TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, April 28, 2006

Perjalanan Ke Kota Marudu.. Selamat Datang Pesta Ka'amatan 1 Mei Peringkat Negeri.

1 Mei pasti menjadi hari bersejarah bagi pekan kecil Kota Marudu apabila dipilih menjadi tuan rumah Pesta Ka'amatan peringkat negeri Sabah. Dulu, saya memang tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keriuhan pesta peringkat daerah dan sebelumnya peringkat kampung. Kali ini 'hari besar' itu tidak saya nikmati sebagaimana sepatutnya saya sebagai anak jati daerah Kota Marudu... Apapun harap komuniti masinasin yang dapat balik ke Kota Marudu dapat merakam sebanyak mungkin aksi-aksi pesta dan postkan ke blog untuk tatapan komuniti yang lain yang tidak ada kesempatan untuk balik.... Sampaikan salam untuk BOBOHIZAN. :)

Terlupa....


Semalam
daun yang gugur itu
menyingkir ke dataran rumput kering
setiap kali kubuka pejam mataku
aku sering terlupa bertanya
sudah berapakah usiaku pagi ini?

Masinasin... Here I Come!!


Going again....

Semakin dekat harinya untuk pulang ke rumah, semakin denyut jantung ini berdegup kencang. Hal yang berlaku setiap kali saya memperolehi peluang untuk balik kampung. Jiwaku seperti dapat mendampingi sesuatu di desa yang tidak dapat saya perolehi di sini. Di rantauan, saya hanya dapat fokus pada kerja, mengelak diri daripada terperangkap dalam kesibukan kota dan riuh pembangunan, lirih senyum individu yang rakus dengan kepentingan diri, sikap masyarakat yang hidup penuh sangsi sesama sendiri.. Perlukah saya menghabiskan hidup di sini semata-mata mengelakkan diri dari semua beban begini setiap masa? Apakah tidak ada waktu yang cukup santai begitu sahaja untuk saya menghadapi hari-hari dengan tidak terburu-buru atau terdesak? Cukuplah... cukuplah saya berurusan dengan karenah tempat kerja. Hal ini tidak mengganggu sangat dan mudah sahaja di'neutral'kan kerana kemampuan diri yang boleh berkompromi dengan situasi sukar dalam dunia pekerjaan.

Apabila saya merenung gambar di atas, semua jawapan yang tersembunyi dari mata jiwaku terjawab segala-galanya. Ia satu tempat yang 'sementara' tetapi itulah tempat yang ingin kucari.

I still feel displaced and KL doesn't feel like home just yet...Aahh! kesiannya ko mick! :)

Thursday, April 27, 2006

Aku Terlalu Letih....

Monday, April 24, 2006

'Perjalanan Ke Bukit Galelia'

Labels:

Bantahan Pelik!!...


Apakah sebenarnya kemahuan mereka sebagai rakyat Indonesia yang sering bercakap mengenai moral yang bersih berlunaskan agama tetapi bertindakbalas terhadap usaha kerajaan Indonesia meluluskan rang undang-undang antipornografi dan perbuatan lucah di tempat awam??
Alasannya, perlaksanaan undang-undang tersebut pada pandangan mereeka akan menyekat kebebasan wanita berpakaian maka seperti biasa 'pendemonstrasi jalanan' 'buat hal' lagi di di kota Jakarta semalam. Sebelum ini, majalah panas Indonesia versi 'orang dewasa' mendapat tentangan besar-besaran seluruh Indonesia. Sekurang-kurangnya tentangan itu menjadi suara besar untuk menyekat sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab daripada menyebarkan 'penyakit moral' di negara yang memiliki umat Islam teramai di dunia itu.
Anehnya, usaha memperkenalkan undang-undang antipornografi ditentang oleh kaum wanita negara itu. Lebih memalukan apabila mereka lebih bimbang akan dipenjara jika mendedahkan badan atau didapati berkelakuan di luar kebiasaan adab sopan di depan khalayak. Sukar benarkah untuk menghiasi kehidupan dengan pakaian yang 'cukup di badan' atau peribadi yang yang berhemah khalayak ramai? Apa sebenarnya yang susah untuk memilih cara begitu?

