TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, August 28, 2005

Sejauh manakah sikap degil anda...

Please!! Do not PRESS the button.


Mencuba adalah perkara yang baik. Kedegilan adakalanya membawa kita kepada jawapan yang kita mahukan. Kedegilan dalam mencari kebenaran akan bertemu KEBENARAAN. Dan tidak semestinya yang benar itu adalah sesuatu yang benar belaka.
Gambar di atas sekadar HIBURAN semata-mata.
:)

Penawar DUKA

Don't Worry Be Happy!




Adakalanya kesedihan, kesengsaraan, beban yang kita hadapi terlalu berat untuk dipikul. Di tempat kerja, di rumah, atau sewaktu kita melihat matahari terbenam pun hal-hal yang menyedihkan tetap menyeret emosi kita sehingga menyebabkan kita perlu 'menangis' untuk mententeramkan gelora yang terlalu liat menyingkir dari jiwa kita. Entah apakah bentuk kesengsaraan itu yang menyelit di dalam diri kita saban waktu. Yang pasti, beban silam masih mengejar jejak kita. Kelmarin, kita sudah melaluinya dengan tabah. Hari ini, 'ia' telah menguji kita bertubi-tubi. Esok, bersiap sedialah dengan tenang dan MEMENANGKAN emosi. Dan hari-hari seterusnya, hanya ketabahan diri kita yang akan dapat menghadapinya...
Laut yang bergelora akan menghasilkan pelayar yang baik

Thursday, August 18, 2005

Wargghh!!!


its me! Posted by Picasa

Testing! testing... charlie satu! charlie satu, over!

sekali menjadi daaa. My old pic of mine. . Mmm.. just wait for my new pic aah.. This one cannot la... Burukss! (hehe..macam la bagus gambar sia yg lain). But finally, i get the answer - how to place my pic to my own blog like the other blogger did...
aramai tiee!!

Tuesday, August 16, 2005

Proud To Be MALAYSIAN!!!

Kempen kibarkan jalur gemilang di blog anda!!

SELAMAT ULANG TAHUN MALAYSIA YANG KE-48!!!
Apa khabar Malaysia
Hampir separuh abad usiamu
Merentang kebebasan
Lewat jasad yang menyembam ke bumi
Kemudian menghantar generasimu
Yang masih teraba wasiat merdeka
Mendakap sirna kemajuan
Melangkau sempadan waktu
47 tahun
Denyutmu menghidangkan waktu
Mengajar kami untuk mengimbau
Lalu menjadi bangsa pemikir
Menelaah prasasti wawasan perdana
Dan kami pacu tradisi dan jati diri
Menjadi pentafsir visi
Bumimu yang pernah merah
Kami - Ya! anak muda seperti kami
Hanya mampu terharu
Kerana pelantar hanyir itu
Melukiskan tingkap hayat kami
Fatamorgana alam pesaka yang harmoni
Jangan ada dendam
Jangan ada sangsi
Mari kita jeritkan sekali lagi
Menguak ke angkasa
Pekik yang lebih perkasa
Dari dalam jiwa yang lebih bermakna
Lebih unggul
MERDEKA!!
UNTUKMU MALAYSIA
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
M.I.C.K