TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, November 27, 2006

The Shape Of My Heart..


Sunday, November 26, 2006

Kau Mengajar Aku Bercakap Kepada Siapakah Aku Harus Berbicara. Semoga Kau Mengerti Ketika Aku Gagal Mengendalikan Bahasa Rasa Dan Raga...


Sketsa Lena dan Harga Sebuah Kisah.. Aku Bersalah Kerana Tidak Sabar Menunggu Bilakah Percikan Ini Menjadi Cahaya Yang Menyuluh Lidahku...


Aku Akan Mula Menulis Sesuatu Tentang Cahaya Yang Tumpah Ke Lantai Sementara Dedaun Tingkap Itu Masih Sabar Terbuka Untukku..


Kau Muncul Di Daerah Mimpiku Dan Itu Untuk Siapa? Semoga Aku Tidak Terlebih Di Dalam Segala Permulaan Ini Kerana Aku Masih Tidak Tahu...


Dunia Hati Di Musim Luruh..


Friday, November 24, 2006

Ayat Pilihan Hari ini...

"Menyalak depan ke menyalak belakang??"
(Ayat pertama yang keluar dari mulut sebagai reaksi saya terhadap aduan beberapa staff mengenai sikap pegawai keselamatan yang suka menyelar individu tertentu tetapi membisu bila berdepan dengan orang yang berkenaan - dipendekkan cerita terpaksa la saya sound direct pegawai tu)

Picture Of Heart...


Impian Dan Ketidakpastian

Sebahagian daripada setiap hari, kadangkala ketidakpastian mula menguasai emosi. Satu antara yang mengisi doa ialah permintaan agar segala harapan tidak mengakhirkan permulaan impian. Kadangkala terasa pasti dengan atmospfera perasaan dan kadangkala juga tidak punya kekuatan untuk melihat 'masa depan'.

Kalaulah Serafim itu boleh pinjamkan sayapnya agar saya dapat merasakan sesuatu dalam diri untuk dipercayai...

Kalaulah Serafim itu boleh pinjamkan sayapnya, memungkinkan aku melihat sesuatu di depan yang membuatkan aku berkata 'Oh! this way is the right path for me'..
I want a long lasting happiness.....

Thursday, November 23, 2006

Once I Make A Mistake.....

I know i make a mistake just like another person... And now, after 'what happen'... what should i do next?? I think the only solutions is being calm, don't push too much, after all i know that i've done something, if not the best thing.
And i should decide....
Although part of my mind still questioning if i stay... but i know that i will be proud because there where times when we share the laughter together. Deep in my heart, saying 'cukup la dulu untuk kali ini' is never an easy way to do.. And i learn a MAN SHOULD KNOW... when to try harder.. when to walk away... I'm not going to say that im no longer trusting my heart...
I need a time of my own...
I need a time to listen my heart...
Maaf kerana namamu terheret ke satu ruang ilusi tanpa sebab. Setelah semua yang berlaku, mohon maaf atas segala kesan yang dihadapi oleh hati mu. Semoga dirimu menemui hal yang terbaik...

Wednesday, November 22, 2006

Tinta Hidup

Beberapa orang datang dan mengubah Hidup. Beberapa yang lain mengubah dan meninggalkannya. Terbaik waktu kelmarin belum tentu terbaik untuk hari ini. Terbaik untuk diri sendiri belum tentu terbaik untuk orang lain

Hidup slalunya memandang kesempurnaan... walaupun tidak ada sesiapapun yang sempurna termasuk DIRIKU sendiri.

Me And My Boss..

When I take a long time I am slow;
When my boss takes a long time
He is thorough.

When I don't do it I am lazy;
When my boss doesn't do it
He is too busy.

When I do something without being told
I am trying to be smart;
When my boss does the same
That’s initiative.

When I do good My boss never remembers;
When I do wrong He never forgets.

(dedicated to my recent and former boss)

Tuesday, November 21, 2006

Life Is A Choice....


Hanya Satu Untuk Pertanyaan BAGAIMANA...