Friday, April 21, 2006

Upah PENGERAS..

Sejauh mana perlunya pengeras? Apakah sebenarnya pengeras ini?. Apakah harus ada pengeras maka apa yang diberikan itu akan menjadi atau mujarab? Apakah kaitan barang-barang atau apa sahaja yang diminta oleh seseorang itu sebagai pengeras dengan 'servis' atau pemberian khidmat oleh individu terbabit? Atau ia sekadar satu cara yang sama seperti contoh membeli tong gas kemudian kena bayar upah lori dan tenaga barulah tong gas itu boleh sampai ke rumah?
Sering saya mendengar apabila seseorang itu diperlukan dan sesudah berlakunya upacara pertolongan 'magis'nya, antara kebiasaan yang didengari ialah "Minta seekor ayam jantan putih" atau "Kalau mau benda ini, minta sepuluh biji telur satu induk tanpa campur dan mestilah telur daripada proses pertama ayam itu bertelur". Atau paling biasanya "Segantang beras pulut sebagai pengeras"...
Walau apapun, ia sebahagian daripada budaya mistik kampung yang menarik untuk diselami. Ada ketikanya permintaan syarat sebagai pengeras agak keterlaluan. Tidak dinafikan bahawa konsep pengeras ini memainkan peranan penting sebagai panca warna budaya masyarakat itu sendiri dan dengan sendirinya kebudayaan seperti itulah yang membuatkan komuniti ini bertahan di tengah-tengah arus kemodenan kerana tempat mereka ditadah oleh rasa hormat masyarakat.
Barangkali ungkapan 'pengeras' lebih meyakinkan pendengar mungkin kerana ia adalah satu kata yang berkonotasi 'melengkapi dan membenarkan urusan magikal bekerja menurut arahan mantera' dan ia perlu dihormati dan ditunai jika mahukan sukses.
Waktu saya di tingkatan tiga dahulu, di pekan Kudat, saya terjumpa seseorang yang memperkenalkan diri daripada daerah Pitas, seorang lelaki separuh abad agaknya, berkata,
"Kalau kau mau penerang hati mau lulus periksa, bagi saya duit 20 ringgit untuk pengeras dan saya bagi kamu baca-bacaan (mantera). Jangan kasi tau sesiapa nanti tidak mujarab. Kamu saja yang dapat".
Dulu, saya manalah ada peluang pegang duit sebanyak itu. Seingat saya, dalam poket seluar hanya ada rm5 dan wang itulah saya beri pada orang itu. Saya diajak ke tempat sunyi dan diajar mantera. Saya tidak mengamalkannya walaupun saya dapat menghafalnya dengan baik (dan saya kurang percaya walaupun teruja untuk mencuba).. hehe.. Tiba masanya, keputusan peperiksaan SRP, saya mendapat 23 agreggat. Pada waktu itu sesiapa yang mendapat bawah 15 agreggat adalah sangat pintar (paling tinggi 5 agreggat) dan atas daripada 35 agreggat dikira kurang cerdas otaknya.
Persoalannya, betulkah wang pengeras upah mantera sebanyak rm5 itu yang membuatkan saya lulus SRP??

Pulangkan Anak Bigfoot - Kerajaan

Akhirnya satu reaksi yang cepat, adil dan tepat dibuat oleh kerajaan berkaitan kes anak Bigfoot yang ditembak dengan ubat pelali dan dibawa keluar dari hutan berhampiran Tanjung Leman seperti yang tersiar di akhbar Berita Harian semalam. Pulangkan segera anak Bigfoot!! Jangan tembak atau bawa keluar dari hutan!!
ITU ADALAH KHAZANAH NEGARA DAN HARTA ALAM...
Oleh itu, diharapkan agar pihak yang berkenaan, sekiranya benar seperti dakwaan mereka bahawa mereka telah berjaya memberkas anak Bigfoot, segeralah kembalikan ke tempat ia mula-mula ditemui.

Wednesday, April 19, 2006

Kisah Masa Kecil - Mungkinkah Itu Juga Bigfoot??

