TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, February 23, 2009

Doa Dan Tinta Kata Di Antara Semilir Bayu Ke Langit Biru

Baru selesai dengan rutin kerjaku. Tidak banyak yang kufikirkan pagi ini. Cuma kuperhatikan jauh ke awan biru melepasi jernih tingkap berkaca berselang bayang pagi terlontar dari sepohon pokok berdahan lebat membahagikan dua tiga panahan suria. Aku ingin berbicara selalu ke sana kerana aku punya pertanyaan untuk Dia. Sebuah pertanyaan rindu dan luka masa lampau.

Selaksa narasi rasa dari seorang teman lewat udara membait ke ruang mata memagut rasaku. Keping hatiku membalik kilat cahaya merona warna pelangi menyuluh ke setiap ufuk rasa tanpa gagal melepaskan satu apapun getar yang membiru di dada rindu. Aku tahu, kerana aku kini selalu menjemputnya ke sisi, membahagi kasih.

Seusai ke hujung bait, aku mulai berdoa. Tubuhku gementar, dalam sekejap waktu, aku diterjah bulir-bulir kristal yang tidak kufahami, menyejuk ke tulang-temulang, lalu menjadi linangan antara degup jantung. Maka tanyaku pada Dia "Engkaukah yang berdiri di antara dua rasa kami?".. "Engkaukah yang menyemarakkan nyala pelita yang bersyair api gurindam asmara?" "Engkaukah yang memaut bahu kami ketika kami gagal berpimpin tangan?" Ini tanyaku. Ya Tuhan, Engkau kuundang untuk menyentuh kami dengan belas kasihan-Mu kerana kami akan berpaling kepada kata-kata-Mu. Tuhan, siapa juga kami yang bersujud di kaki-Mu ini, hanya insan yang mahu dipergunakan sepenuhnya oleh rencana-Mu.

Doa itu, jadikan itu tanda bagi kami. Jika itu Engkau yang berdiri di antaranya, nyatakan itu di dalam sifat kami untuk kami saling merendahkan diri di depan-Mu. Jika yang memberi nyala itu Engkau, pancarkan itu di wajah kami, agar bahagia di dalam rasa itu adalah hasil karya tangan-Mu. Jika yang memaut itu adalah Engkau, lindungi kami di dalam segala cabaran dan kelukaan masa lampau kami.

Boleh saja aku berkata 'Berikan kami rasa cinta dan kasih sayang yang tiada tepinya kerana kami kini menikmati ertinya'. Namun kepada-Mu la kami kembalikan diri kami. Kehendak-Mu lah yang terjadi ke atas kami kerana Engkau tiang hidup kami.

6 Comments:

Blogger Kabasaran Soultan said...

Teduh dan dalam sekali munajat dikau Mike ... berulang kali aku membacanya dan tak berasa ada kristal-kristal bening yang mengalir dibawah pelupuk mataku...
Aku merinding ...sungguh aku merinding betapa kadang aku lupa sama Sang Maha Pencipta.

Thanks for tulisannya.

12:58 PM  
Blogger JMimie said...

Sesungguhnya menjadikan Dia Yang Maha Tahu dan Maha Kasih sebagai penuntun dan pelita setiap langkah kaki kita adalah perkara terbaik yang dapat kita lakukan dalam hidup. Kerana Dia mengerti, teramat mengerti dan malah lebih memahami setiap isi hati kita lebih daripada diri kita sendiri.
Hati yang rindu berserta bilur-bilur luka lampau, kecamuk syair api gurindam asmara, cinta yang bersemi pun Dia cukup mengerti. Tuhan itu terlalu baik dan mahu memberikan hanya yang terbaik bagi setiap kita.

Percayalah, doa yang ikhlas disertai iman yang bulat tetap didengariNya. Hati yang hancur tidak akan Dia pandang hina. Dengan cara yang istimewa dan menurut waktuNya sendiri, jiwa yang parah disembuhkan, luka berdarah dibalut dengan kasih yang tidak berkesudahan, dua hati disatukan dalam getar rasa dan tanggungjawab yang dikongsi tanpa syarat. Pun di atas semua ini, kita sebagai manusia ciptaanNya akur dan dengan penuh kerendahan hati mengakui kebijaksanaanNya lebih daripada diri kita sendiri. Maka itu, kita dengan rela meletakkan hak mutlak sepenuhnya kepada Dia dengan memohon agar biar hanya kehendakNya yang terjadi dalam hidup kita. RencanaNya pasti sentiasa yang terbaik bagi setiap orang yang percaya kepadaNya. Amen…

“And we know that all things work together for good to them that love God, to them who are the called according to his purpose.” (Rome 8:28, KJV)

11:36 PM  
Blogger IsOn said...

Mike, saya tidak pandai sangat bermadah macam kau, tapi saya cukup memahami setiap baik kata yang kau utarakan di sini.

Sebagai seorang teman seperjuangan yang masih belajar tentang banyak perkara, saya juga turut mendoakan yang terbaik untuk 'kamu'.

Kita tidak boleh pastikan setiap langkah kita menunju ke mana, tetapi jika kita tetap bersandar kepada kehendak-Nya, pasti setiap langkah itu penuh bererti dan membawa kita ke destinasi yang sempurna.

Tuhan memberkati kita semua...

6:18 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kabasaran,
terima kasih kerana berkongsi rasa melalui komen yang sungguh baik ini antara emosi kita kepada-Nya. Sesungguhnya Dia itu Agung didalam segala karya-Nya.

Mimie,
Nada itu berlari juga di dalam rasaku. Tuhan itu baik sepanjang masa dan Dia lebih mengetahui lebih daripada segala pengetahuan yang ada di muka bumi.

Percayalah kepada-Nya. Doa itu perantara yang menyembuhkan. Biar la kebijaksanaan-Nya bekerja ke atas segala perasaan kita terhadap orang kesayangan kita.

Ison,
Terima kasih kerana mengerti sebagai rakan dan sahabat. saya, 'kami' dan mereka yang lain juga perlukan sokongan dan kata-kata baik dari para sahabat. Kita tidak pasti tetapi kita boleh tetap memilih untuk melangkah di jalan-Nya.

Terima kasih sekali lagi.

Tuhan memberkati kita semua... :)

6:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

ahli pujangga ko gima...

talib... hehehe

12:32 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe.. surinit...

saya bukan ahli pujangga.. cuma pernah membaca nota-nota pujangga..

terima kasih bertandang...

1:21 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home