TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, February 24, 2009

Surat Terbuka Untuk Kusai Tandek

Saya dengan rendah hati tanpa sebarang sikap syak wasangka, memberikan respon kepada blog Kusai tandek yang menulis: BERTUAH KOTA MARUDU DAPAT YB DATUK DR.MAXIMUS. Saya perturunkan sebahagian daripada artikel beliau;

Kusai Tandek tergerak melontarkan idea dan hujah ini ekoran daripada tuduhan tak tentu pasal kepada YB. Datuk Dr. Maximus J. Ongkili kononnya ahli parlimen P168 Kota Marudu ini membawa satu malapetaka rakyat Kota Marudu. Kusai Tandek merasakan bahawa orang ini tidak langsung berfikiran waras dan rasional. Malahan orang ini juga boleh dikatakan buta fakta dan sejarah yang mana secara realitinya rakyat Kota Marudu sungguh bertuah dapat diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Ini merupakan sejarah bagi P168 Kota Marudu kita diwakili seorang Menteri Persekutuan. Sebelum ini kita hanya YB kita hanya berstatus Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah Sahaja.

Sebagai Menteri Persekutuan, YB Datuk Dr. Max boleh memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dikatakan bahawa, sebagai Menteri Persekutuan, YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun. Cuba kita telitikan perbezaannya, peruntukan tahunan YB. Dtk Dr. Max sama seperti 4 tahun peruntukan tahunan seorang ADUN biasa. Oleh itu, Parlimen Kota Marudu sangat-sangat berbangga dapat seorang YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Dengan peruntukkan yang besar, sedikit demi sedikit Kota Marudu setanding dengan Pekan-pekan yang maju di Negeri Sabah. Selain itu, ini juga boleh melepaskan Daerah Kota Marudu daripada kopompong daerah miskin. Memang tuduhan sana sini kedengaran yang kononnya YB Dtk Dr Max makan wang rakyat. Tetapi kalu diselidiki, bukan terlalu mudah untuk mengambil peruntukkan duit ini. Ia sangat dikawal rapi dari segi penggunan peruntukkan ini untuk projek pembangunan daerah...

bacaan lanjut sila layari www.n5tandek.blogspot.com

Saya tergerak hati untuk memberikan reaksi kepada tulisan Saudara Junid Gunsalam, Naib Ketua Pemuda PBS N5 Tandek. Ini adalah surat terbuka ikhlas dengan tujuan supaya dapat mencambahkan idea melalui buah fikiran balas dalam satu perdebatan yang terbuka dan sihat. Semoga Tandek dan Kota Marudu beroleh manafaat daripada keterbukaan kita membincangkan isu setempat.

Izinkan saya menyampaikan diskusi melalui Surat Terbuka Untuk Kusai Tandek:

Seperti biasa saudara bertindak dengan naluri tepat kerana mempertahankan 'Bos'. Ini adalah satu tanggungjawab apalagi kalau ketika ini saudara menyandang jawatan sebagai naib ketua pemuda PBS N5 Tandek. Jika saya berada di tempat saudara, saya juga akan mengambil keputusan yang sama. Atas kapasiti ini saya memang percaya saudara ada keperluan mempertahan Dr. Max sebagaimana sewajarnya seorang pengikut mempertahankan ketuanya.

Sebagai rakyat biasa, kami mempunyai kelebihan untuk menyuarakan apa yang kami rasa. Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa memang kami BERBANGGA memiliki pemimpin yang diiktiraf persekutuan apabila dilantik ke jawatan menteri penuh. Tapi untuk merasa SUNGGUH BERTUAH memiliki Dr. Max masih jauh untuk saya miliki aura perasaan seperti itu.

Berbangga YA tapi sungguh bertuah TIDAK..

Mengapa saya masih merasakan BERBANGGA tapi merasa TIDAK BERTUAH dengan Dr. Max?

