TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, April 10, 2005

Perhatian...

Kepada semua pengunjung yang berminat atau yang pernah bertanyakan tentang oiljobs, saya berterima kasih atas perhatian anda dan semangat anda. Kesempatan ini, maka ingin saya jelaskan sedikit mengenai apa yang ingin saya lakukan terhadap tawaran oiljobs ini. Memang, sebelum ini kawan saya yang kini bertugas di Norway ada memberikan saya link www.oiljobs.cc untuk saya pertimbangkan walaupn sebenarnya kawan tersebut bukan mendapat kerja sekarang melalui oiljobs. Saya jg pernah melihat dalam ruangan iklan suratkhabar The Star ada keluar iklan oiljobs. Maka apa yang saya fikir ketika itu ialah MENCUBA. Kebetulan Tuk Penghulu memberikan nasihat supaya berhati2 dan memberi saya satu link http://www.google.com.my/search?hl=en&q=oil+job+scam&meta untuk saya perhalusi tindakan sebelum membuat sebarang keputusan. Maka saranan saya juga agar kengkawan semua lihat dahulu kandungan dalam web tersebut dan fikirkan tindakan apa yang sepatutnya diambil selepas itu.
Buat masa ini, saya berada dalam keadaan tidak pasti untuk mengatakan sahih tak sahihnya tawaran tersebut. Sehingga sekarang saya belum mendapat sebarang maklum balas. Saya mengharapkan agar kengkawan tidaklah meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap tawaran kerja tersebut tapi bukan juga saya katakan ia tidak patut dicuba. Sejauh yang boleh bergerak dalam minda saya masih tidak berani untuk mengatakan ia satu bentuk tawaran yang 'benar-benar membuka ruang'. Cuma saya minta kawan2 semua agar tidak terlalu yakin, tapi mulakan keputusan anda dengan hati-hati dan melangkahlah satu persatu. Masa depan anda terletak di antara kewajaran berfikir dan keberanian anda bertindak. KEBERANIAN ANDA TIDAK SEMESTINYA HANYA UNTUK OILJOBS SAHAJA. :)