TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, August 23, 2006

"Sakit Benarkah Frust Bercinta?"


Ketika berada di Mantin, N.Sembilan sempena perkumpulan gereja-gereja Bahasa Melayu seluruh Semananjung selama 2 hari 2 malam (18 - 20hb Sept), dan suatu pagi ahad yang indah, selesai sahaja ceramah oleh Dr. Prabat Saputro, saya naik ke tempat penginapan, tingkat dua dan...
(...dari jauh terdengar muzik midi 'The Moment - Kenny G."... Ada Mesej!! bisik hatiku perlahan). Aku segera ke katil dan mencapai telefon.
----------------------------
1 Message Received.
'Opening Message'....
"Hi Mick, pa ko bt? Sakt btl ka puts cnta ni? Sya br blk dr rmh kwn mninggal bunuh dri sb frust.. nyesal sya nda tlg dia time dia btl2 perlu support dr kwn sya. ingatkn dia main2 ckp yg dia frust.. mcm nda caya org tbh mcm dia pn blh twas sbb cnta. Why??"
Sender:
-------------
+6013*******
Sent:
10:12:33am
20-08-2006
------------------------------
Terkejut sekejap bila mendapat mesej dari kawan yang sudah lama saya kenali. Dan saya terdiam sejenak... Hati tiba-tiba menjadi kacau bilau dan berdebar kencang. Entah, kenapa dengan tidak semena-mena dahi berpeluh dingin... Petangnya, waktu perpisahan semua peserta Mantin, sangat ceria dengan pelbagai ragam tetapi emosiku tidak dapat bersatu dengan kegembiraan rakan-rakan.
Sering juga saya mendengar kes bunuh diri samada melalui media cetak atau elektronik. Tetapi baru kali ini saya sangat merasakan kes 'bunuh diri' ini seperti betul-betul berada dekat sahaja dengan diriku. Kali ini bukan orang lain tetapi kalangan teman sendiri. Sedih dan gementar rasanya diriku...
Kenapakah sehingga membunuh diri?? Cinta tentu sahaja begitu abstrak keindahannya untuk diperkatakan sehingga pengertiannya hanya bisa dimengertikan oleh perasaan yang terjadi saat keajaiban naluri terbangkit menyahut kata hati antara sapaan mata dan senyuman. Seterusnya, terjalin kata dan beberapa siri pertemuan yang membahagiakan hati. Jika bersedia, maka lanjutannya ialah paduan janji dan diakhiri dengan restu yang dipersetujui. Di bahagian hubungan manakah yang 'terbesar' sekali sehingga bila mana terjadinya kegagalan dalam perasaan cinta dan sayang, melonjak naluri seseorang menjadi terlalu 'berani' memisahkan nyawa dari badan?
Memang diakui sangat berat bebannya untuk menanggung rasa dan tidak akan hilang lukanya dalam beberapa hari. Dan alkisah kawan ini sebenarnya menanggung ketidaktentuan dan gangguan emosi sangat berat selama sebulan dan selama itulah dia tidak mampu mengusir sedikitpun dari kekecewaan 'terbesar' dalam hidupnya sehingga tidak mampu menahan fikiran untuk berpisah dengan 'Sang Pencipta' tubuhnya. Apakah bentuk percintaan seperti itu sehingga definisinya MAMPU MENGAMBIL ALIH kesempurnaan nyawa yang diberikan oleh-Nya secara cuma-cuma?
Saya tidak akan berkata dia (kawan yang bunuh diri) sudah melakukan kesilapan. Hanya Tuhan yang tahu... keputusan yang diambilnya bagi saya adalah sebuah dimensi kegagalan 'komunikasi' budaya dua hala antara akal manusia dan sistem yang menyediakan prasarana sosial.
Sakit benarkah kecewa bercinta????

Monday, August 21, 2006

Mencari Damai Di Hujung Rasa...

Menelusur senja yang tidak bisa kukekang langkahku membiarkan diri dimandikan kelam cahaya sepuasnya. Menunggu angin lembut dan berharap derunya yang aman akan datang menadah emosi rasaku yang tumpah ke bayang-bayang. Aku mengambil waktu berdiri, mendongak membelah sinar dan gemersik bayu terakhir di perbukitan, memejam mata ketika aku mulai membiarkan emosiku menyedut seluruh ruang di awangan, sehabis-habisnya.
Seperti ada muzik yang begitu ramah, sebentar mengintai di balik kabus dan kemudiannya berlari teratur, memantul dan berkejaran ke seluruh dedaun alam, kemas dan lembut, melayang tertib dan pecah berserak menjadi debu kristal yang saling menyapa kacanya mengalun lagu, menari menyongsong bayu yang meliuk merangkul gemalai ke tubuhku, menembusi jasadku saat aku memperkasakan lenganku menguak ke udara........ Dan seluruh rasaku diterbangkan gagah persis panah arjuna, pantas membelah ruang, menembusi maya ke satu lembah yang hanya mampu kusebutkan dalam doaku....
Terlalu berat sebenarnya menanggung emosi di antara beberapa kata-kata dan segenggam rasa.

