TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, March 10, 2009

Isu Datuk Max: Reaksi Mickey's Corner

(Sumber gambar: http://mt.m2day.org/2008/content/view/19014/84/- Malaysia Today)
Salah seorang daripada komentator blog ini (SRIXON) telah memberikan satu sumber link yang menulis mengenai isu moral Datuk Max. Sila copy dan paste link di atas dan baca untuk mendapatkan persepsi dari kaca mata anda sendiri.

Untuk pengetahuan SRIXON, saya sudah membaca artikel ini seawal pagi tadi. Saya sedang memikir-mikirkannya dari segi pro dan kontranya termasuk kredebiliti sumber.

Apa yang boleh saya katakan, Datuk Max berhak mempertahankan dirinya kerana kita 'demand'kan penjelasan beliau berikut kisah skandal ini. Tunggu beberapa hari ini. Sebenarnya beberapa kawan-kawan lain pun sudah memberikan reaksi terhadap artikel tersebut. Sila ke Blog Dr. Jurin Gunsalam atau ke Blog Tulun Kimaragang untuk membuat cakupan daripada beberapa sudut.

Saya tidak perlu terburu-buru 'menganalisis'nya kerana kita perlu lihat dari segi kekuatan artikel tersebut. Setakat ini kita BACA sahaja dulu. Beri juga peluang kepada KM membacanya. Kita tidak perlu melangkaui keterujaan, kerana di depan kita ada sistem perundangan yang membolehkan seseorang berhak menjelaskannya. Tunggu reaksi Menteri Persekutuan kita ini.

Saya sekadar memaparkan gambar ini untuk tatapan KM. Biar KM melihat sendiri daripada kaca mata rakyatnya tentang apa yang diperkatakan terhadap Max. Buat masa ini ada pemangkin. Ajak rakyat KM ambil tahu dan selepas ini PERLU TAHU 'mengorak langkah' sesuai untuk memberikan pengajaran politik kepada beliau.

Gambar ini kita boleh ambil sebagai bukti. Tapi belum kepada artikel. Biar pihak tertentu membuka fail dan buat kerja mereka. Cukup la kita mengutip isu moral jika berdasarkan gambar dahulu. Sebagai pemimpin, beliau patut lebih tahu SABAH dan KOTA MARUDU keseluruhannya terhuyung-hayang bertahun-tahun menjadi boneka - tapi beliau masih boleh bersenang lenang. Ya, boleh saja kita katakan itu satu privasi. Tapi bila media tertentu paparkan, siapa yang dapat mengelak daripada berfikir-fikir? Pertanyaan kita ialah tidak cukupkah dengan majlis yang rakyat Sabah/KM mahu berkongsi gembira sambil pening-pening selama ini? Tidak cukup ka keraihan tahun baru atau majlis harijadi atau ulang tahun perkahwinan mereka selama ini sambil pening-pening? Ia belum lagi kalau kita sangkut pautkan dengan isu moral yang tiba-tiba dikesan media.

Rakan-rakan Marudian sekalian - mari kita berfikir sekejap. Kita jusahpergi kepada artikel. Kita tidak dapat melihat sejauh mana ketepatan kandungan artikel tersebut. Untuk gambar seperti ini, Mickey's Corner sangat 'terasa' Kota Marudu dan Tandek miskin untuk paparan mewah seperti ini. Adakah gambar ini menjadi 'hadiah' kepada kesetiaan undi selama ini? Saya berani bertanya soalan ini dan mempertikaikan kredebiliti dan karekter Max kerana mata rakyat miskin MELIHAT!. Apa lagi kalau Datuk Max sudah lama diperhatikan prestasinya sebagai adun (bekas) dan MP. Tanggungjawab Datuk Max membuktikannya.

As a voters, we DEMAND explanation......

11 Comments:

Blogger TT said...

Hi Bos..

Sya difahamkan explanation-nya mungkin kluar news esok. Polis report pun esok. Mo fail saman sama tu org yg buat report tu pun esok.

5:22 PM  
Blogger Unknown said...

Bro LM...

Bagi saya, pasal tu gambar sya nda da masalah kalau sya la.

Berkenaan dan ulasan di dalam artikel www.m2day.org tu, saya ingat YB Datuk Max kena jawab juga kerana benda ini sudah jadi satu isu peribadi dan orang akan tertanya-tanya kesahihan ceritanya jika tidak dijelaskan.

Biar la kita tunggu penjelasan dari beliau. Selepas itu baru lah kita menilai dari segi pro dan kontranya.

Betul ka tu LM....hehehehe...

