TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, June 23, 2005

Selamat Hari Bapa

Kesempatan yang terluang di antara masa yang semakin menghimpit ruang, mungkin ini sudah terlewat tetapi tetap tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA teristimewa kepada ayah di kampung,utk Bro Jenson, utk Bro Jack, Bro Edwin, Bro Jamil. Dan untuk anak-anak kesayangan para bapa - Momon, Ascend, Solomon, Adrian, Adrisson, Cobay, Ejay, Lola, Owen - Semoga Tuhan memberkati kalian - sayangi dan hormatilah ibu bapa kalian.

Kolose 3:20 Hai anak-anak, taatilah orang tuamu dalam segala hal, karena itulah yang indah di dalam Tuhan

Untuk Bapa di kampung, Terima kasih atas segala pengorbanan dan kegigihan sewaktu membesarkan kami, getir hidup ayah menghantar anak-anak ke pelantar yang mencurah rezekinya... Semoga panjang umur, diberkati dengan kesihatan yang baik, dimurahkan lagi rezeki.. Amenn!

Para bapa yang melingkari keluarga ini, kalian adalah bapa yang sangat membanggakan. Sesungguhnya kehidupan ini semakin bertambah meriah dan adalah sangat bertuahnya saya kerana berpeluang mendampingi para bapa dan seumur hidup saya, saya pernah memmiliki waktu yang memberi peluang untuk bersama para bapa yang sungguh baik. Allah memberkati kalian dalam segala usaha dan menyertai kalian dalam setiap cabaran di muka bumi.

Tuesday, June 14, 2005

Kereta dan si pembeli yang kerdil

Terfikir untuk memiliki sebuah kereta yang jika tidak dapat digunakan oleh si pembelipun, cita-citanya mahu suatu hari nanti akan ada deruman enjin menjengah bertanyakan khabar di halaman rumah... Dan di sana ia pasti akan berjasa kepada tuannya, yg belum dapat dibalas lagi oleh si pembelinya... SEUMUR HIDUP, jasa kedua insan yang mendiami rumah di antara bumi Tingkalanon dan Morion tidak akan terbalas. Barangkali usaha kerdil ini, membawa bersama-sama dengan kasih sayang adik-adik, kakak dan abang, dapat membasuh sedikit jerih langkah mereka yang sudah tebal dengan pergelutan hidup yg memenatkan.... Semalaman saya cuba bertarung dengan awangan, barangkali ada sejalur cahaya yang sekelip mata hadirnya utk ruang menyuarakan hajat. Akhirnya, SAYA HARUS BERLUTUT dengan penuh rendah diri untuk menyampaikan hajat Ke Tempat Yang Sepatutnya....

Semoga suatu hari nanti... ya! satu hari nanti... urusan ini akan berjaya..