TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, May 28, 2007

ATT:Untuk Kakak May

Catatan Untuk Guru

Pelita yang menyala
antara kelam syahdu dan tangisan
rimbun pohon dan gelap waktu
menudungi kelopak dingin
seorang guru dan air mata
meresapi belantara

jeritan metro dan neon
di antara pancawarna dan pelangi masa
redup kota dan terang malam
menyapu debu sepatu
seorang guru dan air mata
meresapi kotaraya

berjuta batu nisan
dan goresan darah kering
meraut sejarah dan hikayat
di keping waktu
sabarmu
mencipta nama
belati di rusuk kiri
tetap jua kau hasilkan pemimpin
dan para panglima budaya
perkasa di medan ilmu
menjana ekonomi

dan jika para budayawan
ilmuwan... yang budiman
semua yang gemilang
mengambil waktu menoleh sekejap
hanyalah seorang guru tua
terbaring menahan lapar
sambil belajar menahan rasa terpinggir

hari ini anak-anak kecil
kita baru sahaja bertapak
jangan lupa menatapi prasasti silam
kerana gurumu itu pelita
menyuluh jalan

jasa dan budi
gantinya bukan pada gulungan ijazahmu
atau wang ringgit
seorang guru tua katanya
mahu meninggalkan pesan
'jadilah bijaksana dan berhemah'
demi nadi nusa dan bangsa

Hari ni kusambut harimu
Hari seorang guru
tapi dipangkuanku
hanyalah kulihat getir dan basah keringatmu
Kubuka telapak tanganku mengucap syukur
yang kutadah hanyalah titisan darah perjuanganmu
aku yang pernah membuak amarah
bertingkah kata di meja guru
ada genang air mata
menginsafi bumi yang kupijak
kulihat tamadun
itu kerja tanganmu


Kakak May... ini sajak yang tidak begitu 'siap'.. Tambah dan kurangkan mana yang patut. SELAMAT HARI GURU untuk kakak May, Kakak Lyed dan semua warga pendidik.

Thursday, May 17, 2007

Sejambak Ros Merah Di Kotaraya



Thursday, May 10, 2007

Bicara Blog: Dari Jendela Mickey's Corner

Memang patut pun kenapa jalanraya di Malaysia antara lebuhraya yang paling tidak selamat di dunia. Yang menjadikan laluan panduan tidak selamat ini sebenarnya adalah pengguna dan kalangan individu yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan penyediaan produk dan hal-hal keselamatan pengguna di atas jalan. Dua isu yang paling mengerikan iaitu kereta potong dan tayar botak yang dilorek dan dijual semula. Kedua-duanya sukar dibezakan dengan pandangan mata kasar dan yang lebih malang sekadar dipandang sebelah mata oleh masyarakat pengguna. Ia memerlukan pihak yang berwajib untuk melakukan bedah siasat terhadap tahap keselamatan kenderaan yang digunakan. Demi wang dan alasan kos yang murah, individu pencari untung dan pengguna seperti 'selesa' mempertaruhkan nyawa. Blog ini mengharapkan kerajaan mengambil langkah drastik untuk membendung kegiatan 'pembunuh jalanraya' dan mengenakan tindakan keras terhadap pengguna yang gagal mengaplikasikan tahap keselamatan maksima di atas jalanraya.
(Sumber isu: The Star 9hb May 2007)
Dua hari yang lepas, Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) disokong oleh FIFA, membidas Man Utd kerana mengadakan siri jelajah ke Asia terutamanya di Malaysia pada bulan Julai kerana bertembung dengan Kejohanan Piala Asia yang dilangsungkan pada bulan yang sama. AFC menyuarakan kebimbangan terhadap kesan tumpuan masyarakat terhadap kejohanan tersebut. FAM mengambil pendirian yang sama dan mengesahkan supaya Man Utd mengubah jadual perlawanan persahabatan. Pendirian AFC, FIFA dan FAM ditentang keras oleh peminat bolasepak tempatan terutamanya peminat Man Utd. Antaranya;
Stephen Lee, 22 "Event if Man Utd are not coming to Malaysia, i don't think i would be interested in watching the Asian Cup. Come on, this is ridiculous"
Acex, KL " Sorry, what cup did you say it was again? Asian Cup? Is that a coffee cup?
Dr.Haryaty, 29 "I think having Man Utd play Malaysia would help higlight Asian Football, rather than take attention away from it. Im extremely disapointed."
Memang tidak dinafikan, kelibat kelab ternama dunia ini boleh membantu kegairahan bola sepak menyemarak di bumi asia namun blog ini menyatakan kurang setuju dengan pendapat ramai yang tidak puas hati dengan cara badan bolasepak Asia mengendalikan situasi tersebut. Biarpun saya sebenarnya adalah penyokong ekstrem Chelsea tetapi saya tetap menyuarakan tidak setuju sekalipun perlawanan persahabatan dengan Malaysia melibatkan pasukan Chelsea FC. Ia soal memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan bola sepak Asia yang masih meraba-raba mencari cahaya kegemilangan di pentas dunia. Pandangan ekstrem seperti ini sebenarnya merupakan gambaran betapa bola sepak Asia Tenggara khususnya di Malaysia terhumban jauh daripada perhatian peminat bola sepak tanahair. Dengan sendirinya mendedahkan bahawa sikap demikian merupakan sebahagian daripada kegagalan bola sepak untuk bertapak jauh ke persada antarabangsa. FAM perlu terus berusaha menaikkan mutu bola sepak tempatan agar dapat bersaing dengan pasukan negara lain seterusnya menangani perhatian dan sokongan peminat. Pada masa yang sama, peminat perlu lebih seimbang ketika memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran dan keinginan untuk membantu memberikan idea-idea memacu pasukan bolasepak kebangsaan ke mercu kejayaan. Kejohanan Piala Asia sebenarnya satu daripada 'mercu tanda' sukan yang diusahakan dengan ikhlas demi untuk masa depan bola sepak asia.
Perlawanan melibatkan Kelab Manchester United di Asia sebenarnya sesuatu yang menyeronokan bagi semua penyokong asia tidak kira apa pun pilihan kelab mereka tetapi biarlah perlawanan ini memberikan manafaat kepada beberapa pihak. Saya bersetuju dengan FAM yang mengambil pendekatan agar perlawanan tersebut ditunda pada tarikh selain daripada tarikh berlangsungnya kejohanan bolasepak Asia pada bulan Julai nanti. Maklumat terbaru, kelab Chelsea FC juga mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia pada bulan May nanti. Blog ini mengharapkan (siapalah yang mendengar! hehe) agar kelab-kelab lain yang bercadang untuk mengadakan siri jelajah di Asia, meriahkan sukan tanah air pada waktu dan masa yang tepat! Sokong Kejohanan Bolasepak Asia!!
(Sumber isu: The Star 10hb May 2007)
Hari ini, saya terbaca artikel yang menulis tentang cadangan bahagian peperiksaan Malaysia yang bercadang memansuhkan UPSR dan PMR pada tahun 2012 atau pada tahun 2015. Jika ini benar dan jika tidak ada inisiatif lain menggantikan 'ujian ilmu' sedia ada, maknanya sepanjang hampir 10 tahun, pelajar langsung sahaja melatih minda melalui pembacaan dan ingatan. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap untuk sekadar datang ke sekolah diajar dan belajar. Pelajar harus didedahkan dengan ujian lasak atas kertas. Peperiksaan sekolah barangkali bagi sesetengah pemikir sudah memadai tetapi pendekatan ujian berbeza-beza oleh guru-guru sekolah di seluruh negara. Dapatan pengajaran berkualiti dalam kelas mungkin memberikan reaksi berbeza-beza juga tanpa ada satu standard yang mampu menyuluh visi dan misi falsafah pendidikan negara. Maka dengan itu adalah wajar dan releven UPSR dan PMR diterima pakai sepanjang masa. Cuma yang mungkin boleh dipertingkatkan lagi ialah tahap keberkesanan modul peperiksaan berinteraksi dan mecabar kecerdikan pelajar dalam serba serbi.
(Sumber isu: The Star, 10hb May 2007)