10:07 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Letty,
terima kasih kerana bertandang ke blog. Sangat menghargainya. Boleh sya tanya? letty pernah kerja di BERNAMA SABAH atau memang kerja di sana skang? Sound familiar hehe. ya, kita sama2 tunggu reaksi beliau nanti.

Kanil,
mmg gambar tu pun sya teda masalah. cuma lain mata meningu ba makan mewah2, di tempat mewah2, dengan minuman mewah2... bagi saya, suka hati juga ba dia apa mau buat. Cuma, 'terasa' kawasan masih cukup miskin untuk gambar max seperti ini. Budak2 pn boleh cakap aaii... tau juga dia moginum tapi...... kan susah kena cakap begitu. hehe

tentang artikel itu, saya ingat memang Datuk Max kena jawab juga. Artikel Malaysia Today kena menjawab juga dengan polis.. sebab itu kita kena tingu kedua-dua pihak bukan sebelah pihak sahaja.

iya, tahan analisis kita, kaji pro dan kontra dulu kanil.. hehe

1:40 AM  
Blogger RumbiaMasolog said...

Mick.. sya tidak jumpa pula tu artikel ttg YB.Max di Malaysia Today. Tidak tau kena remove or mcm mana. Anyaway... bagi sya kan mick sya tidak nampak apa2 kontravesi ttg tu gambar. Adakah makan n minum pun salah?. Dan kita tidak tahu pun apa yg dia minum. Kalau berdasarkan gambar itu mgkn juga minuman yg tidak beralkohol. Kalau kita tingu betul2 dia mcm di oversea ba ni. Dan klu di tpt mat salleh sya rasa makanan mcm ni sudah jadi mcm kebiasaan. Kita sendiri pun klu berada di tempat yg sama sudah tentu mkn mcm ni. Tidak pun jauh klu kita pi buffet di hotel bertaraf 4 bintang di tpt kita sendiri pun sudah tentu keadaan pun mcm ni.

Saya bukannya pro Dr. Max or anti dia.. saya cuma tidak suka bila sesuatu perkara itu dinilai hanya berdasarkan sekeping gambar. Dan sudah tentu klu org sudah membenci seseorang itu, apa juga org itu buat tentu akan di salah erti.

Memang apa yg Dr.Max telah lakukan terhadap KM tidak la cemerlang. Malah jauh daripada apa yg kita harapkan. Tapi adalah tidak adil jika kita bandingkan gambar ini dengan apa yg dia telah lakukan terhadap KM.

8:33 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

TQ Rumbia,
Saya tidak fokus menyebut atau menyentuh tentang minuman beralkohol. Dia buli suka hati apa dia minum.. atau apa sahaja yang dia mau makan... CUMA saya melihat kepada cara BERMEWAH begini...

Saya tidak perlu tahu apa dia minum, apa dia makan.. Saya mahu bercakap tentang 'masa yang dia ada' santai menikmati masa2 MEWAH begini. Jika dia ada masa berkualiti seperti ini dengan kawan2 dia its ok. . tapi lagi bagus kalau dia juga memberikan MASA BERKUALITI sama adil dengan rakyat juga... tidak salah BERMEWAH... kongsikan juga karisma beliau agar dapat "MEMEWAHKAN'perasaan kita orang kampung melalui kelegaan hati, melalui kerja-kerja kemajuan....

Kalau kita nampak gambar ini, kita jauhkan fokus kita ke hadapan, dari perspektif lain, apa kita punya expectation?

9:23 AM  
Blogger JMimie said...

We've been taught not to judge a book by its cover and because of that I believe this entry reflects such knowledge of the author. Not to just suka2 buat negative analogy rather because of too much learning and observing of the 'content of the book'. Anyway, to be fair, there's nothing wrong for our boss to have santai2 time but please prove the reality of 'A GOOD LEADER IS NOT TO BE SERVED BUT TO SERVE' by initiating more efforts on developing our very own Tandek/Kota Marudu.

bah kaa...sumampur oku po diko'o momoros pasal tulun politik biano bo:)

8:06 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Jmimie,
terima kasih kerana bertandang dan memberikan komen. Ya, memang betul, 'don't judge the book by its cover'.. Entry saya ini pn sebenarnya kalau diperhatikan betul2, tidak bermaksud untuk judge orang melalui luaran.

Saya cuma claim tentang MASA KUALITI yang dia ada bersama2 dengan kawan2. Lebih kurang mewah juga ba paparan begini. Apa yg saya maksudkan ialah tidak pernah silap santai-santai bersama kawan, cuma sya 'demand' tolong juga share MASA BERKUALITI dia dengan rakyat. Sudah lama dia bersama Tandek sebelum dia lepaskan kepada Pn. Anita. Kurang lebih 12 tahun di Tandek. Jika begitu lama, dan Tandek begitu juga, terkilan juga la.

saya juga sangat setuju 'A GOOD LEADER IS NOT TO BE SERVED BUT TO SERVE'..