Di sebuah kampung kecil tempat komuniti masinasin membesar iaitu Kg. Tingkalanon, jika saya berdiri di tepi sawah yang bersempadan dengan jiran kita Oyingkin, panorama hijau dan bukit-bukau sekitar mempersonakan mata yang memandang apa lagi jika alam baru sahaja selesai disirami hujan. Maka adalah... adalah satu cerita, semasa kecil saya sering dinasihati oleh ayah supaya tidak menyahut lolongan dari hutan. Menurut ayah, 'hantu' itu akan semakin mendekat kalau kita bereaksi dengan bunyinya. Ketika umur waktu itu seingat saya mungkin 13 - 14 tahun, saya sering mendengar bungi 'Kunggg!!' yang kuat dari arah perbukitan. Kuat, jitu dan suara itu bagai menguasai ruang. Ada yang mengatakan itu adalah makhluk berbulu yang dipanggil mawas dan suka mengejar pemburu atau sesiapa sahaja.
Saya pernah 'bermain-bermain' dengan bunyi tersebut. Apabila kedengaran sahaja bunyi 'kunggg' yang kuat sayup-sayup nun di bukit yang menghijau sana, saya menyahutnya dengan bunyi dan nada yang sama. Saya tanpa mengerti apa-apa, dengan semangat 'budak-budak' berdiri lurus mendongak kepala ke langit mengekspresikan keinginan untuk menyambut 'khabar dari hutan' sambil kedudukan badan sedikit membengkok ke belakang diikuti oleh kedua belah tangan saya yang melurus rapat ke pinggang disudahkan dengan kepalan tangan yang kejap dan kuasa kaki yang terasa seperti mencengkam tanah, urusan bersahut-sahutan itu berlangsung berulang kali sehingga tiba-tiba saya merasakan bunyi itu semakin dekat. Apabila memikirkan itu adalah 'hantu', hati saya tiba-tiba diterpa ketakutan yang amat sangat dan berhenti menyahut lolongan. Selepas kejadian itu, saya masih 'berpeluang' mendengar suara lolongan makhluk tersebut beberapa kali tetapi kali ini saya tidak lagi menyambutnya dengan cara yang sama. Saya hanya berdiam diri memerhatikan bulu roma yang naik dan kulit lengan yang 'menggerutu' hasil daripada usaha biologi badan 'meneutralkan' ketakutan. hehe...
Mungkinkah itu Bigfoot? Jikalau tidak, bunyi itu masih misteri bagi saya sehingga kini. Jika katakan benar itu 'barangkali' Bigfoot, alangkah bertuahnya saya kerana kami pernah 'bercerita' sebelum ini. Apa yang terlintas di hati kecil, semoga 'mereka' dibenarkan hidup aman damai dan manusia ada peluang untuk mempelajari 'budaya mereka' dengan cara yang wajar dan tidak menyakitkan mereka...

Berita Harian - Tiga Beranak Maut digilis keretapi

Belum serik lagi!!.

Fakta laluan tersebut sudah merakamkan rekod tiga kematian sebelum ini tetapi masih tidak cukup untuk membuatkan sesiapa yang mahu melintas laluan tersebut berhenti daripada 'berkelakuan bahaya' atau sekurang-kurangnya berfikir dua kali akan risikonya dan memilih untuk tidak menduga maut. Hasilnya, berderai lagi airmata insan yang hatinya dilanda kehancuran total melihat mayat isteri dan 2 anak bercerai nyawa dan kasih sayang.
Jika sekalipun ada rundingan untuk membina jejentas antara jawatankuasa kampung terbabit dengan pihak yang berkenaan, tunggulah sehingga projek 'selamat' itu terbentang depan mata. Lintasan keretapi tidak pernah berkompromi dengan tanggapan sekali dua melintas selamat. Memanglah, apabila dua tiga kali melintas, berjaya melepasinya tanpa ragu-ragu dan penuh yakin, maka sepanjang berlakunya siri lintasan seterusnya, 'perasaan selamat sekali dua melintas' itulah yang membudayakan akal.
Pandang isteri, pandang anak, dan pandang kasih sayang yang diam dalam hati sendiri, fikirlah mengenai keselamatan. Bayangkan apabila mereka akhirnya pergi dengan tragik. Pandang pula mereka dengan perasaan kasih sayang ingin sentiasa bersama isteri dan anak dan bayangkan mereka ini ditinggalkan oleh diri sendiri dengan penuh tragik juga...
Beringatlah sebelum bahana tragis mengambil tempat mengajar kita akan erti kehidupan ....

