TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, March 09, 2009

Mengintai Kisah: Bagaimana Tingkalanon Mendapat Nama

Mendiang bapa selalu mengkisahkan kepada kami tentang cerita nenek moyang. Pada satu hari lain, saya bertanyakan kepada bapa apa maksud Tingkalanon dan mengapa nama itu dipilih menamakan sebuah kampung.

Menurut bapa, zaman lampau kampung yang didirikan di tepi sungai ini dihuni oleh sekumpulan penduduk yang tidak mempunyai ketua. Aktiviti harian mereka ialah bertani, bercucuk tanam, nelayan, menternak, memburu dan sebagai pencari sumber hutan seperti akar kayu untuk tujuan ubat-ubatan. Kampung tidak bernama ini sangat harmoni dan hidup bersatu padu. Sungai tersebut pernah terkenal dan dikunjungi oleh pedagang luar untuk berjual beli atau melakukan pertukaran dagangan (sistem Barter). Semakin hari semakin berkembang maju dan terkenal. Sehingga la pada suatu hari seawal pagi, hari masih gelap, kampung tersebut tiba-tiba diserang sekumpulan lanun ganas dan merampas harta benda penduduk. Kampung ini hidup di dalam ketakutan kerana mereka tidak mempunyai pejuang yang handal. Perkampungan ini kerap menjadi sasaran lanun selepas itu kerana kekayaan hasil buminya.

Keadaan ini berpanjang beberapa waktu. Pada suatu hari, sekali lagi lanun ini mengganas. Dalam keadaan kacau-bilau, muncul seorang pemuda berpakaian hitam. Kehandalan dan keberanian anak muda ini telah berjaya menghalau lanun keluar dari kampung tersebut malah berjaya mematahkan serangan lanun berikutnya seorang diri. Kehadiran anak muda ini telah menceriakan kembali penduduk desa berkenaan. Ketika ditanya siapakah namanya, anak muda ini ringkas menjawab "Nama saya Tingkah". Pemuda bernama Tingkah ini kemudiannya diminta oleh penduduk menjadi ketua mereka. Kehadiran Tingkah yang handal dan tinggi ilmu ini telah mengembalikan keamanan dan lanun tidak lagi berani mengganggu kampung tersebut.

Penduduk kampung kemudian berpakat menamakan kampung mereka sebagai Kampung Tingkalanun (Tingkah + Lanun)bersempena kehandalan anak muda si Tingkah dan kehebatan lanun yang menggerunkan mereka lalu mereka menggabungkan kedua-dua elemen iaitu 'kehandalan' dan 'digeruni' menjadi asas kesepakatan menamakan sebuah kampung. Hari ini kampung tersebut dipanggil Tingkalanon. Demikianlah kampung Tingkalanon mendapat nama.

Jika anda berkesempatan ke Jabatan Arkib Negeri atau Jabatan Tanah, anda akan melihat peta Sabah ditanda dengan titik warna merah kepada Kg. Tingkalanon, menunjukkan kampung Tingkalanon adalah antara kampung yang terawal sekali di Sabah.

Hari ini, Kampung Tingkalanon telah melahirkan ramai cendikiawan, ahli akademik, ahli politik terkenal, penjawat awam berpengaruh, termasuk melahirkan tokoh-tokoh budaya kimaragang. Ketua Kampungnya terkenal dengan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah penduduk dengan menggunakan kaedah 'lembut' dan berhemah. Pejuang-pejuang silam Kimaragang Tingkalanon selalu menjadi rujukan pihak British kerana kehalusan perjuangan yang berpaksikan diplomasi akal. Zaman millenium menyaksikan anak-anak desa Tingkalanon Bersama-sama dengan kampung-kampung lain sudah ramai memijak kaki ke universiti. Di bawah adalah peta kawasan yang diambil melalui Google Earth.



10 Comments:

Blogger ILLIE said...

hehehe..nasip baik ko suda post sini..sia baru mau jawap komen si tanak kimaragang sana blog sia..dia mau tau macam mana nama Tingkalanon wujud..memang sama apa yg sia dangar dan ko punya entri..jadi sia pikir anak2 muda Tingkalanon harus mengambil berat bagaimana kampung mereka diberi nama..

7:32 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe.. ilie,
Sya sedang fikir2 apa yg saya mau tulis. Tiba2 ja saya trfikir menulis mengenai sesuatu tentang Tingkalanon. Sya pun tulis la Tingkalanon dapat nama. Sya baru lawat blog ko dan sya ada nampak juga tu soalan si tanak kimaragang.

Kebetulan juga dia tanya di blog ko, pada masa yg sama sya post entri pasal ini.. hehe

Mungkin ada tambahan lagi daripada illie pasal Tingkalanon mendapat nama? Bapa berkisah cerita ini seingat saya umur lingkungan 13-15 tahun... Bapa suka2 cerita tangon dan sekali-sekala menyelitkan kisah-kisah mengenai Tingkalanon dan kekuatan pejuang2 kita dulu2...

Terima kasih illie singgah2 di sini...

8:20 AM  
Blogger Unknown said...

LM...

Irad keno balaai ot kinonuwan dot ngaran dot Tingkalanon diti...

Bagus itu info...cuma banyak juga saya dengar2 cerita dulu2....ramai urang di tingkalanon yang hebat2.

"Waro ot duwaaan ka bo". Manakat dot puun do punti nga waro ie ka...