1. Berapa tahun Dr. Max pegang Menteri parlimen dan sebagai ADUN N5 Tandek? Dari segi matematik peruntukan kira campur setahun selama 5 penggal PBS bertapak di Tandek/ Kota Marudu dan sasaran peruntukan, saudara boleh lihat hasilnya. Apakah kami masih tidak wajar? Tidak rasional? Buta fakta? Buta sejarah? Tandek begitu juga. Peniaga tempatan begitu juga. Mujur la 'ketidakwajaran' kami tidak sampai memberikan undi kepada pembangkang. Setakat ini 'tidak wajar' kami, 'tidak rasional' kami, 'buta sejarah' kami, 'buta fakta' kami hanyalah kerana semata-mata mau supaya pemimpin kita meningkatkan keprihatinannya kepada pembangunan kawasan pilihanraya. Bagaimana kalau ketidakwajaran itu memindahkan 'kuasa politik' kepada orang lain? Usah ketepikan suara orang kampung. Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH

2. Jalan Tandek - Tondig - Tingkalanon - Batition - Nolotan - Salimandut - Talantang - Longob -Masolog - Damai yang telah melahirkan ramai golongan profesional daripada ahli akademik, penjawat awam, ahli politik, pasukan keselamatan sehingga la kepada para petani, nelayan, pekebun, peniaga kecil - mereka ini sudah lama memberikan undi setia mereka. Saban hari mereka tetap lalui jalan desa berbatu dan berdebu dengan sabar. Nasib baik la masih boleh dianggap itu jalan yang boleh dilalui. Peruntukan demi peruntukan datang, tidak termasuk suntikan kewangan daripada kerajaan Persekutuan dan juga RMK9, kami masih lalu jalan yang sama. Baru-baru ini ada usaha menaiktaraf jalan itu pun terhenti beberapa kilometer. Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH

3. 8 projek yang berpaksikan objektif menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan penduduk desa (baca dalam entry beliau) seperti Pusat pembiakan ikan, pembuatan makanan ikan, pemprosesan kupang, penghasilan benih, inovasi pembangunan usahawan, penyelidikan tongkat ali dan kawasan WI-FI, semua ini adalah kategori komersil yang hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Skop sasaran 'keselesaan hak sebagai rakyat' masih pada skala kecil. Usaha ini baik. Tapi saya memilih bukan setakat usaha yang baik tapi juga yang boleh dimanafaat keuntungannya oleh SELURUH penduduk desa kawasan Kota Marudu. Infrastruktur ASAS- jalan raya, kemudahan saluran air, kemudahan talian perhubungan telefon/multimedia.. orang kampung tidak akan 'melepak' di Pasar Tani, KFC untuk mengakses internet. Lagipun, di kampung masih tidak biasa dengan budaya 'kumpul dan berinternet' di tempat awam, sebagaimana persepsi orang 'bandar/kota'. Ini akan 'memisahkan' keluarga. Ibu bapa ke sawah bendang, anak mungkin lepak dengan laptop. WI-FI bukan keperluan kritikal. Celik teknologi/IT boleh bermula dari rumah. Sekolah juga pemangkin. Asalkan saluran kemudahan ada. Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi belum rasa sungguh BERTUAH...

Akhir sekali, jikalau adun kita hanya berstatus YB biasa (adun), dengan peruntukan 500k setahun- adakah itu alasan kita melihat kemajuan tidak dapat dicapai kerana status peruntukan dikategorikan sebagai KECIL? Ada ketikanya YB Datuk Max memegang dua kawasan politik iaitu sebagai adun dan sebagai MP Kota Marudu. (Perkiraan mudah setahun adun+MP=RM1.5juta) Sekarang ini sebagai menteri penuh yang membolehkan beliau mengakses peruntukan tambahan RM1 juta. Jika kini YB Puan Anita Baranting sebagai ADUN Tandek, gabungan peruntukan keseluruhan mencecah RM2.5 juta setahun. Pakej ransangan RMK9? Peruntukan tambahan 1b untuk sabah? Kota Marudu sebagai sebuah kawasan pilihanraya juga pasti menjadi sebahagian daripada dana tersebut. Jika tidak, adalah menjadi tanggungjawab adun SUARAKAN di Dewan Undangan Negeri!