1. Bagaimana meningkatkan tahap kecerdikan dan kecerdasan otak?
2. Bagaimana menguatkan ketahanan mental?
3. Bagaimana mendidik jiwa?
4. Bagaimana menenangkan perasaan?
5. Bagaimana memperkasakan rohani?
6. Bagaimana melakukan perkara-perkara ajaib?
7. Bagaimana menghasilkan roh yang kuat?
8. Bagaimana menurunkan tekanan darah?
9. Bagaimana mengurangkan ketergantungan terhadap ubat-ubatan?
10.Bagaimana melawan segala jenis dadah?
11.Bagaimana menguatkan sistem pertahanan tubuh?
12.Bagaimana untuk meningkatkan tahap kesihatan?
13.Bagaimana untuk merangsang pertumbuhan hormon?
14.Bagaimana meningkatkan daya tahan penyakit?
15.Bagaimana untuk menajamkan fikiran?
16.Bagaimana untuk membantu sistem penghadaman?
17.Bagaimana untuk membersihkan toksid dan racun dalam badan?
18.Bagaimana untuk kelihatan awet muda?
19.Bagaimana untuk mengurangkan berat badan?
20.Bagaimana untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik?
21.Bagaimana untuk mengurangkan ketegangan atau stress?
22.Bagaimana untuk menurunkan kadar kolesterol?
23.Bagaimana untuk tidur lebih nyenyak?
24.Bagaimana untuk meningkatkan tenaga batin?
25.Bagaimana untuk menjadikan otak lebih 'pick-up'?

Ada yang mengatakan bahawa jika melakukan 'yang satu' ini dalam setahun setengah secara terus menerus maka hasilnya "roh akan menjadi terlalu kuat dan boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya."
Ada yang menyimpulkan "keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa."
Ada yang berpendapat"rahsia para cendiakawan silam yang terulung dalam memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan"
Apapun faktanya, hal 'yang satu' ini adalah rahsia terbesar untuk semua pertanyaan BAGAIMANA di atas iaitu;
B.E.R.P.U.A.S.A!!

The Sambion's Connection News Update: Mrs Jamzami Jubin & Puan Rosliah Maralin

Mrs Jamzami Jubin selamat dibedah pada jam 7pm kelmarin. Saya dan D.Roger Ukun melawat Jamzami dua kali di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) pada waktu tengahari dan malamnya lawatan kami disusuli dengan kedatangan Pastor Rubil dan isteri bersama dengan saudara Ambros.
Kelmarin, pada masa yang sama tengahari Puan Rosliah Maralin juga dibedah di Hospital SMC, Kota Kinabalu untuk membuang ketumbuhan pangkal perut. Kedua-dua operasi pembedahan selamat dilakukan.
Hari ini, kedua-dua mereka ditahan di hospital berkenaan untuk tempoh rehat dan perhatian lanjut.
Teruskan berdoa untuk mereka..

Friday, November 10, 2006

Isu Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Jambatan Malaysia-Singapura

Ada beberapa persoalan yang ligat bermain di benak berhubung dua isu ini. Tulisan ini biarlah saya mulai dengan petikan yang saya ambil daripada Akhbar Utusan Malaysia hari ini 10 Nov 2006.

"Menurut Hishammuddin, walaupun terdapat banyak desakan tetapi kerajaan tidak boleh menukar dasar itu ‘di tengah jalan’ kerana ia tidak adil dan boleh menganiaya pelajar yang sudah melaluinya."

Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sekali lagi menjadi isu hangat apabila beberapa pihak mempersoalkan dasar ini dan meminta agar dikaji semula. Walau bagaimanapun, PM menegaskan bahawa dasar itu perlu diteruskan. Penulis artikel menulis;

"Sebaliknya Perdana Menteri berpendapat, peluang yang diberikan kepada pelajar melalui pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengukur keupayaan dan penguasaan sebenar mereka terhadap bahasa tersebut."

Seterusnya;

"Pada masa yang sama, beliau menarik perhatian bagaimana proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang pernah dilalui, telah membantunya ketika bertugas di Kementerian Luar untuk berdepan dan berkomunikasi dengan orang asing."

