TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, November 30, 2007

Catatan 2

lidah berapi
dan rindu yang mengah
sebuah simfoni
bergema di bibir merah
basah oleh airmata senja

Biarlah kupendam rasa menikmati rindu
agar mata pedang tidak lagi mengores
jiwa dan ragamu
dan aku mau menghentikannya
demi mengusir mimpi berdarah
dari daerah hati mu
ke muara kenangan

Sebuah Catatan 1

Biarkan aku di sini
Bercanda kenangan
di kaki senja
meremang di hujung rasa

Sebuah Catatan

Gelap pekat
kunang-kunang malam
berkelip-kelip di hujung mimpi
menyuluh tidur
seorang lelaki
disisinya serangkai harapan
di antara hati yang remuk
dan doa untuk seorang teman
yang jauh

Wednesday, November 28, 2007

Gambar-Gambar Sewaktu Melawat Mama Sakit

Kiri: Nuar, Clement, Mick dan Abg. Jack (Pertama kali adik beradik lelaki dapat berganding untuk gambar kenangan)



Lepak-lepak di luar hospital Kudat selepas semalaman menjaga mama. Kiri: Kakak May, Mrs Clement, Bro Clement, Me, Kakak Lyedd, Uncle Jeleson, Bro Nuar.

Masih menunggu ahli keluarga yang lain untuk pulang ke rumah Kakak Anang berehat.

Mencabar Lensa... hehe

Gambar kenangan satu keluarga.

Adik beradik perempuan. Kiri: Bapa, Kakak Anang, Kakak Lyedd, Kakak May, Adik Why, Adik Konong.

Mama dan bapa. Cinta itu ada di dalam rasa sukar dimengerti di dalam kata..

With Mama..

Aksi seorang chef.. haha... Masak apa tu? kosong ja kuali tu.

Mendengar bapa dan kakak Anang saling bertukar-tukar cerita detik-detik kesukaran mama bertahan.

Berkongsi jenaka. Senyum itu penawar duka.

Bila bapa bercerita.. Khusyuk mendengar beberapa cerita bapa tentang detik-detik mama sebelum mama sakit dan dimasukkan di hospital.

Me and Bro Jack.

Mama dalam ambulan. Mama di hantar ke Hospital Likas.

Bergambar kenangan dengan ahli keluarga yang lain sebelum bersurai.

Monday, November 19, 2007

Year Six Pupil Found Hanged - Akhbar The Star 19 Nov.

Saya pernah menulis dahulu bertajuk "18A1: Antara Kualiti, Karekter Dan Intelek, 26 Mac 2007 - lihat di archives", tentang kebimbangan saya terhadap mentaliti 'kejayaan itu satu PENCAPAIAN YANG MUTLAK' bukan kerana menentangnya sebagai satu bentuk impian tapi kerana ia digarap dalam acuan yang ekstrem.
Saya membaca artikel The Star hari ini yang melaporkan seorang budak mati menggantungkan diri kerana terlalu kecewa dikejutkan dengan keputusan 4B 2C 1D dalam peperiksaan UPSR. Menurut laporan, murid tersebut yakin untuk mencapai keputusan sekurang-kurangnya 4A1.
Bulan Mac lepas saya menulis tentang seorang pelajar yang cuba membunuh diri terjun dari tingkap kerana dihantui oleh perasaan terbeban dan malu tidak mendapat keputusan yang baik. Di bawah antara beberapa sedutan dari artikel saya;
"Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik menjadi kayu ukuran yang mutlak sebagai syarat terbesar untuk mengisi medan penghormatan tanpa batas. Tidak boleh tidak standard yang dijadikan piawaian kredibiliti seseorang atas nama sebuah kejayaan MESTI direalisasikan atas kepingan slip keputusan yang terbaik"
"Ibubapa dan guru ada kecenderungan untuk mengorientasikan hala tuju murid agar harapan terlalu tinggi mereka HARUS DITERJEMAH kepada menghasilkan produk pendidikan pintar. Pelajar yang masih 'muda usia' digerakkan oleh satu permintaan 'KERAS dan MESTI' digalaskan beban ke bahu usia yang mentah."

