TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, February 24, 2005

Perantau Di Benua Seberang

Perantau Di Benua Seberang
mick-23 Feb 2005

Ibu bercerita kepadaku
cerita yang selalu kita dengar
tatkala mentari mula menjengah
dari arah perbukitan
menyuluh ke rumah
tempat kita selalu menyandar nafas
hikayat silam akarnya
menumbuh tunas yang ikhlas hijaunya
menghijau di atas sekeping tanah milik kita

lalu aku mengambil waktu
menyanyikan puisi
sketsa diri seorang perantau
yang sekejap singgah di sini
atau menghulur langkah
di seberang sana
sebelum berangkat pulang
ke tanah asal kita
di benua jauh

ketika ibu yang sering menjenguk
peluhnya yang jatuh di sawah bendang
cerita yang sering kudengar
terasa semakin jauh
dan aku ingin pulang
mahu menyambung semula cerita
dan kutuliskan dalam darah sajakku
makna pilu di wajahnya
dan getir yang selalu menguji sabarnya
untuk bertemu diri
yang hampir kutinggalkan

23 Februari 2005
Cheras, Kuala Lumpur

Tuesday, February 22, 2005

Apa sudah jadi??

Apakah yang akan terjadi pada dunia ini untuk 5 tahun akan datang?? Nilai dan etika kehidupan seperti sebuah permainan yang menarik bagi manusia yang hilang akal. Kejadian ragut yang semakin menjadi trend bagi orang yang terdesak, bunuh, rogol, menculik, pembunuh upahan. Lebih membimbangkan bila perlakuan dangkal lain menyelit di antara resepi kejahilan seperti dera, murid saman guru, guru hilang kawalan emosi, pendatang haram yang semakin mengganas, samseng jalanan dan pelbagai macam cerita-cerita 'kecil' lain yang semakin menunjukkan taringnya. Apa yang sangat-sangat dibimbangkan ialah hak manusia untuk bebas berada di mana-mana tempat kian dimengertikan sebagai satu tindakan yang mendedahkan diri kepada bahaya malapetaka. Kebimbangan ini hanya saya kongsikan kepada komuniti masinasin khasnya, BERHATI-HATI!. Yang lainnya di luar hanya dapat saya harapkan mereka punya waktu untuk berfikir cara terbaik. Untuk komuniti masinasin, khasnya untuk adik-adik perempuan, dan dengan rendah diri untuk kakak-kakak yang disayangi... berhati-hatilah berurusan dengan kehidupan di luar sana. Objek wanita itu sendiri seolah-olah berada di atas meja kasino bagi manusia yang penuh kebejatan. Tanpa mahu menghormati apa lagi mahu membantu, tidak ada nilai bagi mereka untuk menghargai kewujudan wanita. Sebagai salah satu daripada komuniti masinasin, dengan penuh perasaan sayang dan kasihkan keluarga ini, lindungi diri kita dengan penuh bijak. Saya juga ingatkan diri ini agar sentiasa waras dalam pelbagai perilaku dan keputusan... God Bless!

Friday, February 11, 2005

Jumaat 11hb pun bank tutup ka??

Adoii!!.. Hari nie saya berada di Serdang untuk ke bank (BSN). Hati dah tak sabar nak ke KLIA nak beli tiket. Naik teksi dari Sri Kembangan, sampai di pekan Serdang bank TUTUP!!! Berapa hari sebenarnya bank bercuti nie? Cuti Tahun Baru Cina kalau ikut kalendar cuma 2 hari. Nampaknya tak kesampaian hajat saya nak balik kg nie walau pun utk 3 hari. Kad bank saya sudah rosak. Permukaan kad bak kulit yg mengelupas kena klorox.. langsung mesin reject. So kena pakai buku kluarkan wang. Tengok hari sabtu(?) nie. klau bank bukak stengahari, sa cuba fikir keputusan yg baik samada balik kg (tapi tinggal 2 hari- Cikgu Nuar sudah balik Pulau dan belum tentu dapat balik dalam waktu terdekat. Kelem balik bertugas isnin, Wai pula dah nak balik Ahad, ke Sarawak. Konong pun sama balik KL, ahad. Abg.Jack juga kembali sibuk selepas Ahad[sa ada dengar khabar Abg. Jack juga akan balik kg]), dan tentu juga kakak Iley, Kakak Anang dan Kakak Minah ada kesempatan balik hujung minggu ni. {dengar khabar la} Bro Jamil dengar khabar juga menghantar segerombolan perantau, sapa lagi kalau bukan kelem, nuar, wai dan konong- balik kg. Habis masa yg terbaik saya utk bersama-sama dengan semua org kesayangan hamba. Sedih bila fikir terlepas hari baik dan waktu yg baik selepas 1 bulan menjelang tahun baru 2005. ATAU terpaksa batalkan sahaja plan asal dgn penuh terpaksa dan tunggu hari lain. Abis aku nak buat apa lagi kat Serdang niee?? Hati SEBAL tengok pagar bank tertutup dengan begitu rapi dan elok gitu.... hieeee!!! tak kuaseeee.... :) Anyway, kalau sa tak sempat balik, please.. please.. pleasee khabarkan kepada saya 'nyanyian' balik kg korang semua. Kisah sawah padi, Posisang yang terlalu degil menumpang rezeki, ikan rongou yang menunggu hujan, rumah bahagia tepi sawah, senyum mama yg padat dengan sabar dan tabah tak berhujung, dan cetusan hikmat dari minda bapa. Sehabis daya saya dari kejauhan, anak gelandangan ini mahu mendampingi semua sketsa kampung. APA SAJA!!! Stakat ini dulu catatan saya utk hari ini. HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!

Monday, February 07, 2005

Dilema

Tersepit antara janji untuk balik kampung dan perkembangan terkini yang melibatkan kerjaya. Dalam keadaan begini terfikir untuk saya korbankan janji dan kemahuan untuk balik kampung buat sementara waktu. Semalam Boss ada beritahu bahawa nama saya sudah submit sebagai calon Site Supervisor yang menawarkan tangga gaji 2k. Seminggu yang lepas, saya sebenarnya sudah dapat bayangan bahawa post itu akan diberikan kepada saya berikutan notis berhenti kerja yang dihantar oleh supervisor sebelumnya. Ini membuatkan saya melengahkan hasrat untuk membeli tiket balik kampung. Sepatutnya saya balik kg 9 hb ptg, tapi ada kemungkinan saya kena berada di site buat sementara waktu sebagai menunjukkan kepada bos bahawa saya benar-benar berminat untuk menggalas cabaran baru tersebut. Jika akhirnya mungkin saya tidak dapat balik kg, barangkali akan memakan masa yang panjang untuk saya kembali lagi ke Sabah. Mungkin 3 tahun lagi..