa terus terlibat dgn gejala tidak sihat ini. bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. kalau bapa kencing berlari, anak? sbg leader, bukan sahaja mesti bersih. tapi, mesti kelihatan bersih. aduh pak...

12:04 PM  
Blogger aranam said...

Sungguh menyedihkan. Malang sekali, ia bukan mimpi.

12:28 PM  
Blogger NONG said...

LMike..memang betul susunan kronologi 'tangan ke tangan' yang ko pot ni.Kerana sikap beginilah yang menyebabkan ketidak percayaan rakyat kepada pucuk pimpinan kita. Kalaulah bukan Anwar , Karpal Singh, dan Nik Aziz yang menerajui PR, PASTI mereka ada tempat teratas tapi sayang...

"SATU LANGKAH AWAL YANG TERSILAP TIDAK MUNGKIN DAPAT DIPERBAHARUI OLEH BERJUTA LANGKAH BETUL YANG TERKEMUDIAN..KALAU PUN MUNGKIN TAPI TIDAK 100%" - Betulkah ni LMike..

4:24 PM  
Blogger IsOn said...

Pak Lah kata, "'Delivery System' perlu diperbaiki untuk memastikan rancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan."

Malangnya terlalu banyak birokrasi. Sistem yang membuat 'Delivery System' itu sendiri juga penuh dengan muslihat yang licik untuk mengaut duit rakyat.

Entah bila para pemimpin kita akan mula berubah untuk mengenepikan kepentingan sendiri dan mula melihat masalah rakyat sebagai 'priority'.

5:08 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

umar,

karenah politik menyukarkan segala apa yg disifatkan memajukan rakyat

aranam,

kapankah mereka terjaga dari lamunan?

Nong,

Dari tangan ke tangan... sungguh menyusahkan kita di kampung2...

Dr Nellson,

Delivery system jika tidak dipantau betul2 ramai pihak mengambil kesempatan... apa2 sistem pun perlukan pantauan..

kenapa agaknya peruntukan utk rakyat agak sukar sampai SEPENUHNYA kepada rakyat?

9:17 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

aranam,

maksud saya terjaga dari lamunan wang ringgit?

9:19 AM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Sya rasa keadaan ini dapat dikurangkan jika pemimpin atau org2 yg terlibat dengan situasi ini mempunyai integriti dengan tugas dan peranan masing2. Dan sya percaya integrati ini sudah disemai di kalangan pemimpin baru skrg. Ini keranan kita boleh lihat keadaan skrg lebih baik atau bertambah baik daripada keadaan sebelumnya dimana amalan mendapatkan komisen sgt ketara. Perkara ini juga dapat dibendung jika orang kita berani seperti 'Karpal Sing' atau 'Karamsing Walia'. Kita sudah ada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jadi apa lagi, buat apa yg sepatutnya. Kita jangan hanya menang bertempik tapi kalah dalam perlumbaan.... Maafkan Aku bilang si Katik...

1:52 PM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Sepekara lagi setiap wang yang dibelanjakan atau diperuntukan untuk sesuatu projek harus ada yang mengauditnya. Tapi praktis ini seperti tidak diamalkan di sabah (tidak pastilah...tp rasa2nya). Dan tahukah kita sebagai rakyat kita berhak tau kemana duit itu dibelanjakan?..... Persoalannya adakah kita sebagai rakyat mahu ambil tahu?..... renung-renungkanlah...

2:00 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

patutlah jalan2 raya dan balairaya dan segala2nya projek2 yang dibuat di kampong2 tiada kualiti dari bawah ke atas RASUAH!

4:39 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

RUMBIAM,

Sering juga saya tertanya2 mengapa seolah2 tidaka da pengauditan dilakukan tentang kemana wang peruntukan digunakan... malah saya pernah menulisnya di entry sebelumnya mengenai kemusykilan ini.

kita mesti tahu kemana wang rakyat di gunakan...