Sunday, May 06, 2007

HAPPY BIRTHDAY MICK...

kek keraihan ulang tahun 33 tahun..


birthday boy.. ba, ko senyum-senyum ja.. 33 tahun da ko tu, bila lagikk????.. hehe.


With kazen (Roger, Mrs Roger) and Tuan Jerry. Thanks sbb sudi berkongsi halaman ruang tamu hujung minggu sepanjang persahabatan kita di rantau orang...

with my sis why

Tuan Jerry, Why, Me and Mrs Roger.. Haik!! c mick ba.. pandangan tu.. sudah nda sabar-sabar mo rasa kek
Tanpa disangka kawan-kawan merancang sesuatu yang tidak saya jangka. Terima kasih atas persahabatan yang begitu baik dengan kalian.. Hanya Tuhan yang mengerti segala kebaikan yang saya perolehi sepanjang saya mengenali kalian.. Trima kasih juga dengan puluhan SMS wishing me happy birthday yang diterima sepanjang tengah malam sabtu malam minggu sehingga petang ahad.. harga persahabatan dengan kalian tidak mampu saya isikan dengan kata-kata.. Trima kasih segala-galanya. Mak, ayah.. anak-anak mu di rantauan sihat-sihat sahaja. Salam ingatan dan sayang dari kami...
GOD BLESS ALL

Wednesday, May 02, 2007

WILD HOGS

Bagi sesiapa yang belum menonton filem ini, saya cadangkan pergilah menonton Wild Hogs. Untuk ketenangan dan melupakan segala beban kerja, filem ini bercorak komedi ringan namun sarat dengan pelbagai pengajaran dan gelagat lucu 4 penunggang motor berkuasa tinggi, mampu membuatkan anda ketawa sepanjang film ini berputar sekaligus memberikan anda satu hari yang menyeronokkan.

Filem ini mengisahkan 4 sahabat yang merancang melakukan kembara 'tanpa arah' untuk mencari keseronokan menunggang motorsikal berkuasa tinggi. Idea kembara ini berpunca antara sebabnya ialah untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja. Sehinggalah tiba masanya konvoi 4 sekawan ini danbermulalah segala ragam dan gelagat lucu. Setiap watak menjanjikan kekuatan dalam mengekspresikan jalan cerita yang penuh warna-warni, glamour, meriangkan dan padat dengan aksi lawak. Anda juga dihiburkan dengan muzik yang begitu catchy dan sememangnya adunan muzik, sinematografi, penataan warna dan cahaya, pemilihan watak, filem ini saya anggap berjaya. Namun aura menonton filem ini hanya boleh dinikmati bila menonton dalam cinema.

Rating filem B+

Filem seterusnya yang ingin saya saksikan di cinema ialah Pirate Of The Carribean: End's Of World, Spiderman3, Shrek 3. Pinsan-pinsan and geng sabahan, jom serbu cinema!!

Bukan 4 org tu ja yang ada tekanan di tempat kerja hehe.... so menonton filem antara alternatif untuk melepaskan beban. Selamat bertugas kengkawan dan masinasin komuniti.