Berita Harian - Anggota Perhilitan Tangkap Anak Bigfoot

Apabila saya terbaca berita ini, dengan tidak semena-mena hati saya di landa 'risau'.. Kerisauan bukan bermakna mengiyakan betul tidak kehadiran makhluk berbulu yang mendapat jolokan Bigfoot ini. Jika dikatakan memang wujud makhluk ini yang digambarkan berbadan sangat besar dan mencapai ketinggian sehingga 8 -9 kaki, malah sangat mudah bagi makhluk ini mematahkan dahan sebesar lengan untuk mendapatkan pucuk muda sebagai makanan.. Maknanya dihidangkan oleh sesuatu yang kita tahu bahawa 'personaliti perkasa' ini memiliki kekuatan yang sungguh luarbiasa..

Apabila Jeti Tanjung Leman, dikunjungi anggota perhilitan kemudiannya dikatakan berjaya menembak anak Bigfoot menggunakan ubat pelali, kemudiannyameninggalkan tempat itu begitu sahaja membawa bersama anak 'keluarga Bigfoot', ada satu hal yang benar-benar terabai begitu sahaja.
Ini berkaitan dengan KESELAMATAN penduduk sekitar tempat itu!!!... Bayangkan Kalau Seladang ataupun paling tidak saya ingin katakan haiwan ternakan yang jinak seperti kerbau betina yang mempunyai anak, jika naluri 'ibu binatang kepada anak' merasa ada bahaya atau gangguan yang memerlukan ia melindungi anaknya dengan 'keganasan', kita memang sudah sedia maklum betapa gerunnya kita berhadapan dengan 'semangat melawan yang tiada had' daripada binatang tersebut...
Sekarang, kita berkata mengenai Bigfoot. Sudah pasti anda dan saya sama-sama bersetuju mengenai 'bayangan tindak-tanduk' dalam otak kita apa yang bakal dilakukan oleh 'keluarga Bigfoot ini' (jika akhirnya kalau fakta kewujudan itu benar)... Tempat itu kemudian begitu sahaja ditinggalkan oleh anggota perhilitan tanpa jaminan keselamatan penduduk sekitar. Sepatutnya jika benar ada operasi seperti itu, harus dimaklumkan terlebih dahulu pihak berkuasa berkenan di tempat tersebut supaya langkah berjaga-jaga dapat dilaksanakan.
Tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini....

Monday, April 17, 2006

Blog Dari Jambongan - Nuar

Ahli komuniti masin asin bertambah lagi. Kali ini dari Jambongan, Sandakan. Salah seorang daripada komuniti masinasin sebelum ini telah bertugas (seingat saya sudah setahun yang lepas) sebagai salah seorang daripada warga pendidik di sana. Di sebalik kesibukan yang mengisi jadualnya, sempat juga akhirnya Cikgu ini meluangkan waktu berkomunikasi melalui blog terbaru, teratakjambongan.blogspot . Sejak pemergiannya ke pulau itu, saya tercari-cari kedudukan pulau tersebut dan akhirnya berjaya 'menjejakinya'. Selamat datang!!

Kedudukan di peta sabah.

ARAMAI TIEE!!

P/s... Gerakkan pointer mouse menyentuh peta dan tunggu beberapa saat akan keluar ikon di bahagian bawah sebelah kanan peta dan kemudian klik pada ikon tersebut untuk membesarkan peta Sabah. Kedudukan Pulau Jambongan dapat dilihat jelas pada sebelah atas kanan peta.

Thursday, April 13, 2006

Akhirnya Aku Bertemu Kembali Jejak Sulungku Dahulu...