11:18 PM  
Blogger dardie said...

Saya juga turut mencari artikel ini d Malaysian Today tapi tidak jumpa da.Mungkin suda kena remove sebab ada suda tindakan susulan yang mempertikaikan artikel itu..kita pun tidak pasti..tapi apapun, sebagai anak bumi Sabah yang turut sama menyusuri perjalanan kehidupan politik di Sabah daripada sebuah peralihan PBS(dulu)-> BN/UMNO, saya turut merasakan bahawa apa yang kita ada selama 3 penggal lalu adalah sangat mendukacitakan (mesti ada orang yang akan komen saya, jalanraya tu, elektrik tu, sekolah tu, klinik tu)..
Justeru, saya juga turut tertarik untuk memberikan refleksi terhadap gambar Dr. Max diluar daripada lingkungan jenis minuman, jenis makanan, lokasinya dan bila..mungkin ada orang akan berkata, itu adalah privasi dia untuk melakukan apa saja. Saya tidak menyalahkan apa yang dia mau buat..lantak dia la..tapi apakah saya boleh menutup mulut semua orang ynag menyindir kelakuan ini berbanding apa yang dia suda sumbangkan kepada rakyat..gambar2 seumpama ini tidak memberikan penambahan kepada kekuatan sokongan rakyat kepada DR. Max..malah orang akan berkata, apakah Yang Berhormat yang ada sekarang ini adalah YB Keramaian, YB Kaamatan, YB Hari Raya, YB Krismas, YB Hari Jadi..bila minta diundi 24jam kehadirannya di kalangan rakyat..suda menang, 24 saat pun susah untuk dilihat..bila rakyat mula memerlukan sesuatu atas dasar kemajuan, mulalah hantar wakil yang hanya menyampaikan pesan bahawa permintaan itu kononnya dalam proses diluluskan..sudah 3 penggal bro..bukan saya bertujuan mahu memberitahu bahawa politik PBS dulu bagus, cuma pada saya apabila dipilih itu, buatlah cara orang seperti dipilih..kalau tidak mampu lagi, nah silakan berundur..saya tidak mahu pro kepada parti mana2, tapi saya pro kepada mereka yang mahu membawa perubahan...yang sanggup memperjuang hak bumiputera Sabah dalam semua aspek..

9:12 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

welcome back the great tamiang,
mungkin diurg kecut perut ba tu bila artikel mereka sekadar sebuah tulisan yg lahir melalui 'pengamatan' dan taakulan sendiri. Jika benar kenapa sembunyikan? jika salah, akan tetap didakwa sesuai mengikut peruntukan Akta Hasutan...

Memang benar, privasi tetap privasi, Tapi sebagai pemimpin dia perlu tahu mengatursusun kerja-kerja sebagai YB, bukan mengharap orang yg mengundi kepadanya pula yang buat kerja. Kalau begitu buat apa pilihanraya?
Apa sebabnya diadakan pemilihan? dan kenapa perlua ada konsep MENANG dalam meraih sokongan rakyat. Tentu ada sebab, banyak kerja yang perlu dilaksanakan untuk rakyat. PM sendiri berkata kita berkerja untuk rakyat. Tidak faham ka amanat PM?

4:10 PM  
Blogger IsOn said...

Seperti yang saya sudah sebutkan dalam blog si 'cathy'. Saya tidak teruja sangat untuk komen tentang gambar ni. Jika saya komen, tentu saja ada positif dan negatifnya. Apa yang saya lebih teruja ialah saya masih mencari KM dan Tandek seperti yang kita harapkan daripada seorang pemimpin 'berwibawa' seperti Datuk Dr. Max.

Sedikit titipan untuk foto ini. Mungkin kalau YB kita ni membuatkan kita rasa lebih bangga terhadap pencapaian beliau selama 3 penggal di KM, mungkin orang taklah bising sangat macam sekarang ni.

Terus terang. Saya juga kecewa dengan keadaan KM dan Tandek sekarang. Tak nak salahkan YB, nak disalahkan siapa? Mungkin salah rakyatlah sebab memberi kemenangan kepada YB yang tidak dapat memberikan apa yang mereka (rakyat) dan kawasan KM perlukan.

Nota: Impurasan no daton kadung mangakan do kungkung ki. Milom kantalan dati. Nunga...

11:45 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

tq doc..
iya, stuju dengan ison... kita mencari dan bertanykan soalan yang sama kepada seorang yang 'berwibawa' seperti Dr.Max...

Nota: seso oku mongkilikik membasa dilo 'nunga kantalan' dikoo..

7:53 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home