Babanar keri owo...waro no ong osobutan yo Inson...waro no ie Cikgu Boman....it mendiang boliou nu nga mad ko waro ie ka sabat....hehehe...;-)

12:38 PM  
Blogger JMimie said...

sya pun pernah dengar ni cerita asal usul nama kg Tingkalanon dari nenek sya. Memang femes bah Tingkalanon ni pula..kebetulan ibubapa mama sya pun berasal dari kampung ini juga..buli la sya ikut berbangga sbb ada juga kaitan darah dgn kampung ni..hehe

1:04 PM  
Blogger Mogoron said...

Hi LM dan semua, setelah menulis pasal Tandek tempoh hari di ruangan SAM sudut Boros Kimaragang, saya teruja dengan respon rakan-rakan penulis blog di yang berasal dari Tandek.

Beberapa ketika ini minda saya sibuk dengan bagaimana memperkasakan Tandek dan mahu mengaitkannya dengan Kg. Tingkalanon. Tulisanmu hari ini, banyak memberi cetusan yang baik di mindaku.

Walaupun saya tidak berasal dari Kg. Tingkalanon, saya percaya talian persaudaraan 'bau-bau bacang' itu pasti tetap ada.

Terima kasih LM, teruskan memuat tulisan yang membangun.

1:21 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Kepada rakan blogger semua,
entry saya kali ini lari dulu sekejap dari topik tandek. Bukan menidakkan perasaan simpati kita kepada tanah lahir. Cuma meminggirkan seketika hati daripada terus membungkam, memanjang 'tidak stabil' emosi.. hehe. DAN KITA AKAN ATUR KEMBALI selepas ini... hehe JANGAN BERHENTI UNTUK TANDEK DAN KM.

Kanil,
Iya, begitu la kisahnya Tingkalanon mendapat nama. Kalau dulu2 memang hebat-hebat orangnya di Tingkalanon bersama2 dengan harimau berantai dari kampung2 lain bersatu membentuk satu kumpulan pejuang kimaragang yang digeruni dan terkenal. 'Duwa'an' adalah pendidikan orang dulu2.. Jadi tidak heran, ada beberapa perkara 'besar' dorang dapat lakukan dengan impak yang luarbiasa. hehe

mendiang bapa yang sebenar-benarnya tidak mempunyai apa2 'pakaian' yang tersembunyi di balik kehidupannya. Perkara yg selalu diajarkan bapa kepada anak2 lelakinya ialah 'Kalau kita takut, banyak perkara yang selesai dan masalah jarang datang. Kalau datang pun boleh selesai. Sentiasa hormat orang, kalau tidak, di mana kaki kita melangkah, tidak selamat'.. inilah "duwa'an" yg saya selalu pegang.

Jmimie,
Tingkalanon dan kampung2 lain mempunyai reputasi tersendiri dan memang femes... Dalam banyak hal yang melibatkan perjuangan bangsa, semua kampung2 bersatu tenaga dan fikiran. Ini kelebihan orang2 kita berpegang teguh kepada permuafakatan.

Saya tidak perasan oo ibu bapa mimie org Tingkalanon. Baru sya tau jg.. hehe Ba, inda juga jauh melawat2 ko pula. Urg Tingkalanon jg.. hehe

Mogoron,
Tn dr... sangat berbesar hati tuan bertandang ke blog tidak seberapa ini... Ya, saya perasan, kebanyakan blogger's memfokuskan kepada memperkasakan Tandek. Siapa yang tidak mahu memikirkan mengenainya melihatkan kepada keadaan Tandek yang menyedihkan kita.

tn, saya percaya tokow ie tokow iti. kebanyakan keluarga2 di Tandek ada pertalian dari sebelah mama dan bapa juga. Tidak jauh. Dan saya sangat berbangga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga tn. Kejayaan keluarga tn adalah resepi inspirasi jg kepada kami.. Kimaragang sangat bertuah memiliki orang2 yg bijak seperti rumpun keluarga tn bersama dengan keluarga2 besar yang lain di seantero kampung kawasan Tandek...

Teruskan perjuangan dr. saya sebagai anak bangsa sekalipun agak terhad kemampuan namun tetap menyusul menyepakati segala usaha para cendikiawan dan ilmuan membangun daerah tercinta..

2:24 PM  
Blogger AragangTandik said...

Salam LM

Saya pun biasa dengan cerita ini dari mama saya. Arwah mama saya bilang di Tingkalanon dulu ada Rumah Panjang dekat sungai. Disanalah dia pernah mula-mula nampak babu Galumis, ketika masih anak dara memakai kain sarung paras dada (berkemban). Saya membayangkan pakaian ala-ala Bali gitu.

6:09 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

AragangTandik..
budaya turun ke sungai mandi, mencuci atau managou dengan hanya berkemban adalah budaya yang klasik dan mencuit hati... hehe

Sungai itu penuh nolstagia dngan anak gadis dan anak muda bersahut-sahutan usik mengusik... meriah kerana sungai tiu betul2 mengalir di tengah2 kawalaian... Mama-mama duduk ja di kaki lima melihat senario yang siapa melihat pn akan tersenyum... tapi jangan sampai senyuman mereka hilang dari wajah mereka... AWAS... haha

2:58 AM  
Blogger AragangTandik said...

Ia para bijak pandai dari Kampung kita harus duduk bersama memikirkan tentang masa depan kampung kita. Jangan sampai ia hilang ditelan zaman. Budaya adalah jatidiri bangsa.

11:38 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Yep! sukung ko aragangTandik...

1:50 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home