Katakan, Dua tahun sebagai ADUN BIASA sudah boleh mengumpul peruntukan RM1 juta. Apakah pada tahun ketiga daripada permulaan perkhidmatan sebagai YB memberikan fokus kepada jalan raya, peruntukan itu tidak mampu membiayai kerja-kerja penurapan jalan? Kemajuan tidak perlu berjalan serentak. Satu persatu. Lepas jalan raya, 2 tahun kemudian talian elektrik, tahun-tahun berikutnya kemudahan air, dan kemudiannya kemudahan talian telefon... Fikirkan, setiap 2 tahun daripada peruntukan kecil RM500k, kukuhkan niat politik, boleh mengumpul RM1 juta peruntukan. Satu projek kemajuan sudah boleh diselesaikan. Kalau sudah 5 penggal? (usia politik PBS sekarang sudah lebih kurang 24 tahun - Perjalanan politik DR. Maximus khusus di kawasan Kota Marudu+Tandek sudah melangkau lebih kurang 12 tahun. Dr.Max memulakan kerjaya awal politiknya di Langkon). Sepatutnya Datuk Dr. Max tidak mengulangi kesilapan pemimpin lama PBS. Bila semua kemudahan asas ada, sumbat la apa pun projek komersil.... Waktu itu semua sudah SELESA walaupun tidak semunya SENANG. Tidak mengapa, SELESA itu saya masih iktiraf sebagai satu permulaan. Sepatutnya dari dulu lagi.

Kami masih berBANGGA memiliki pemimpin seperti Dr. Max tapi masih belum rasa BERTUAH.

Dalam keadaan tidak bertuah ini pun saya masih memilih bersyukur kerana ada pemimpin yang boleh kami banggakan di peringkat persekutuan. Tapi tolong buatkan kami benar-benar rasa bertuah untuk kawasan N5 Tandek dan seterusnya Kota Marudu. Kritikan ini saya langsungkan juga kepada Parti PBS secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Jalimik Sawatan
penduduk kawasan N5. Tandek.

19 Comments:

Blogger Umar Safri said...

sdr. LM,

sy setuju dan menyokong pandangan sdr. dulu sy memang bangga, tapi rasa kebanggaan itu sedikit demi sedikit tersirna dek kemerosotan yang menghimpit KM. sungguh bertuah itu, jauh sekalilah! mungkin juga pihak YB perlu adakan satu sesi khas pembetangan bajet utk KM sekali setiap suku tahun kepada umum. bukan perlu, tapi MESTI! rakyat berhak tahu berapa peruntukan yg diberikan, ke mana dibelanjakan, apa usaha yg dilakukan dan mungkin penduduk boleh memberikan pandangan mereka. sekurang2nya boleh meringankan beban `ahli fikir` YB2 berkenaan.

Nota: sy berharap kusai tandek bercakap bukan atas kapasitinya sebagai `Pegawai Penerangan`. hehe!

9:10 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Umar,

Stuju BAJET peruntukan harus dibentangkan kepada rakyat. Bila projek dimulakan, Berapa yang diperuntukkan untuk projek tersebut, melibatkan kawasan mana.. lepas itu buat audit kos kerja dan material memenuhi spesifikasi.. baki peruntukan berapa, kemudian bawa ke hadapan untuk projek lain...

pasang NIAT politik yg betul, tahan sabar terhadap baki dana biar sekecil manapun bakinya, rancang lagi utk projek lain, gabung baki bersama wang peruntukan susulan.. dan ulang PROSES seperti diatas... BENTANG, so on and so on...

9:53 AM  
Blogger IsOn said...

Haha... ketawa besar saya baca artikel dan komen2 tambahan ni.

Ya, saya pun bangga juga dengan YB2 kita ni. Saya rasa bertuah sebagai anak Tandek dan Marudu kerana daerah ini 'bumi bertuah', seperti enrty terawal saya di SAM, tapi saya juga belum rasa bertuah terhadap YB.

Peruntukan YB ADUN sebanyak RM500,000.00 sangat kecil, ya saya setuju sebab saya pernah bertugas sebagai pengarah hospital, peruntukan yang saya (hospital) terima untuk pembangunan kadang2 lebih banyak dari peruntukan YB dan itupun masih minta lagi.

Lupakan RM500K ADUN atau RM2M MP. Kalau tidak ada sesen pun yang mereka taburkan untuk pembangunan dari wang peruntukan berkenaan, tapi mereka ada pengaruh untuk membawa kemajuan kepada daerah ini melalui pelbagai kaedah lain dengan memainkan peranan mereka sebagai wakil kepada 'suara anak marudu' yang sejati.

Kita rakyat biasa boleh bersuara sekeras manapun, tetapi kita bukan YB. Mereka YB, ada pengaruh dan kuasa tertentu untuk buat itu dan ini. Rakyat hanya ada kuasa mengundi YB yang mereka sayangi.

