TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, March 27, 2005

Mahu mengelilingi dunia...

Segalanya bermula bila seorang kawan [satu fakulti di UPM dulu], menghubungi saya minggu lepas bertanyakan khabar. Di akhir perbualan sempat juga kawan ini memberikan saya satu link www.oiljobs.cc untuk saya pertimbangkan. Pada mulanya saya hanya dapat beritahu yang saya sudah punya kerjaya. Namun bila saya buka laman web itu, timbul idea baru, kemahuan baru, boleh jug dikatakan mencetus semangat baru, dan saban hari 'kegelisahan' menyerang benakku. Walaupun tidak pernah memiliki pengalaman dalam bidang industri pertoleum, namun keinginan untuk mencuba terus tumbuh dalam diri sementara prestasi kerja saya sebagai supervisor semakin baik. Alkisah, kawan tadi sekarang bertugas di pelantar minyak di Norway dan memberitahu dia bermula sebagai pekerja tanpa sebarang pengalaman. Namun apa yang lebih menarik, level permulaan bagi pekerja biasa tanpa pengalaman bermula sebagai pembantu service, penggerudi dibayar dengan matawang US$275-300 SEHARI!! (hanya 21 hari bekerja). Sudah tentu ada sebab mengapa gaji dibayar sedemikian rupa tapi lupakan dulu fungsi kerjanya yang terlalu bersifat teknikal. Hanya mulakan dengan MINAT dan komitmen. Demikian pesan kawan tadi selalu sahaja mengganggu tidurku. Lalu bermulalah angan-anganku untuk mengelilingi dunia... 'Nigeria, Angola, UK, Norway, Kanada. Mexico, Hong Kong, Korea, Australia, Brunei', fikirku perlahan. Duniaku hanya laut biru, deru angin, kerangka besi, kabel, suit yang bersalut minyak hitam, topi keselamatan dan kabin kecil. Semua itu kelihatan satu gambaran yang sungguh menarik dan seakan-akan memancing seluruh minatku.. Ketika mengisi borang online, ditanya mengenai 'work status' dan 'preferred location' - saya terus mengklik 'Available immediately' dan 'Worldwide'. Entah apakah ini satu PILIHAN yang baik? Barangkali baik juga jika sekali-sekala menduga risikonya. Apa pandangan semua???

Wednesday, March 02, 2005

Hari Pertama...

Akhirnya SAH! sia dah pegang Penyelia Site/taman di Cheras, KL bertempat di Bukit Tiara, Taman Billion. Tidak mahu menoleh lagi, maka kerja ini akan saya teruskan baik-baik. Dan jika bernasib baik, sia punya prestasi kerja semakin memikat pihak pengurusan, bos sudah bagi clue akan ada lagi peluang yang lebih baik. Barangkali bos sekadar cuba mencetus 'keseronokan' bekerja dalam diri sia tapi ia tetap baik jika permainan psikologinya 'menjadi' dan memandu arah karier sia untuk pergi lebih jauh. "hal lain' tetap tidak akan saya abaikan selagi berpeluang. Jangan bimbang. Ia tidak akan mematikan 'langkahku' sebelum ini. Apapun, di sebalik 'semak samun' yang semakin menumbuh menemani langkahku, segala dayaku, sehabis usahaku, akan kuterangi laluan itu sekalipun harus mencabutnya satu persatu. SATU DEMI SATU...