TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, February 27, 2009

Hati Hiba Di Bumi Sendiri

Berada di kuala Lumpur tidak pernah memadamkan ingatan saya menerawang ke tanah lahir. Menyebut sahaja nama Pekan Tandek, hati saya mesti direntap kerinduan. Semacam ada sesuatu yang sangat membuatkan hati saya bergemar, bersukacita tertusuk oleh rasa bangga sebagai anak tempatan Tandek.

Kemudian, saya terkedu sebentar. Terasa sukma menyesak ditegur rasa yang bungkam dan tidak begitu ramah merejam ke dalam sanubari. Hati saya berkata 'Oh Tidak! Bukan ini Tandek yang saya kenali!". Seakan-akan perasaan saya tersisih melihat suasana yang membuatkan hati saya gementar. Sehinggakan wajah Pekan Tandek ini menegur sinis diri saya "Benarkah saudara anak tempatan Tandek? Lihat la saya. Saya tidak mendengar suara saudara bertahun yang lepas. Saya tidak melihat saudara menyinggah ke sini bertanya khabar saya. Sehinggakan saya berwajah begini, saudara tidak pernah tahu!."

Tandek.... Maafkan saya. Tolong maafkan saya. Ikhlas, ini saya yang tetap berbangga. Seburuk mana wajahmu, saya akan tetap memanggil dengan rasa berbangga bahawa saya ini anak Tandek. Izinkan saya berkata "Saya tidak pernah terjangkakan engkau boleh berwajah begini."

Wahai para sahabat... mari kita lihat, fikir-fikirkan, renungkan rintihan Pekan Tandek. Wajah ini perlukan perhatian segera. Dimanakah mereka yang memimpin itu? Mengapa tidak digerakkan satu pasukan untuk memantau Tandek dari masa ke semasa? Saya tidak mahu lagi menyalahkan sesiapa. Kerana saya sudah lelah. Saya ingin pulang. Cuma ini sahaja rasa yang ada saat ini sekalipun saya terhambat kekangan untuk mencari sesuap nasi di bumi orang. Ya, saya cuma ingin pulang. Jika tidak ada sesiapa yang mahu melakukannya, saya akan lakukannya. Kerana saya sudah tidak ada daya lagi untuk bertanya.

Sebak dada. Tapi hatiku geram. UNTUK APA SAYA MENANGIS DI KUALA LUMPUR???!!! Air mataku sia-sia tumpah di sini.

(gambar ihsan dari blog blog Tulun Kimaragang
http://tulun-kimaragang.blogspot.com/)

Kenapa sejauh ini terabai Pekan Tandek?

Menikmati juadah di Pekan Tandek dengan panorama seperti ini? Aduhai

Semak samun meliar tanpa mendapat perhatian

Kotoran yang terus di mamah waktu menunjukkan tiada siapa yang ambil peduli.

24 Comments:

Blogger Kabasaran Soultan said...

hmmmmm ... sungguh beruntung Tandek punya anak negeri seorang Mike.

Masalah ini sifatnya sangat universal dan berlaku dimana saja.

Kata dan air mata belumlah cukup untuk penguasa/pemimpin adakalanya kita perlu berikan kaca mata pada mereka supaya tidak rabun ntuk melihat problematik dari setiap inchi wilayah yang menjadi tanggungjawabnya.

12:45 PM  
Blogger aranam said...

Setuju dengan KABASARAN. Tandek beruntung memiliki seorang Little Mike.

12:50 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

bukan si Junid kah yang beruntung sbb bermegah2 sama yb. datuk dr. maximus j. ongkili? kalau masuk tv3 nie gambar di pekan tandek betul2 bikin malu dan jatuh maruah se org menteri kabinet BN -- Barisan Najis -:)

1:20 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Kabasaran,

Entah Tandek beruntung memiliki seseorang seperti saya atau tidak kerana saya sendiri terasa tersindir.

Sesudah tersindir lalu saya terluka..

Aranam,

Saya sendiri hilang kata-kata... barangkali terubat rasa yang tergores kalau saya pulang saja..

BN,

saya tidak mahu bertanya lagi.. biar mereka sendiri yang bertanyakan diri mereka sendiri... Ada juga satu dua sakup yang bertagar di rumah... kalau ada yang malu pegang itu sakup, tangan saya sudah sedia untuk berkematu...

1:42 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

apa kerja itu ahli majlis daerah di lantik yang sebelah bahagian tandek makan elaun buat saja bikin malu betul!

