TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, September 20, 2005

Hav a Fun!!!

Ia merupakan perkara biasa yang kita lakukan, bila-bila waktu yang terluang, buka komputer, bermain dengan mouse lalu menggerakkan pointer menghampiri 'start button' ke programs, accessories, entertainment dan kemudian klik sound recorder atau setidak-tidakpun kita memasuki mana-mana program yang lain. Ia masih tetap perkara biasa yang tidak mengundang apa-apa perasaan istimewa, sehinggalah pada suatu hari sound recorder itu memberitahu kepada kita sebahagian keindahan muzik yang begitu mengasyikkan.


Cukup mempersonakan.

Kalaulah dapat buat lagu 'Jambatan Tamparuli'

Monday, September 19, 2005

Bicara BOLA

Kemelut FAM yang memualkan

Image Preview

Jose Mourinho - Chelsea
---------------
Image Preview

Bertalan Bicskei - Malaysia
Kedua-duanya adalah jurulatih yang memiliki pengalaman luas dalam arena bolasepak antarabangsa. Ketika ini, seluruh dunia mengkagumi apa yang telah dilakukan oleh Jose Mourinho terhadap kelab Chelsea. Intipati kejayaan Mourinho ialah tahap kemampuan pemain yang mencukupi untuk menggalas standard taktikal yang disediakan. Nasib berbeza dialami oleh Bertalan ketika mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia. Terkini, Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) menamatkan tugas beliau selaku jurulatih kebangsaan ekoran persembahan buruk pasukan bolasepak Malaysia Bawah 23-Tahun. Bertalan Bisckei kini diberikan peranan baru iaitu merangka program pembangunan sukan bolasepak Malaysia jangka panjang. Persoalannya, benarkah sumbangan Bisckei sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia yang baru sahaja berusia 18 bulan adalah sesuatu yang disifatkan terlalu mengecewakan? Alasan FAM ialah Bisckei tidak mampu lagi menjalankan tugas sebagai jurulatih. Hanya satu perkara yang tidak dilakukan oleh Bertalan iaitu mempertahankan diri sebagaimana yang dilakukan oleh jurulatih England, Sven Goran Ericksson.
Secara jujurnya, pemain kebangsaan kitalah yang sebenarnya tidak mampu melakukan tugas dan arahan jurulatih. Tahap kemampuan pemain kebangsaan tidak dapat menyerap standard kejurulatihan yang disediakan oleh Bertalan. Kekurangan skil, tahap stamina sekadar mampu berlari kosong, kurang kreatif adalah masalah utama para pemain kebangsaan kita. Lihat sahaja ketika aksi Piala Tiger yang membabitkan pasukan negara dengan pasukan Indonesia yang berkesudahan pasukan kita tumpas dengan jaringan 4-1. Aksi para pemain ketika melorong bola kepada rakan kelihatan seperti seolah-olah "Alamak! kawan bagi bola la. Gawat ni!!.. hantar balik bola cepat-cepat, mamat indon ni dah mai la pulak". Maka tidak hairanlah kalau bola hantaran singgah ke kaki lawan atau bergolek ke ruang kosong yang menyusahkan rakan lain. Bila lawan membawa bola, para pemain kita tidak dapat sembunyikan kegopohan dalam mengawal situasi dan bahasa tubuh pemain kita seolah-olah berkata "Ahh... sudah!! dia bawa bola mai posisi aku pula". Maka berlakulah aksi tackle yang tidak berdisiplin. Pemain kita sememangnya tidak memiliki skil atau kemahiran individual yang cukup untuk bersaing di peringkat antarabangsa. FAM harus menyalahkan diri sendiri. Bertalan Bisckei tidak harus diperlakukan sedemikian.
Ketika FAM pening melihat statistik persembahan bolasepak kebangsaan, penulis berpendapat perkara yang paling asas dan sangat penting dalam usaha membangunkan bolasepak ialah memiliki padang bola yang 'sempurna'. Keduanya, mengeksport pemain muda berpotensi ke seantero dunia jika bukanpun bermain mewakili kelab tersebut tetapi sekurang-kurangnya beroleh peluang menjalani latihan secara profesional dengan kelab terbabit. Dan yang ke tiga, para pemain harus memiliki inisiatif tambahan memajukan skil selain waktu latihan bersama jurulatih. Semoga suatu hari nanti, Malaysia akan muncul lagi mewarnai persada bolasepak antarabangsa sebagaimana zaman Allayarham Mokthar Dahari & Co dahulu.
Bilakah sejarah Olimpik Moscow berulang?

Sunday, September 04, 2005

Good News!

Special Announcement

selamat pengantin baru khas buat Wati Sina
4hb Sept- tengahari, saya telah menghubungi ayah di kampung bertanyakan khabar. Bapa sihat dan begitu juga mama (mama masa tu pergi ke Kota Marudu beli racun rumpai). Bapa menyampaikan berita perkahwinan cousin kita, Wati Sina yang akan berlangsung pada 18hb Sept 2005 (Ahad). Kebetulan saya merancang untuk ambil cuti selama beberapa hari dan kemungkinan saya memilih hari yang terdekat dengan majlis tersebut.. Kepada komuniti masinasin yang mungkin berkesempatan untuk datang ke majlis tu, bolehlah merancang untuk mengambil cuti dan sama-sama raihkannya. Agak lama tidak bertemu dengan cousin kita tu. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat melangsungkan perkahwinan kepada Wati Sina.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
GOD BLESS

Thursday, September 01, 2005

Attention to all masinasin community!!

Why-Why: The First Day Of School
Pengumuman! Pengumuman!... maka dengan ini, telah disahkan secara RASMInya, Why-Why (masinasin komuniti) telah menjalankan tugas sebagai pensyarah di Masterskill Collegge Of Nursing. (Dengan bangga la kunun jadi org pertama publish kat blogger. Hehehe!) 1 Sept 2005 sudah tentu hari bersejarah dalam hidupnya. 30hb lepas, saya ada lawat why-why di batu 9, cheras, and why-why look very confident. All i want to say "CONGRATULATION"... Selamat bertugas, menjalankan tugas, menghabiskan tugas dan memulakan tugas lagi untuk hari2 berikutnya.
Good Luck!
Juga selamat bertugas kepada:
Bapa dan Mama tersayang di kg
Anang- Hospital Kudat
Jack- BERNAMA singapore
Lyedd- Sk Teringai
May- Sk Tamparuli
Nuar- Sk Jamboangan
Clem- Borneo Mail
May God be with u always