Wednesday, August 16, 2006

I Sound Like Stupid If I Speak In Malay.... Sharifah Amani - Pelakon Sepet dan Gubra

Tepat menjelang bulan kemerdekaan, negara Malaysia menyambut 'harijadi'nya ke-49 pada 31 Ogos ini, dilukakan oleh satu episod menyedihkan. Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), menjadi tanda kenangan yang meninggalkan kesan memilukan apabila penerima anugerah pelakon wanita terbaik FFM19 Sharifah Amani menerusi filem Gubra, dengan tidak semena-mena mengucapkan kata-kata yang benar-benar mencabar kedaulatan bahasa rasmi negara.
"I sound like stupid if i speak in Malay"
Di manakah sebenarnya kita dapat menentukan 'kelihatan bodoh' atau 'kelihatan pandai' ketika kita bercakap dalam bahasa Melayu;
"Kita tidak dapat melakukan semua perkara yang hebat, tetapi kita dapat melakukan perkara-perkara yang kecil dengan perasaan kasih sayang yang sejati"
atau bercakap dalam bahasa Inggeris;
"We cannot all do great things.But we can do small things with great love."
Memohon maaf mungkin satu langkah terbaik bagi merungkai ketidakselesaan rakyat Malaysia namun hal yang sudah terjadi pasti diingati orang dan akan terus menusuk jantung bangsa. Benarkah kita kelihatan seperti orang yang bodoh kalau kita bercakap dalam bahasa Melayu?? Bahasa tidak kira apapun yang dipertuturkan tidak pernah wujud untuk berdamping dengan kesombongan atau keangkuhan setinggi itu tetapi sebagai wahana yang hidup dalam setiap nadi semua bangsa untuk bersahabat dengan segala rahsia ilmu. Sebagai seorang rakyat Malaysia, mudah sangatkah mentaliti seperti ini mengambil tempat, menjadi inti jatidiri kewarganegaraan??
ke lubuk manakah yang harus kita pergi, mencari akar rumpai yang tidak perlu dan mencabutnya dan mengantikan dengan teratai yang enak dipandang mata???
Barangkali Sharifah Amani perlu belajar menyanyi dan menghayati lagu "Bahtera Merdeka"

Tuesday, August 15, 2006

Balik Kampung...

Pemberitahuan - saya akan balik ke Sabah pada 2hb Sept (bulan depan ni) dan akan berada di sana selama 4 hari. Balik ke KL pada 6hb. Maybe akan berada di kampung 1 hari pada 5hb. Petang 4hb akan bertolak ke kg dan pagi 6hb bertolak kembali ke kk, malamnya flight ke KL jam 8 malam.

Monday, August 14, 2006

Pray Until Something Happen...

Pada mulanya ingin saya ceritakan satu cerita tetapi bila saya visit Why's Friendster, c why sudah terlebih dahulu bercerita tentang 'Pray Until Something Happen' atau P.U.S.H. Jadi jika ada sesiapa yang ingin mengetahui cerita tu boleh la visit Why's Friendster, sambil2 kana promosi w why punya friendster ni.. (why sudah berpaling tadah daripada blogspot.. hehe. Cemana ni Tok Penghulu??)
Tidak akan ada apa-apa yang akan berlaku sehinggalah kita mengambil waktu untuk berdoa. Akan ada jawapan yang bersedia menunggu untuk doa kita iaitu jawapan dari Allah. Doa kita akan memberikan keajaiban dalam setiap waktu yang kita miliki untuk bercakap-cakap dengan Allah. Ia tidak akan terjadi sehinggalah saat kita mula melayangkan doa. Jangan berputus asa dengan pengharapan. Jangan juga berputus asa dengan iman. Inilah masa untuk PUSH. Pray Until Something Happen (Berdoalah sehingga sesuatu akan berlaku). Tidak ada kelemahan yang tidak dapat dijadikan-Nya kepada satu kuasa. Tidak ada keraguan yang tidak dapat dijadikan-Nya menjadi pasti. Tidak ada kejatuhan yang tidak dapat dijadikan-Nya menjadi satu keagungan. Tidak ada kekasaran yang tidak dapat dijadikan-Nya menjadi satu kelemahlembutan. Tidak ada kekecewaan yang tidak dapat dijadikan-Nya satu kenikmatan. Tidak ada kehancuran yang tidak dapat dijadikan-Nya menjadi satu hikmat. Tidak ada dendam yang tidak dapat dijadikan-Nya satu kerinduan.
'There are answers to prayer waiting to be born'

Wednesday, August 09, 2006

Cuti-Cuti Planet: Perjalanan Ke Bumi...