Sorry kawan, suara ini bukan suara pembangkang, so penyokong fanatik pembangkang tu janganlah gembira sangat. Memandangkan merekalah YB2 di daerah kita sekarang apa boleh buat kena jugalah. Kalau dari parti pembangkang pun yang jadi YB dan keadaannya sama saja, pun kena juga. Ini hanya suara rakyat biasa yang sudah 'nababasan' dengan banyak alasan dari pemimpin kenapa pembangunan di daerah KM ini lebih lembab dari kura2.

Think about it!

10:26 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ison,

Terkesan juga saya peruntukan untuk hospital kadang2 melebihi peruntukan adun, dan terpaksa meminta lagi... Betapa kecilnya RM500k.. hehe bagaimana pn, saya percaya kuasa politik dan pengaruh yg mereka ada boleh membawa kemajuan melalui alternatif lain... maknanya, kuatkan suara politik, cerna idea dan minda kerana anda adalah YB.

Setuju, sekeras manapun suara rakyat tapi mereka bukan YB. Mau tidak mau TERPAKSA mengharap/desak juga mereka buat itu dan ini...

Terus terang juga saya ingin katakan, surat terbuka ini bukan SUARA PEMBANGKANG!... Suara rakyat biasa yang 'nababasan' bilang Dr. Nellson.

10:49 AM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Sokong Doc...

Terus terang sya mmg pro PBS dan saya sgt sayang parti ni. Sebab dulu parti ni berani demi memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, sehingga berani keluar dari kongkongan BN pada masa itu. Namun taktik kotor Anuar dan ketamakan YB2 yg terlibat telah menjatuhkan parti ini. Namun walaubagaimana pun sedikit demi sedikit kerana tindakan PBS pada masa itu telah mula membuahkan hasil yg positive dan yg paling ketara adalah wujudnya Universiti Malaysia Sabah.

Tapi sekarang... apa perjuangan parti yg boleh dibanggakan?... peruntukan RM2M mmg sgt kecil..tetapi spt kata Doc, dgn pengaruh, kebijaksanaan dan kesungguhan untuk membangunkan KM sya rasa tidak susah untuk membawa pelabur2 luar untuk melabur di KM. Kalau keperluan asas pun tidak disediakan dgn betul mcm mana pelabur2 luar mau datang?...

Kalau tuan (kusai tandek) rasa apa yg kami suarakan ini tidak benar, tepat, menyakitkan telinga dan hati, maka tuan bolehlah ajukan apa yg kami suarakan ini kepada YB2 kita. Biar mereka juga mengetahui apa yg tuan rasa dan lebih utama merasa apa yg rakyat KM rasa...

11:10 AM  
Blogger Junid Bin Gunsalam said...

hye kwn2 diatas..
tq dengan komen dan idea2 tn2. sy sangat berbangga kerana melalui blog ini kita dapat bertukar-tukar idea. sy cuma mengutarakan dan mengongsikan ini kepada saudara teman2 seperjuangan..hehehehe

12:18 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

sya sokong 100% sama ko saudara Mickey, heran juga sya sama si Junid nie ketara betul pengampu!

3:18 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

RumbiaMasolog,
betul tu... peruntukan kecil... tapi masih ada cara... melakukan sesuatu perkara besar pun perlu bermula daripada ASAS... impak ekonomi pasti juga bersangkut paut dengan rangkaian prasarana ASAS juga...

Sdr. Junid
Terima kasih kerana berkunjung ke blog... perkongsian perlu sebagai komunikasi idea yang manafaatnya boleh disepakati bersama...

BN-Barisan Najis,
terima kasih bertandang ke sini. Sama2 kita usahakan apa yg terbaik utk tempat kita...

1:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya paling bangga jika YB yang dipilih oleh rakyat prihatin dan dapat membawa perubahan di kawasan yang diwakili mereka walaupun bukan berjawatan menteri penuh....Bila agaknya kawasan Kota Marudu ini terkeluar dari senarai daerah termiskin?

9:16 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Orang Kampung..

Sangat berbesar hati atas kunjungan anda... sila la datang lagi dan berkongsi pendapat..

Sokong dengan saudara. kita searah pendapat dan sama harapan iaitu benar-benar mahu melihat KM keluar daripada kepompong kemiskinan...

9:25 AM  
Blogger Furen Laoshi said...