2:27 PM  
Blogger Umar Safri said...

sdr LM,

janganlah menangis. simpanlah air matamu. kerana, sekembalinya engkau di tandek... takut2, air matamu tidak akan mencukupi utk tangisan seterusnya yg pasti lebih dahsyat lagi.(hehe, gurau ah LM)

syabas! pantulan rasa yg amat jelas dan perlu menjadi renungan kpd mereka yg berkenaan.

3:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehehe... kek hitam baitu... Tu la yg diorg sayang mo kasi kuluar dana utk pembangunan. Sayang kan... last2 kana timbun "kek hitam".

bagus jg kek hitam tu dijadikan jamuan khas sempena kedatangan 'yg berkenaan' sana tandek suatu hari nanti....

kasian kampung halaman kita kan mick...

3:53 PM  
Blogger Kabasaran Soultan said...

Kalau ngak sempat mampir ... Ini Joke/satir politik yang baru saya posting Mike ... entahlah apa joke/satir ini juga bisa berlaku disana :

INI APA

Ini partai apa
Partai apa ini
Apa ini partai
Pengurusnya ribut melulu


Ini politik apa
Politik apa ini
Apa ini politik
Orientasinya kelompok melulu


Ini parlemen apa
Parlemen apa ini
Apa ini parlemen
Omongannya bohong melulu


Ini pemimpin apa
Pemimpin apa ini
Apa ini pemimpin
Leadershipnya ngaco melulu


Ini rakyat apa
Rakyat apa ini
Apa ini rakyat
Kehidupannya lara melulu


Ini negeri apa
Negeri apa ini
Apa ini negeri
Keadaannya krisis melulu

6:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Inilah hakikat yang perlu kita terima....mungkin jika Tandek berdiri sebagai sebuah daerah walaupun status 'daerah kecil' ada beberapa permasalahan yang boleh diatasi. saya cukup cemburu dengan Matunggung yang telahpun memperolehi status daerah kecil. Mungkin rakyat Tandekpun mahu Tandek diwujudkan sebagai sebuah daerah...Kalau ini impian kita diharapkan YB dan MP kita mampu merealisasikannya. Bila lagi balas kesetiaan rakyat Tandek selama ini?

9:32 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Umar,
hehe... air mata ini tidak lagi sama dengan antara banyak sebab maknanya untuk kita mnenangis...

seorang lelaki seperti saya tidak mungkin akan tersendu2 di tepian rasa seperti seseorang anak yang kehilangan ibu. hiba itu cuma refleksi diri yang rasa tersindir, terluka, tidak sedap hati, bungkam dan jengkel...

Surinit,
terima kasih atas kunjungan... baru ini kali ko kelihatan di ruangan komen sya.. hehehe... sangat menghargainya

apapun kek hitam itu tanda ada sesuatu yang 'tidak' selesai di dalam minda kalangan orang-orang kita. bukan setakat kepada orang politik, tapi sebagai warga tandek juga... entah apa itu?

Kabasaran,
elemen satire begitu menusuk, mampu melukakan dan mengundang tidak sedap rasa kepada petualang politik. Pena itu lebih tajam dari mata pedang...

Kudingking,
mungkin juga status kepada 'daerah kecil' bolehkan ruang tandek mendapat pengiktirafan untuk mengatasi beberapa masalah yang terabai pada peringkat status 'pekan tandek'... Tempat lain setapak-demi setapak maju ke depan.

Teringin juga melihat tandek melangkah satu persatu... tidak perlu 'berlari'... asal menapak ke depan....

12:22 PM  
Blogger aranam said...

Kadang-kadang kita dapat melihat dengan lebih jelas apabila kita berada di luar, apabila kita jauh....

1:15 PM  
Blogger JMimie said...

Entah apa mau komen..kerana ini bukan rupa pekan Tandek yang pernah kukenali dulu..dan juga mana mungkin ini wajah Pekan Tandek yg mempunyai wakil rakyat berstatus Menteri Persekutuan??...najis di sana sini..yuckk!

11:21 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

aranam,
kita akan dapat melihat sesuatu apabila kita berada jauh dari tempat kita sendiri... dan rasanya lagi la kita terasa bila berada di bumi sendiri

Jmimie,
Ya, Ini Tande yang tidak sama seperti mula2 saya melangkah mencari rezeki di bumi seberang.. Dulu2, masih meriah lagi... bersih lagi tu Tandek..