"Tuan-tuan dan puan-puan, sila kenakan tali pinggang keselamatan. Kita akan memulakan sebentar lagi perjalanan kita ke destinasi pilihan. Terima kasih kerana memilih pesawat masinasin untuk perjalanan percutian anda."
"Kita semakin mendekati bumi dalam masa sekejap lagi, kapten anda akan menerangkan butiran lanjut mengikut maklumat yang diterima... "

" Tuan-tuan dan puan-puan, saya Kapten Mickey, juruterbang glamer dari planet Pluto akan membawa anda sebentar lagi ke lokasi pilihan. Menurut rekod pilihan perjalanan kali ini, saya akan membawa anda melawat salah seorang komuniti masinasin yang berada di Kuala Lumpur."

"Bersedia menjunam ke bumi!! JANGAN PANIK!!"

" Yaaaa!!!... bagagar stering sia ni"

" HIYYAAAA!!!.... Pigang kamurang kuat-kuat tu kerusi...."

" SEMAKIN DEKAT!!!!.... kita dapat isyarat anak panah lokasi tempat kita akan menjunam eh!! bukan, tempat destinasi pertama kita....."

"Ada masalah radar!!! Mana pegi anak panah tadi??!!"


"Ohh! Thank God! kita dapat isyarat terbaru. Rupanya ada dua ahli komuniti masinasin yang dapat dikesan di sini... Siapakah gerangannya yang satu lagi tu??!!"


"Tuan-tuan dan puan-puan, saya akan biarkan kapal ini tergantung sekejap di sini. Ini ialah lokasi tempat c Mick kerja dan tempat tinggal. Ayarkk!! paning sia ni macam kena ikat kaki di tali, bagantung kapala di bawah...


"Oh! rupanya profil salah seorang lagi komuniti Masinasin dapat dikesan. Data memberitahu manusia ni diberi nama why... Bulih la kita bakanalan sama dia nanti..."


"Ini tempat tinggal c mick... Macam tempat penjara ja kan!! Kalau nak tau, blok tengah-tengah tu la tempat dia tinggal... "


"Ni la jarak antara kedua-dua komuniti masinasin... 2 hari lepas c mick datang ke rumah why semata-mata hantarkan charger handphone... hehe.. Jauh jg mo jalan oh..."


"Hah! kita zoom in kejap tempat c mick kerja... Ni la diaa... Kalau mo tau, sinilah c mick berpanas dan berhujan... Kesiankan!!"

"Ni pula maklumat yg saya terima yang memberitahu inilah lokasi tempat c Why kerja... Ni kolej perubatan... Macam gambar tempat alien mendarat ja ni... Hehe!


"Zoom sedikit... Daripada sini kita boleh kesan di mana tempat tinggal c why... Biar la c why senyum2 sorang pasal lokasi tu dia sudah nampak... Jadi nda payahlah sia kestau becoz of da safety reason... kan!!"



" Destinasi pilihan seterusnya ialah KLCC!!"


" Cantikkan pemandangan KLCC!!"

"Ok la tuan-tuan dan puan-puan, sampai di sini dulu perjalanan kita. Mo abis minyak sudah kapal sia ni... Say "babai" tu Kuala Lumpur!!"

"Babai Kuala Lumpur, Babai Mick!! Babai Why!! Babai komuniti Masinasin!! Eh C konong mana?"..."Nanti la.. Gumuli'i siti wagu. Kada mogiad!!"JUMPA LAGIIII!!!!!!.....

Monday, August 07, 2006

Alkisah Aku Dan Pemandu Teksi..

Jumaat petang, selepas habis kerja saya bergeggas ke Taman Pertanian Bt.Cerakah, Selangor. BM Church Klang telah mengadakan 'outing' di sana selama 2 hari 2 malam. Saya bersama seorang lagi budak sabahan menaiki teksi kerana hari sudah gelap dan nak cepat punya cerita :) ...