Tulisan ini tidak bertujuan untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Niat di hati hanyalah ingin bertanyakan beberapa perkara sebagai rakyat Malaysia. Pertanyaan ini sekadar bicara orang jalanan...
1. Bagaimana penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains boleh menjadi kayu pengukur kepada keupayaan seseorang itu menguasai Bahasa Inggeris?
2. Dalam Matapelajaran Matematik dan Sains, apakah yang ingin dikuasai atau objektif yang ingin dicapai sebenarnya antara menguasai Bahasa Inggeris atau menguasai ilmu?
3. Apa pula yang ingin dicapai dalam pengajaran Matapelajaran Bahasa Inggeris yang diajar di sekolah? Ketika pelajar belajar Bahasa Inggeris dalam kelas, apa objektif pengajarannya?
4. Apakah dalam sebarang disiplin ilmu tidak dapat disampaikan makna ilmunya dalam Bahasa Melayu?
5. Jika projek jambatan yang menghubungkan antara Malaysia-Singapura yang diberi landskap baru dibatalkan atas alasan mengambil kira perasaan dan sensitiviti perasaan rakyat Malaysia, apakah konsistensi yang sama tidak dapat digunapakai dalam mengambil kira bantahan ahli akademik, pejuang bahasa dan pembesar negara?
6. Jika dasar diubah 'di tengah jalan' boleh menganiaya pelajar yang sudah melaluinya sebelum ini, apakah keprihatinan yang sama seperti ini tidak wujud ketika wang, masa dan tenaga sudah banyak dikorbankan oleh beberapa ramai individu yang terlibat (termasuk yang mencetuskan idea) dalam projek yang sudah memasuki fasa pemasangan stuktur?
7. Apa kejanggalan atau perbezaan ilmu ketika mendapatkan penyelesaian permasalaan nombor yang diajar dalam Bahasa Melayu (Dua bahagi Dua samadengan satu) dan dalam Bahasa Inggeris (two divide two equals one). Dimanakah kegagalan Bahasa Melayu menyelesaikan ilmu Matematik ini ketika proses pengiraan akhirnya dapat menemui jawapan 'satu'?. Dimanakah yang dikatakan kelebihan Bahasa Inggeris dalam mendapatkan jawapan 'one' untuk meletakkan bahawa permasalahan Matematik ini benar-benar telah selesai jika diajar di dalam Bahasa Inggeris?..
8. Menurut PM, beliau mengatakan "proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang pernah dilalui, telah membantunya ketika bertugas di Kementerian Luar untuk berdepan dan berkomunikasi dengan orang asing." Maaf bertanya, Apakah beliau memperolehi kemahiran berbahasa Inggeris melalui penguasaan matapelajaran Bahasa Inggeri atau dapat bercakap Bahasa Inggeris setelah melalui penguasaan ilmu Matematik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris?
Mungkin 'dasar kerajaan' dan 'projek kerajaan' dua perkara yang tidak sama tingkat kepentingannya di kaca mata kementerian terbabit. Tetapi kedua-dua isu ini adalah wajah kemajuan jatidiri Malaysia tetapi dalam medium yang berlainan.
Rasanya ingin bertanya lagi... Hmmm...

Perjalanan Waktu Pagi


Tuesday, November 07, 2006

Di Belantara Kata


Sketsa Seorang Lelaki


Sunday, November 05, 2006

My First ELEVEN

Petr Cech

Paolo Ferriera Khalid Bhoularoz John Terry Roberto Carlos

Joe Cole Steven Gerrard Frank Lampard Ronaldinho

Didier Drogba Wayne Rooney

Thursday, November 02, 2006

Satu-Satunya Gambar Kenangan Simpan Rambut Panjang

Gambar ini saya ambil daripada Adik Why punya Friendster Blog.. Satu-satunya gambar ketika saya menyimpan rambut panjang. Gambar ini diambil ketika Church Klang buat program di Taman Bukit Cerakah, Taman Pertanian Shah Alam. Sedihnya memori kad kamera adik Why yang tersimpan banyak gambar kenangan rambut panjang dan juga aktiviti lain bersama kawan-kawan belum lagi ditemui... Harap adik Why dapat jumpa memori kad tu suatu hari nanti... Susah sebenarnya kembali ke zaman berambut panjang nie.. hehe