Nampaknya perbincangan ni sangat menarik. (Kagum seketika) Setelah membaca apa yg ditulis oleh Mike, saya sebenarnya banyak bersetuju dgn pandangannya. Bgmpun, RM500K setahun tu memang agak kecil untuk buat projek yg besar2. Tapi apabila difikirkan sampai bila Kota Marudu berterusan seperti ini?Jika benar, sebagai contoh, jalanraya yg dinyatakan oleh Mike masih begitu keadaannya..sudah tentu ianya sgt mengecewakan. Perlulah kita sentiasa bermula dgn benda2 besar barulah boleh buat perubahan besar2an? Dahulu, saya masih ingat semasa saya belajar di univ..nun jauh di tempat orang, apabila saja kawan baru tahu saya berbangsa Dusun, mereka mesti mengaitkan bangsa kita sebagai orang miskin, tinggal di pedalaman dan dalam hutan, rumah buruk, pergi sekolah kaki ayam krn kononnya tidak kenal kasut pun, (Grrrrrr...sakit hati dan marah!!!!)kurang peradaban, makan apa saja...tapi rasa sakit hati dan marah saya tidaklah seberapa sangat dgn 'orang2' yang perasaan diaorang tu "bangsa mulia" berbanding dengan PEMIMPIN bangsa sendiri yang melayan anak bangsa sendiri seperti pengemis! Saya berharap sangat pemimpin yang ada sekarang tidaklah sampai ke tahap itu. Harap jgn mereka cuma mahu pertahan status quo mereka sendiri. Tengok sajalah pekan Kota Marudu, rumput panjang-langsung tiada lanskap, sampah bertaburan,...entahlah.

10:17 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

furen Laoshi,
terima kasih berkunjung. YA, saya setuju RM500k memang kecil. Tapi seperti kata furen, sampai bila?

Biasanya status menaiktaraf/membuat jalan yang SIAP sepenuhnya bagi status DAERAH memakan kos lebih kurang RM2j. Jalan di Tandek sehinggalah ke Damai baru beberapa kilometer, mungkin 20-25km sahaja.. Kalau RM500k memfokuskan sepenuhnya kepada jalan (Naiktaraf, bukan baru mo buat jalan) sya rasa boleh menampung ba tu.

Sama ada KM atau P.Tandek- sekitar kawasan memang semak samun.... tidak pernah pihak berwajib melakukan usaha mencantikkan sekitar kawasan pekan.

Harap2 suara2 anak muda melalui revolusi blog akan mendatangkan manafaat dan memberikan impak kepada kawasan kita...

1:27 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/19014/84/ betulkah nie saudara sila komen k

10:14 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

tq srixon..

tunggu dalam beberapa hari ini... :)

1:51 AM  
Blogger dardie said...

Saya mungkin dapat menerbitkan rasa BANGGA itu kerana mbeberapa individu itu adalah anak jati bangsa sendiri...tapi nampaknya mereka masih gagal untuk menerbitkan rasa BERTUAH itu kerana selama beberapa penggal ini nampaknay mereka gagal memperjuangkan keperluan kawasan di medan pembuktian..

11:43 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

dardie,
BERBANGGA dan BERTUAH.. hmmm dua hal yang selalu ada dalam diri tapi mennjadi terasing sejak kebelakangan ini.

11:32 AM  
Anonymous anak sungai said...

..saya cemburu dengan pdk KM krna ada YB spt dr Max, berbanding dengan kinabatangan pembangunannya tiada langsung.YB kami hanya pandai bercakap kasar dan kotor di parlimen. Ikut cakap2, agak lama juga UMNO pegang peruntukan Parlimen KM yang dikatakan bernilai jutaan ringgit tapi khabarnya tiada yang dibangunkan kecuali kc kaya beberapa pemimpinnya ja. Lagipun sebenarnya hanya setelah YB Max yang jadi ADUN dan parlimen barulah ketara pembangunan di KM.

4:47 PM  
Blogger Yoyoku beti... said...

Mau ganti mp bah diaini..sudah sitimbai..itu pasal di kasi up sikit c Tambunan itu..hahaha...

9:29 AM  
Blogger Yoyoku beti... said...

Mau ganti mp bah diaini..sudah sitimbai..itu pasal di kasi up sikit c Tambunan itu..hahaha...

9:31 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home