Srixon,

tengok saja ba jalan kg... kalau 24 tahun berkuasa, begitu saja ka tu jalan kita di kota marudu??? kalau ada yg sekerat jalan yg siap tidak sampai 3km tu sekejap berlubang dek kerja yang 'jimatkan kos' lebihkan kantung poket...

12:31 AM  
Blogger dardie said...

ermmm...kalau kita perasan, kenapa jalan2 yang dibuat di kebanyakan tempat itu sangat cepat rosak..selepas diturap, bagus la kalau ada 4-5 bulan rosak lagi..inilah sebenarnya mainan kroni2 dalam politik..mereka mau pastikan agar projek agenda peribadi itu sentiasa tidak putus..tapi yang paling menggeramkan ialah apabila claim dorang pasal peruntukan tu 150% lebih daripada apa yang akan dilaksanakan nanti..
Seperkara lagi, kerajaan Malaysia suka sangat mendapatkan publisiti dengan riak memberikan bantuan kewangan dan material kepada mangsa bencana seperti Tsunami, Gaza...tapi apakah tindakan serupa telah diambil untuk membantu rakyat sendiri yang sebenarnya sudah lama memerlukan..tapi memandangkan kalau tolong pun tiada dapat apa2 publisiti so dorang pun buat dek ja..tapi kalau yang menadapat publisiti meluas..dalam masa 1 minggu saja jutaan ringgit boleh diberi..

10:22 AM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Mick...yg paling heran kan... ramai sudah ba org2 kita yg berjaya. Memiliki pekerjaan yg hebat2, berpangkat tinggi, berpengaruh dan berpelajaran hingga ke PhD... TAPI... kenapa kita tidak nampak peranan mereka dalam memartabatkan tempat sendiri????... kita fikir2 kan la..
lumarah manusia mau menjaga periuk nasi sendiri kan...

12:06 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

org2 phd biasanya sangat sibuk dengan aktiviti akademiknya atau sedang mengembangluaskan bidang kepakaran mereka dalam dunia kerjaya.

kebanyakan mereka tidak mempunyai 'minat' yang tinggi tentang hal2 berpolitik... walau bagaimana pn, sudah tiba masanya kita perlukan kewibawaan mereka...

kalau kita tidak dapat memiliki 'kepimpinan' mereka, kerja2 sukarela mungkin satu daripada alternatif untuk mengangkat kawasan sendiri...

tapi mengikut khabar yg saya dengar, sudah ada gelombang yang mula bergerak senyap yg berjuang selari dengan aspirasi rakyat... kita tunggu dan lihat...

2:34 PM  
Blogger NONG said...

Walau berjuta sekalipun PHD dari tempat kita kalau sebelah mata pun inda dipandang dan inda diberi peluang oleh 'mereka2' ini memang indada jalan juga itu.
Bagus jaga periuk nasi sendiri dan membantu rakyat kita memartabatkan kedudukan melalui pendidikan.. everything is education.

LMike..betul tu.Saya pun ada dengar juga khabar tentang gelombang tersebut.Dan saya kenal salah seorang diantara mereka.. ALL THE BEST TO THEM lah..saya sokong dari belakang selagi ia pada landasan yang betul.

9:04 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

bah kalau saudara dan saudari sudah tahu mcm tu pa mcm PRU13 akan datang kita beralih angin, kita tukar pemimpin di kawasan KM yang sudah berkarat!

11:04 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kita akan beralih angin tapi kita perlu sabar kerana ada 1,2 gelombang akan melakukan tsunami politik.. satu sudah 'bergerak'.. satu lagi akan memulakan langkah. Kita kena tunggu keadaan yg sesuai untuk memberikan sokongan

BERSABAR!!! masa depan tempat kita jangan di jual beli. Kita kena buat keputusan bijak..Tunggu sehingga anda ketahui apakah gelombang itu!!

tertanya-tanya? SABAR...

7:09 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home