Sepanjang perjalanan, Kami berbual panjang dan saya dapat menyimpulkan cerita kami berkisar kepada 3 situasi iaitu sikap Pak Arab di KL, muda-mudi di kl dan termasuk isu 'pergeseran' dua pemimpin negara yang menghangatkan satu Malaysia.
Tentang Pak Arab, pemandu teksi itu berkata sangat mengherankan apabila mereka dalam banyak hal mempunyai sikap yang kasar. Isteri berpurdah hitam tapi suami minum minuman terlarang. Namun apa yang menyakitkan hati menurut pemandu tersebut ialah sikap mereka yang tidak menghormati tempat ibadat, umpamanya tidak menanggalkan kasut ketika hendak bersolat. Saya hanya tersenyum dengan maksud pertama, benar tidak cerita tersebut sekadar modal bicara yang tidak diketahui hujung pangkal kesahihan kisahnya atau pemandu itu gagal bertanggungjawab mengingatkan dirinya supaya mengingatkan orang lain pula hal-hal yang sepatutnya. Sekadar melihat atau merasa malu dengan kejadian tersebut tidak banyak membantu.
Muda-mudi di kl pula menurut pengalamannya selama 18 tahun membawa teksi, sangat memalukan akhlak. Bertudung tetapi memakai baju ketat yang menurutnya sama sahaja melihat satu bentuk tubuh tanpa pakaian... Kemudiannya pemandu teksi itu berkata "Saya sering ingatkan anak perempuan saya 2 orang supaya jangan memakai tudung kalau memakai pakaian ketat. Kalau nak seksi, seksi habis! tak perlu bertudung. Sebab pakaian seksi mencemarkan tudung. Kalau seseorang itu memakai pakaian seksi tetapi tidak bertudung, sesuailah! kata pemandu teksi tersebut dengan nada sedikit keras... Hmm.. Sekali lagi saya hanya tersenyum.. Apa lagi yang dapat saya perkatakan di mana silapnya di sini... :)
Entah bagaimana boleh tukar topik, sedar-sedar sahaja dia bertanyakan satu soalan "Saya lebih suka Dr.M". Kali ini hati saya 'melonjak' seakan mahu juga turut sama bercakap hal sama. Tetapi beberapa hari lepas, PM mengingatkan para blogger yang 'suka-suka menulis' tanpa asas mengenai corak pentadbiran atau menyentuh isu negara akan dikenakan tindakan yang sangat berat. Entah patut atau tidak saya menulis mengenai apa yang menjadi bualan kami. Rasanya apa yang saya tuliskan di sini tidak berunsur fitnah atau apa-apa yang dianggap berpotensi dari segi risiko perundangan. Pemandu teksi itu menyatakan dia lebih suka cara Dr.M mengendalikan pentadbiran negara. Isu besar mengenai jambatan, karenah negara jiran atau projek mega katanya, diselesaikan dengan komitmen dan penuh keberanian serta tahu 'menjawab' apabila komuniti dalam negara atau luar negara mempersoalkannya termasuk mengugut menggunakan proses perundangan antarabangsa. Saya mengiyakan pendapatnya sambil menambah seseorang pemimpin harus berani dan tahu menganalisis prospek risiko dan bersedia menghadapinya walaupun seorang diri. Saya dapat berikan 'tripple tumbs up' atas karekter Dr.M dalam mengkespresikan caranya mengurus ekonomi, dasar luar dan dalam negara. Memang benar sentimen rakyat penting dan menjadi keutamaan namun seperti yang saya katakan tadi sentimen rakyat adakalanya perlu 'dikorbankan' dan sebagai ganti seluruh rakyat Malaysia harus 'dihadiahkan' kembali satu kesan yang benar-benar berfaedah dan menguntungkan melalui projek tersebut. Contohnya, Putrajaya dahulunya dianggap membazir wang dan tidak merujuk kepada rakyat apakah projek itu dipersetujui untuk dilaksanakan atau tidak, namun Dr. M dan kabinet akhirnya memberikan kembali kepada negara satu 'keajaiban' bagaimanakah Putrajaya tersebut berfungsi kepada rakyat...
Sedar-sedar kami pun sampai ke Bt. Cerakah Shah Alam dan cerita berakhir begitu sahaja... Sehingga sekarang, saya terfikir akan ada lagikah karekter seberani dan sebijak Dr.M? adakalanya pemimpin perlu 'gila' dalam mengekspresikan idea... 'Gila' dalam memikirkan perancangan yang tidak terfikir oleh rakyat, 'gila' dalam komitmen melaksanakannya, 'gila' dalam menghadapi cabaran dan kutukan... jika tidak, tidak akan wujud Sepang F1, Multimedia Super Coridor. (sekadar menyebut beberapa projek).. Siapakah yang berani menwujudkan laluan dasar laut merentasi Laut Cina Selatan menghubungkan dua tanah besar semananjung dan kepulauan Borneo? Tunggu dan lihat....