TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, February 05, 2009

Terdesak Atau Eksploitasi?

Mengejutkan, mengujakan, sedikit pelik, banyak tanda tanya. Itulah gambaran dalam perasaan saya ketika ini. Ketika mengetahui perkembangan tentang senario politik terkini di Perak, saya mulai tertanya-tanya motif mereka yang terlibat dalam 'drama sandiwara minggu ini'. Ini tidak termasuk kemelut yang ditimbulkan oleh adun Bota. Sejarah baru terlakar dalam episod politik tanahair. Lompat parti, 10 hari kemudian, lompat lagi ke pangkuan asal. Barangkali menyedari tiada peluang dalam hireraki politik melihat kepada situasi terkini yang dihadapi PR?

Tanpa melalui sebarang tapisan Jawatankuasa Penilaian UMNO, kedua-dua adun diterima dengan pintu terbuka luas. Umum mengetahui bahawa karekter dua adun ini telah dipertikaikan di akhbar sehingga 'menjejakkan' isu mereka menjengah ke ruang mahkamah. Namun, atas nama politik, semua prosedur kebiasaan yang diamalkan UMNO diketepikan tanpa perlu menganalisa pro dan kontra. DAP juga terkena tempias huru-hara politik apabila satu daripada adunnya juga turut mengistihar dirinya sebagai calon bebas tapi kelihatan bersama Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar.

Terdesak untuk menghukum PR atau masanya sudah tiba untuk melempiaskan 'kebungkaman' jiwa akibat penangan PRU 12 baru-baru ini? Mungkin hanya dengan cara ini, mereka dapat menjawab segala keremukan hati yang menyeringai di dada UMNO akibat dikerjakan oleh pengundi tsunami dalam PRU12 lepas. Saya tidak tahu apakah kesudahan polemik politik Perak. Jika berjaya menubuhkan kerajaan baru, ia pasti dilihat sebagai satu permulaan baik kepada Datuk Seri Najib yangbakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri mac ini.

Buat waktu ini, semua akhbar utama tempatan melaporkan 'keriangan' tidak bertepi 'kejayaan' BN menumbangkan kerajaan PR di Perak. Namun perlu diingatkan, 3 adun berkenaan berstatus calon bebas tapi disifatkan sebagai rakan kepada BN. Apa sahaja kemungkinan akan berlaku.

Ujian bagi PR untuk memperlihatkan karekter mereka. Apakah mereka berjaya menampilkan ketenangan dan stamina politik dalam menghadapi waktu mencabar. Semuanya akan diperhatikan rakyat. BN pula harus membuktikan sesuatu yang releven untuk mempastikan Perak bukan sekadar satu mimpi indah. ASASNYA ialah, sesiapa sahaja yang memegang tampuk kerajaan, mereka harus telus sejajar dengan aspirasi rakyat.

Ingatlah... kemelut ini menjengkelkan. Anda diperhatikan.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Melihat situasi politik di Malaysia hari ini, saya sering tertanya-tanya apakah agenda YB-YB kita sekarang ni...nampak gaya bukan berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan memperkayakan diri sendiri. Sedih...sedih..

7:26 PM  
Blogger BUNG ADI said...

pada hemat sanguru yang berpegang kepada JALAN LURUS, apapun alasan, saya tidak menerima cara sebegini walaupun ada rasionalnya. satu petanda awal bhwa sindrom ini bakal dihalalkan oleh kepimpinan baru. Jika sindrom ini tidak dicegah, PUSINGAN RODA boleh berlaku dan terus berlaku. Bobrok dan goblok...

2:03 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Kudingking..

HEran dan mmg tertanya-tanya... politik sekarang sangat mudah main wang.. mudah ditabur dan mudah dibeli walaupun berjuta-juta ringgit.. Jumlah banyak begitu boleh kasi bangun rakyat..

Sanguru..

Terima kasih atas kunjungan. Setuju dengan tekong. Mcm jadi satu trend sudah politik mcm nie... kalau mcm nie... kerajaan akan tukar sesuka hati sahaja bila2 masa.. asal lompat dan cukup korum....

menyusahkan rakyat.

8:37 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

itulah bah kerja BN (Barisan Najis) yang diketuai oleh Najis Rojak yang sudah terdesak sekarang dia peralatkan Sultan untuk merampas kuasa di Perak kerana isu perkauman tidak releven lagi.

1:59 PM  
Blogger NONG said...

semua termasuk pemimpin PR sekalipun memang DUIT ba.. Jgn cakap tidak.Memang itu agenda utama.Kalau betul ikhlas dan sedar tanggungjawab kepada rakyat dan negara, buka begini caranya.Mereka2 ini golongan minda kelas pertama (minda keras kepala ah),Golongan terpelajar tapi tidak dapat menjangkau fikiran orang yang tiada sikulah..

Sebagai contoh DSAI, sepatutnya setelah begitu rupa insiden yg pernah dia lalui dan kalau memang benar dia ikhlas mahu menerajui kepimpinan negara, biarlah bermula dari bawah sekali lagi.Saya rasa cara ini lebih berkat dan dihormati.T..A..P..I sayang, dia hanya memperlihatkan Kerakusan dan ketamakan kuasa..
Bagitu juga dengan kepimpinan sedia ada.Kenapa mesti membelakangkan golongan intelek yang baru lahir?Karana tamak dan rakus juga.Pendek kata dua2 pihak ini 2x5 saja.Yang jadi mangsa kita RAKYAT Malaysia..
Fikir2kan bersama..

4:43 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

nong ko masih budak2 ko mana tau politik ko bagus didik anak2 ko saja dari campur2 politik -:)

4:16 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

srixon,

terima kasih atas kunjungan. Sama2 la kita berdoa supaya masa2 akan datang tidak ada ulang tayang pemimpin yang lupa tanggungjawab...

Nong,

orang politik ini sangat mudah nampak jalan kemewahan daripada air mata desa...

9:26 AM  
Blogger NONG said...

Srixon..muda is muda tapi inda juga buta dan tuli tentang politik baini..hehehee;)

9:08 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

nah ko jgn ambil hati k Nong kita joke2 bah mana boleh serious saja dlm hidup nie nanti cepat tua tu -:)

1:38 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

ba.. palan2 kamurang kasi salasai... hehe

2:22 PM  
Blogger NONG said...

Ai..small metter baini.
Belum lagi bikin murka tahap dewa bilang c LtM Muss..hehehe

12:02 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home