Tapi apa yg kita nampak kali ini.. adehhh... ramai juga kita yg bertanya mungkin.. inikah Tandek di bawah seorang menteri penuh?

11:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

mike... bukan tandek sija yg kotor ooo... ko tinguk bandau sekarang pun bersepah2 saja... ntah la kalau org lain tinguk... tp kalau saya tinguk thn lepas sy sempat pulang sekejap pn tu pekan bandau kurang terurus.

ai na... apa sudah jadi tu?

12:30 AM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Sebenarnya Tandek bergerak, cuma ianya bukan bergerak ke depan tapi ke belakang. Kita bayangkan suatu masa dulu Tandek sgt terkenal dan jadi tumpuan ramai. Skrg? jadi tumpuan lembu dan kerbau adalah...

Jadi tahniah atas paparan ini.. biar org yg beriya2 mempertahankan pemimpin skrg dan sebaik-baiknya pemimpin kita sendri melihat paparan ini. Kalau boleh kita bagi media massa tau keadaan ini.. biar kita malu untuk mengajar pemimpin2 kita yg tidak tahu malu....

11:45 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

surinit,
betul jg tu. Tahun lepas bandau sudah sesak dengan populasi dan masalah kawasan tidak terjaga dengan baik... banyak kerja yg perlu difikirkan oleh pihak berkenaan untuk maintain bandau

RumbiaMasolog,
sedih bila memikirkan tandek 'menoleh' ke belakang... harapan kita tetap sama, selain kita cuba berusaha, ia akan berkesinambungan ke meja orang politik dan membuatkan mereka turun padang.

1:25 AM  
Blogger tAtA said...

salam bro. Mick!

tertarik pula saya melihat&membaca post ko ni.
inilh kejadiannya, bila orang yg bertanggungjawab tidak menjalankan tugas...
ini baru tahi lembu&karabau.... sudah cukup menjijikan kita semua.
apa kita mahu d panggil dengan gelaran "pekan pameran tahi?"... Pekan Tandek yang cuma ada 2 deret kedai, 2 deret gerai..pun tidak terjaga??
sbenarnya,bukan ini sja masalah Pekan Tandek tercinta ni...sistem perparitan nda payah cetalh... nada sudah yang mengalir dengan baik... sistem pengumpulan sampah... tidak kemas & teratur... saya selalunya membuang sampah sarap dari rumah d tong sampah yang disediakn d Pekan Tandek..tp, kebanyakkan tong sampahnya smuanya, sudah nampak uzur...& ada yang diletakkan d tmpt yang tidak sepatutnya..
satu benda lagi yang betul2 mengecewakan...seingat sayalh, dari saya bersekolah d SMK Tandek sejak 1994 sampailh sekarang ni... saya belum pernah lagi... dapat menikmati TANDAS AWAM d Tandek. saya pernah, satu ketika dulu jalan d Pekan Tandek, diserang pula sakit perut(mo buang airlh bah tu)... terpaksa saya melakukan larian "Usain Bolt" yang tidaklh selaju mana...untuk balik ke rumah(nasib tinggal d kawasan smk Tandek wktu tu)...punyalh sengsara menahan sambil berlari.....hahahah
sekarang ni, kira baguslh... kalau sakit perut boleh lari d Klinik Tandek...

pertanyaannya... sampai bila perlu macam tu????.... ndakan Pekan yang sebegini kecil pun tidak terjaga... kenapa tidak ada kesinambungan pada Pekan Tandek setelah mencipta rekod dalam malaysia book of record kerana telah mencipta tudung saji terbesar di Malaysia...ndakan rekod baru mko dicatat pula... malaysia worst book of record!!! saya tidak sanggup pula merasai pencapaian itu......

p/s bayangkan anda sedang menikmati konomen ayam d restoran di Pekan Tandek sambil menghirup udara "segar"...segarkah???

maafkan aku.....

10:47 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Bro TATA...

aina.. macam mana la tu urang yang bertamu di tandek kalau mo buang air sudah? apa boleh buat, rumput tinggi di sekitar pekan nampaknya lebih memudahkan urusan.. haha

betul jg. Deretan begitu sahaja pn susah betul di jaga... makin lagi la kalau pasal merancang, mmg lagi la Tandek tiada dalam perhatian untuk dirancang perkembangan dan pemulihan prestijnya...

tata.. mimbabayod la tu larian ko sambil menahan... hahaha

10:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ini kes berat ni... berat mata memandang, berat lagi kaki yang terpijak. :)

12:28 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Bro Jack,
Happy to see you here bro. Terima kasih kerana meluangkan waktu di sini dan juga di ruangan komen. Sangat menghargainya...