"Mahu tidak mahu, pelajar ini membesar dengan hasrat yang betul sambil dibauri oleh beberapa intepretasi salah, memacu cita-cita menghambat kepantasan masa, mengubah kelembutan minda mencantum akal ke dunia ketakutan dan kemahuan dan dimensi mental mereka dipenuhi dengan ilusi masa depan yang mereka hanya faham sebagai satu perintah di hujung 'pedang' semata-mata, bukan satu galakan yang bistari."
"Jangan sampai mereka terlupa dididik menjadi pelajar waja diri untuk berdepan dengan 'keputusan yang kejam' bukan kerana kita mahu mengingatkan mereka mungkin akan gagal di sebalik keazaman untuk mahu berjaya. Jangan sampai mereka tidak faham untuk menghadapi kenyataan di sebalik keyakinan yang tinggi."
"Apakah yang sebenarnya yang ada di benak pelajar ini sehingga cenderung menganggap cetakan slip keputusan sebagai akhir kepada hidupnya? Tidakkah kita gerun dengan perspektif seperti ini? Fikirkanlah sejenak. Ada kerja yang perlu difikirkan oleh warga pendidik untuk menyekat potensi 'kecil' kekacauan minda ini daripada menjadi penyakit yang merugikan negara."
Mungkin kes seperti ini hanyalah sekeping nota kecil di meja seorang guru sekadar sebuah catatan 'untuk diketahui' sahaja atau cuma diklasifikasikan sebagai kes terpinggir oleh kementerian pendidikan dan direkodkan sebagai 0.01 peratus anggaran kemungkinan kejadian berlaku/berulang. Tapi biarlah saya ingin tekankan dengan penuh kebimbangan ada satu nyawa yang begitu berharga hilang dari impian dan visi falsafah pendidikan.
Saya tidak tahu apakah bentuk garapan yang sesuai dalam mendidik masa depan murid melewati budaya minda yang sihat, berhemah dan bistari. Pendidikan negara sudah menggariskan panduan terbaik dalam merealilasisakan produk pelajar pintar seperti di bawah
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafahnya sudah cukup kelihatan 'anggun'. Tapi ada kebimbangan saya dari segi mengadaptasikan dalam cara dan pengisian hasrat yang ekstrem ketika proses mendidik. Sekali lagi saya ingin katakan sepatutnya ada pihak yang perlu merasa risau dengan fenomena kecil ini dan perlu melakukan bedah siasat agar jangan ada 1 nyawa lagi yang hilang.

Friday, November 09, 2007

ANNUAL DINNER AY KLANG BM CO 2007

Gambar kenangan selepas acara kebaktian ke-2..

Persiapan untuk masak-memasak.. Resepi menyedapkan hidangan ialah sentiasa senyum.. hehe

Ni duarang adik beradik ni pantang dicabar lensa kamera... pandai mimising..

Matrix Neo dapat kawan baru.. Mr. Bard Dhut... :)

Minah arab mana pulak sesat nie??

King and Queen 2006 'terpaksa turun taktha.. hehe

Ditabalkan sebagai King and Queen Of The Nite 2007.. Adakah aku pula yang jadi king...

Model diaptit oleh Red Indian dan Samurai

The Royal touch.. Mr Alex menidurkan kucing yang sedang tidur.... hehe

Tidak cukup pula musuh c Neo ni.. Flinstone pun dia hamtam ja...

Sebahagian yang hadir dalam majlis

Black, sepa ko mo bless tu?

Mrs Aladin, Neo Matrix dan Princess errr?? apa tu nong? lupa sudah.. hehe

Kung Pow daaa...
with auntie...

With Mr &Mrs Rubil

Thursday, November 01, 2007

Aku Pernah Berkata Dulu Aku Ingin Pergi Jauh...

Jauh ke sebuah tempat di mana aku tidak akan mencintai sesiapa lagi...
Di balik kabus putih, aku ingin hilang di sana... "Hakuna Matata".. Aku tiba-tiba rindu perkataan ini. Sangat rindu. Entah kalau aku temui lagi perkataan ini dalam satu perjalanan yang singkat..