TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, February 19, 2009

Musa Aman: Perdana Tukar Volvo

Dalam keadaan ekonomi meruncing, Kerajaan Negeri Sabah memberikan reaksi idea yang bertentangan. Perdana tukar Volvo sebagai kenderaan rasmi. Mau selesa punya pasal, nak merasa bermegah dengan kereta import mewah. Ni ekonomi gawat boleh pula ada cita-cita yang tidak mesra rakyat. Kalau Sabah kaya?, lagilah banyak idea dangkal!.Reaksi pertama saya "Ades! Sabah sudah la miskin. Ada budget sikit-sikit tapi idea lain. Siapa punya wang diorang pakai tu?" Sudah la nak majukan rakyat pun bertatih-tatih, semangat patriotik pula dikotak-katikkan.

Alasan yang digunapakai seperti biasa, kos penyelenggaraan kenderaan Proton Perdana Eksekutif tinggi. Kenapa kerajaan Negeri Sabah tidak memantau aktiviti selenggaraan oleh syarikat yang diberikan kontrak untuk menyelenggara Proton Perdana? Kenapa tidak diaudit untuk meneliti punca kos selenggara tinggi? Cari sebab. Mungkin ahli politik kita terlalu kasar cara pemanduan kerana urusan 'untung sana-sini' yang perlu dikejar. Mungkin syarikat yang ditawarkan kontrak syarikat jenis cekik darah rakyat. Ya la, claim tinggi tapi spare part dalam negeri ja. Mungkin ada part yang ditukar tidak memenuhi spesifikasi. Sumbat barang murah!. Akibatnya Proton Perdana kebanggaan Malaysia selalu broke down. Kerajaan negeri tidak buat kerja. Minta maaf la kerana orang Sabah bertanya dengan emosi yang membara. Faham ka apa itu PANTAU? Ulang sekali lagi, BUAT PEMANTAUAN. Usah suka hati tukar kenderaan guna wang rakyat. Tutup mata tanpa siasatan. Yang untung syarikat tu. Kroni ka?.

Kalau ikutkan rekod pusat servis Proton yang berdaftar, purata kos selenggara bagi setiap unit Proton Perdana V6 setahun hanyalah lebih kurang RM500-RM600 SETAHUN. Jika melakukan perjalanan biasa dalam lingkungan 20,000km - 30,000km, berdasarkan ini kos purata selenggaran dalam tempoh tersebut dianggarkan RM2000 - RM3000 (Sumber: Syed Zainal Abidin Syed Mohammad Tahir. Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd.)

Blog ini sangat berharap Datuk Musa Aman dapat mendedahkan butiran kos selenggaran Proton Perdana supaya perbandingan dapat dibuat. Jangan ingat berkereta mewah dan selesa di atas jalanraya sahaja. Ingat la, sebarang bentuk dasar yang diambil kerajaan, itu melibatkan wang rakyat. Sudah la para YB kita dalam kawasan pilihanraya tidak dipantau ketat oleh kod etika kerja yang boleh menjamin kecemerlangan kemajuan desa.

Tidak terfikir ka Datuk langkah ini sekadar menyenangkan orang politik yang terlalu senang? Menyusahkan rakyat yang selalu susah? Negeri 'papa kedana' boleh ingat nak tukar kereta, hak bumi sendiri terabai.

5 Comments:

Blogger IsOn said...

"Saya pun mau tukar kereta mewah laini. Murah sikit kos penyelenggaraan." -Sabah CM.

5:32 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

saya amat heran juga kenapa kerajaan negeri Sabah sanggup sewa kenderaan yang di pakai oleh seluruh Kementerian atau Jabatan dan Agensi kerajaan setiap bulan 1 buah sekitar RM7,000.00 kenapa tidak beli terus saja lagi murah sebab tiada cukai kalau di gunakan oleh kerajaan, minta pendapat dari saudara, terima kasih.

5:37 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

bejumpa kita di blog si DSAI pasal tu entry perdana tukar ke volvo sana blog dia.. haha..

komen ke 19 tu saya. guna nama ANAK SABAH... ada sya reply komen ko.. haha

inda paham2 betul ka diurang ni.. tukar kereta mewah lagi 'MEWAH' kos selenggaraan dia.. mapalui tobo yalo diti...

mimising ko akaya kabarasan kerajaan SABAH... suon pigi ya'alo sumuang ad kampung mamakai kurita Perdana eksekutif... abarani ka amu mangalajak dot ralan kampung kitupak siti sino no.. aralom nogi

mangalamas banar dot bangsa tokow.

Kilau podos,

terima kasih atas kunjungan...maksud saudara, kereta rasmi kerajaan negeri Sabah sekarang ni mereka sewa ka dari kementerian/agensi kerajaan? patut la bilang kos tinggi.. bayar sewa satu bulan RM7000.. maintenance kereta lagi? bayar cukai lagi?mau RM9000-RM10000 sebulan... apa punya akal dorang guna nie?

Saudara sendiri pun boleh berpendapat beli terus. Murah dan tanpa cukai bagi penggunaan rasmi kerajaan... Tidak faham kenapa ada idea orang politik begini. mereka ini tidak tahu malu label yg diberikan kepada kerajaan negeri SAbah adalah MISKIN.

ngam la tu. Pepatah mengatakan biar PAPA asalkan BERGAYA... bikin geram betul...

2:52 AM  
Blogger MAWAR BERDURI said...

salam tuan?

jangan kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar, jangan kerana marah pemimpin sabah pakai kareta mewah kita mau sokong anwar pemusnah bangsa...apa beza kuncu2 anwar yang gila kereta dan kuasa.

fikir2kanlah. mb

11:53 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe..

salam mawarberduri.. pagi ini aku 'tertusuk' oleh duri seinci ke dalam jantung ku... tapi ros itu terlalu indah untuk saya mengeluh kesakitan.. haha

saudari,

DSAI? pejuangannya sukar singgah ke halaman rasaku... Kerana aku orang sabah yang mempunyai sebab terluka oleh sejarah lampau.

BN, mereka sentiasa dalam pemantauan.. baik, kekalkan baik. Buruk, singkir saja tapi bukan berpaling kepada pembangkang. saya meminati gaya gelombang baru yang bakal berlangsung di arena politik tempatan..

Dari dulu saya tegaskan, kuasa politik tempatan harus di kembalikan kepada parti tempatan....

7:34 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home