Kes berat. Mata memandang, berat. Hati yang rasa, berat. Kaki yang terpijak, berat..

Pekan kita mcm kena shut down. Bisnes tutup. Yang ada, restoran makan dan kedai buliat.

1:04 AM  
Blogger Furen Laoshi said...

Tandek / Kota Marudu sebenarnya mempunyai potensi yang sgt tinggi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan dan agro business. Dlm masa yg sama attitude keseluruhan warganya juga perlu berubah seiring dengan ledakan maklumat. Saya terkenang org2 di Indonesia, akar2 pokok yg (sgt)halus tetapi berbau wangi dpt dijadikan tikar-akhirnya jadi specialty product. Di Thailand pula, mereka berjaya memperkasakan industri tani mereka sehinggakan apa shj buah2an/hasil tanaman mereka lebih besar dan lebih sedap dimakan berbanding kita. Di Filipina pula, penyanyi mereka umpamanya mempunyai suara yang sangat lantang (selantang bunyi taufan dan letusan gunung berapi di sana), mampu terkenal hanya melalui youtube spt Charise Pempengco...diundang melantun suara di seluruh dunia. Kota Marudu pasti dapat diangkat menjadi daerah yang berprestasi tinggi seandainya pemimpin yg dilantik beserta jenteranya bersungguh2 mencari niche / keunggulan Kota Marudu. Seperti di China, setiap daerah dikenalpasti untuk mempunyai satu pengkhususan kemahiran dan itulah yg diasah sehingga mencapai tahap terbaik malah terbilang di dunia. Tapi apo nak dikato, Malaysia sendiri sbg sebuah negara masih lagi tercari2 competitive edgenya. Apa yg kita ada semuanya bersifat 'mediocre' dan rencam. Ke bawah sgt tidak, ke atas sangat pun masih jauh lagi. Daripada retorik melulu, ahli2 Yang Berhormat kita mestilah realistik bila berhujah di parlimen, jadi jadi bahan ketawa shj.(hmmm...serius ni..hahaha)

8:18 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Furen Laoshi,
Tabik sama ko furen..Jika lebih ramai pencetus fikiran seperti furen, lebih mudah dan cepat kawasan KM membangun. Memang sangat penting perubahan di dalam cara akal bekerja seluruh warga KM. Menyedari KM sebenarnya tidak kurang dari segi karekter komersilnya, semua harus bertanggungjawab.. apa lagi kepada mereka yang telah diharapkan oleh rakyat.

Yb2 kita menghujani ruang politik mereka dengan retorik berlebihan membelakangi realism... Mereka sepatutnya perlu memberikan perhatian dalam membangunkan sifat potensi insania sambil mengambil contoh2 terdekat apa yang telah dibuktikan oleh negara2 jiran kita.

Serius itu baik kerana ia mengumpulkan wajah-wajah memandang ke arah pandangan yang sama tanpa berbelah bagi... hehe kan furen?

9:03 AM  
Blogger dardie said...

ermmm..walaupun baru berusia sebulan kangkung menjadi separuh anak marudu, namun saya juga turut ingin memberikan sedikit perasa dalam ruangan ini..d mana-mana pun, asal saja dikatakan soal kemajuan kampung memang tiada yang telus. Bukan d kota marudu saja, bukan d tandek saja..tapi hampir semua kawasan d negeri kita yang tercinta Sabah ini yang mengalami situasi yang sama..sedih melihat keadaan pekan/kampung yang tidak pernah menemui nilai sebenarnya..sedangkan wakil2 rakyat yang ada berjalan megah di dewan undangan dan parlimen menunjukkan bahawa merekalah pilihan rakyat...justeru itu, adalah menjadi persoalan yang dipulangkan kepada kita semula.Apakah pada election akan datang kita perlu melakukan sesuatu????

10:01 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

dardie,
selamat datang the great tamiang. terima kasih kerana memberikan satu pertanyaan logik untuk orang2 politik seperti ini. Barangkali masa sesuai untuk memberikan 'teguran' politik untuk election akan datang? kita ada dua tahun masa yg panjang untuk melihat progress atau menahan hati yang sebal...

11:09 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home