TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, December 17, 2006

A Moment To Remember...

many times what we have been predicted before never happen, or getting worse..but many times what we never wish for...come to our way and bring so much joy and laughter !

May God Bless You....

MERRY X'MASS 2006
AND HAPPY NEW YEAR 2007
TO: masinasin community, the sambion's connection, omisas's connection,
and to all my friends...

Monday, December 11, 2006

Happy Feet..

Memang best cerita animasi. Kalau berpeluang, bolehla pergi bersama kawan-kawan atau dengan keluarga dan alami sendiri filem musikal animasi. Kebetulan daripada Celcom ada bagi tiket. Ni kali kedua dapat sponsor tiket dari celcom. First saya tengok movie , di Golden Screen Cinema, Leisure Mall, Cheras.

Untuk filem animasi Happy Feet rate yang dapat saya berikan dari segi kepuasan menonton dan mesej yang diterima adalah A+.

Selamat menonton....

Bagaimanakah Sudahnya Nanti Perjalanan Ini...

Aku mungkin mengerti sedikit atau masih termanggu-manggu di antara perasaan yang sebenar dan hakikat. Ingin sahaja kukatakan bahawa sudah lama diriku sendiri mengerti dan aku tidak perlukan penjelasan sebenarnya tentang siapa.... Hanya demi kerana mahu berlaku adil sahaja yang menghalang daripadaku menjadi lebih kuat di dalam perasaan. Aku tahu bukan aku sahaja yang pernah berkata 'aku perlukan waktu untuk diri sendiri'.


Lakukan sahaja... semuanya demi untuk dirimu juga. Kalaupun perjalanan ini masih bukan milikku, aku tidak akan memilih untuk tidak melaluinya. Ya, aku akan lalu juga tetapi...


....barangkali sahaja aku tidak singgah.


Persinggahan itu milik sesiapa yang dapat melihat pintu ilusi. Dua, tiga kali atau lebih daripada itu aku sering mahu menatap jauh ke dalam matamu kerana aku mau mendekati garis emosi malah cuba menyentuh hatimu. Bukan untuk mendesak agar segera kuketahui apa yang berkata-kata di sanubarimu.. aku hanya teringin mendampingi dunia rasamu sementara itu masih bukan untuk aku. Kalaulah kudapat lakukan itu ... untuk sekali sahaja.... kemudian aku akan mengizinkan diriku kehilangan diriku dan dirimu satu persatu helaiannya terbang ke timur atau ke serata manapun.


Selepas itu, biarlah perjalanan ini disudahkan dan aku bersedia untuk melalui perasaan 'terlewat 25 minit'.....

Wednesday, December 06, 2006

Ahhh.. Gambar Ini Mengingatkan Aku Akan Segala Sesuatu..

Gambar ini saya ambil dari blog Abg Jack Cuma kalau la ada ambil gambar rumah di tepi sawah, kelihatan lengkap sahaja gambaran ini. Gambar ini terlalu cantik dan memberi emosi. Tidak kelihatan kelibat mama dan bapa tetapi kerja tangan mereka menjadikan semua pemandangan ini tidak sukar mengingatkan diri ini akan segenap wajah mereka.








Apa lagi yang dapat saya katakan....

Tuesday, December 05, 2006

Tahniah Untuk Kakak Anang Dan Bro. Jenson

Hari Sabtu yang baru lepas, bertambahlah lagi komuniti masinasin dengan kelahiran seorang lagi bayi lelaki iaitu anak yang ke-4 dalam keluarga Kakak Rosnang dan Bro Jenson. Sehingga setakat ini belum ada lagi sebarang pemberitahuan gerangan apakah nama diberi kepada bayi lelaki ini. Kehadiran cahaya mata yang comel ini menjadikan jumlah anak buah seramai 10 orang (9 lelaki dan 1 perempuan).
Berkat-berkat Tuhan menyertai kalian semua..
Keluarga Kakak Anang, Jenson
Elcirmond Faithready
Ascend Star
Solomonreal
Bayi lelaki comel..
Keluarga Jack, Puan Sonia
Adrian
Addryson
Keluarga Kakak Ily, Edwin
Dean Harsdale
Ejay *
Keluarga Kakak May, Jamil
Owen D'Lowel
Lola *
* akan di update nama sebenar :)

SONY ALPHA DSLR A100









Sunday, December 03, 2006

Aku Tidak Akan Mengubah Sesuatu....

Aku harus membiarkan dirimu meneruskan kehidupan dan kerana itu aku memilih untuk 'merasa kehilangan' sebab aku dalam hari-hari seterusnya, akan kehilangan suara mu. Aku juga akan kehilangan diriku sendiri yang dahulunya sering memilih hujung minggu mendengar suaramu atau sebelum tidurku menghantar pesan ke udara dan menjengah perbaringanmu....
.... demi kerana aku tidak akan mengubah sesuatu....
Dan aku juga tidak akan meminta dirimu mengubahnya kerana jika kamu memilih untuk mengubahnya, itu akan menyakitkan dirimu sendiri. Hanya ini sahaja yang saya inginkan agar kamu ketahui... Percaya la kepada perkara semulajadi di antara kata-kata dan jiwa ragamu.