Saya pernah memikirkan sejak bila sebenarnya saya mula create dan menulis dalam blog. Rupanya blog yang hampir 2 tahun hilang dari pandangan dan perhatian saya, saya 'bertemu' kembali selepas saya menjelajah sehabis-habisnya blog masinasin dan tiba-tiba saya terbaca tulisan Penghulu, A Blog From Mick. Hati saya menjerit 'yessss!!!' Blog lama ini tiba-tiba membuatkan saya tersenyum girang dan berfikir 'itulah aku pada mulanya dulu'...
'Benarkan Bahasa Melayu menyelit di antara sirloin steak dan french fries'
- tulisan pertama saya dalam ruang comment - :)
hehe.. embun pagi sudah mengetuk cermin tingkap. Selamat malam komuniti masinasin. Antara beberapa malam sejak tahun yang sudah aku terlewat tidur kerana hatiku yang sudah terlalu 'ramah' dengan blog..

Wednesday, April 12, 2006

Antara gangguan, kemahuan vs komitmen untuk jujur dan ikhlas serta harga sebuah perasaan yang 'didiamkan' begitu sahaja...

Kekuatan 'visi', kesederhanaan dan fokus dalam menguasai emosi fikiran membezakan segalanya. Sukses yang sekadar biasa-biasa sahaja atau sukses yang efektif dua hal yang barangkali mempengaruhi kepentingan bersama.
Suatu ketika, kita memiliki apa yang telah kita idamkan setelah bertahun lamanya mengejar. Pada mulanya 'tujuan jelas' memandu membangunkan proses perkongsian yang terbina oleh emosi semulajadi, bergetar oleh aura dua arah. Seperti kemahuan yang tidak pernah dapat dihalang untuk hadir di sisi minda, seakan-akan goyah oleh kebangkitan emosi baru yang mahu menjeritkan revolusi menuntut panji-panji sukses yang berkibar 'di bumi lain'.... Aku hampir-hampir mengiyakan sahaja transformasi ini saat aku semakin rela berlutut pasrah begitu sahaja. Aku bukan tidak belajar mematikan serangan psikologi dari sepasang mata milik orang lain.. Aku bukan tidak belajar untuk menghentikan tikaman bahasa lidahnya yang sesiapapun mendengarnya akan diulit perasaan 'itulah dia'... Aku juga tidak gagal untuk mengumpul usaha membina kesederhanaan dalam menganalisis ketika aku diasak bertubi-tubi oleh terjahan permainan minda.
Hanya satu perkara, aku barangkali gagal mendiamkan perasaanku... Terlebih aku gagal terhadap seseorang yang lain yang mengajarku memperlahankan larian kerana merpati putih itu ada dan sering menyinggah di bahu kananku. Aku gagal menanggapi walaupun tidak susah untukku fahami, dalam sekian banyak kali burung itu bertenggek tidak juga di bahu kiri.
Akhirnya pada suatu hari, antara hari-hari yang terlepas di belakang(aku tidak pernah menduga ia datang lebih awal) aku telah menemui warna dunia yang pernah kumimpi dahulu walaupun kutahu mungkin kakiku tidak akan memijak lembahnya. Sekurang-kurangnya, aku terpandang taman itu dan aku sudah berpeluang memandangnya sementara aku hidup. Dan setelah aku melihat semua itu, aku tidak akan berangan-angan lagi. Ya! aku akan memandang begitu sahaja tanpa mengabaikan perasaan menghargai.. Lebih baik begitu..
Jiwaku harus bebas bertahan. Bertahan sebagaimana pada mulanya aku menganggap itu satu perjuangan.
aku terpijak bunga yang mekar di mana tempat aku berdiri tadi. Izinkan aku beredar sebentar, Aku mau memperbetulkan tegaknya kembali dan akan menemaninya sehingga berbunga....

Monday, April 03, 2006

Somebody Told Me That My True Colour Is....

"YOUR COLOR IS BLACK. The color of night. Serene and mysterious, black conjures up images of elegant evening gowns, dashing tuxedos, and gleaming limousines. Traditionally a symbol of success, black also represents power and an uncompromising demand for perfection. Not surprisingly, you tend to set challenging goals for yourself and do whatever it takes to achieve them — your strength of character is second to none. This unfaltering determination, along with your natural elegance, impresses people. But keep in mind that your personality might be intimidating to some. Try to temper your demanding side with a little softness — trust us, it won't kill you. Overall, though, black is the color of professionalism and achievement, which means it's clearly the color for you".
- sometimes makes me feel at ease and when necessary, allows myself to hide from world -