TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, May 23, 2005

CHELSEA FC Juara EPL...

Pertama sekali, TAHNIAH!! kepada pasukan SABAH FC yang berjaya menundukkan Pulau Pinang di Stadium Likas baru-baru ini dengan jaringan 2-1 tanpa kelibat Julio Cesar Rod (pemain import Brazil yang semakin menarik perhatian saya- Pulau Pinang bernasib baik?). Semoga Sabah terus maju lagi dalam sukan bola sepak tanah air dan suatu hari nanti tidak mustahil Liga Super akan dapat ditawan.
Di peringkat antarabangsa, sememangnya tidak dapat saya sembunyikan kegembiraan apabila Chelsea FC (My favourite football club) akhirnya memenangi kejuaraan EPL 2004-2005. Daripada Pemilik kelab, Roman Abramovic (lelaki Rusia yang murah senyuman), Jurulatih Jose Mourinho (personaliti lelaki yang saya paling kagumi dalam sukan bola sepak) sehinggalah kepada barisan pemain yang benar-benar mempersonakan persada bola sepak dunia. Sebut sahaja Petr Cech (goalkeeper 'sempurna' selain Gianluggi Buffon, Italy), John Terry (kereta kebal britain), Frank Lampard, Joe Cole, Arjen Robben, Kezza, Didier Drogba (si pemburu gol yang berprestij tinggi)... Wyne Bridge, Scot parker, Macca, Glen, Ricardo C, fareirra, Thiago, Huth, E. Gudhjonsen, Cudicini, Willie, Carvalho... nadi penting kepada segala ramuan untuk bergelar JUARA LIGA PERDANA INGGERIS. GO! Chelsea...
My Dream Team...
Goalkeeper - Petr Cech, Gianluggi Buffon, Oliver Khan, Defence - John Terry, Rio Ferdinand, Alessandro Nesta, Roberto Carlos, Ashley Cole, Cannavaro, Salgado, Midfielder - Arjen Robben, Joe Cole, Ronaldinho, R.Quaresma, Duff, Lampard, Totti, Zidane, Patrick Vierra, Cristiano Ronaldo, Steven Gerrard, Foward - Ronaldo, Owen, T.Henry, Nistelrooy

Tuesday, May 10, 2005

Catatan untuk MAMA....

Maka untuk kesekian kalinya dalam hidup, kaki mama menyentuh bumi malaya menelusur swarnabhumi di antara jerit pekik kotaraya dan lampu neon yang menyuluh segala macam hikayat kehidupan. Entah apakah reaksi pertama yang menerpa ke benak mama bila bola matanya menghantar getar isyarat arus kemodenan jauh ke dalam lubuk sanubarinya sewaktu KLIA mendepakan ruang kecanggihannya menyambut jejak sulung mama. . Ingin benar rasanya berada di sana ketika itu berkongsi sebahagian daripada peristiwa, menemani emosi mama. Maka aku terlepas lagi satu hari yang sangat baik....
Bertemu dengan mama atau bapa selalunya menerbitkan naluri kita seolah-olah baru pertama kali itu bertemu. Emosi yang tetap sama setiap kali berpeluang untuk balik ke kampung halaman. Hal-hal pertemuan biarpun berlaku berkali-kali tapi selalunya 'perasaan seperti baru pertama kali' itu mengambil tempatnya terlebih dahulu menguasai sekujur tubuh. Allah mengetahui lebih daripada itu....
Ya, ingin saya beritahu sesuatu yang tidak boleh saya gambarkan. Ketika saya sampai di rumah auntie Satiah, mama baru lepas mandi. Ketika saya tercegat di depan mama, mama memandang saya dengan redup mata yang tidak boleh saya jangkau. Mama tidak bercakap sepatahpun, di antara tingkahnya yang cuba membuat keputusan mahu menyambut kehadiranku, mama hanya mampu memandang sekejap, juga dengan sirna pandangan yang tidak boleh saya jangkau, meneruskan langkahnya ke bilik dengan riak wajah seakan tidak memahami dirinya, melipat pakaiannya perlahan-lahan, satu persatu, mengatur dirinya dengan tertib walaupun ketika itu mama kelihatan sayu. Saya masih tercegat di tempat yang sama. Yang lain berpandangan tidak mengerti tetapi penuh perhatian. Mama membetulkan begnya, menyusun baik-baik pakaiannya, berkali-kali, kemudian... berdiri dan mengatur langkah. Sedar-sedar saya, mama sudah peluk saya dengan tangisan perlahan... Sepantas itu 'peristiwa tak jadi balik kampung' mengetuk fikiranku. Saya ingin meminta maaf dengan mama tapi airmata juga yang keluar menghalang maksudku.. Saya kehabisan daya untuk bersuara. Perkataan 'minta maaf' itupun saya hanya mampu gemakan sekuat-kuatnya dalam hati. Saya berdoa dalam hati, meminta supaya naluri seorang ibu dapat menyentuh apa yang tidak dapat saya suarakan. AKHIRNYA SAYA DAPATI DIRI SAYA HANYA MAMPU MENULIS DALAM RUANGAN INI.. "SAYA MINTA MAAF". Perkataan yang sepatutnya dapat saya bisikkan di telinga mama...