TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, May 28, 2006

Perkembangan Terkini Mama...

Hari ni masuk hari ke 5 mama ditahan di wad hospital Kudat. Nuar, Kelem, Konong, Kakak Iley, Kakak Minah, Kakak Anang, Wai sudahpun melawat mama di sana. Bapa, Uncle Jeleson dan beberapa orang dari Kg.Morion juga telah melawat mama sabtu kelmarin. Mama pesan supaya jangan risau akan keadaan dirinya.
Seperti mana yang diketahui daripada kakak Anang pada hari selasa lalu, kakak Anang telah memeriksa keadaan kesihatan mama semasa mama datang melawat di Kudat dan didapati kandungan paras gula dalam badan mama sangat tinggi. Atas nasihat kakak Anang, hari rabu itu juga mama dimasukkan di hospital. Sehingga kini, mama belum dibenarkan keluar dari wad kerana selain masalah paras glukosa dalam badan mama, doktor juga memberitahu mama juga dalam keadaan stress dan tekanan darah sekali sekala dan kadangkala berulang kali mencecah paras tinggi.
Semoga mama cepat sembuh sebelum majlis adik Nuar berlangsung. Skarang ini wai sedang menjaga mama dan kalau mama masih ditahan di wad ketika saya balik sabah, saya juga akan terus ke sana untuk menjaga mama. Harap Tok Penghulu juga sudah mendengar khabar keadaan kesihatan mama. Apapun, mama dalam keadaan yang baik skarang ni. Harap semakin bertambah baik....

Monday, May 22, 2006

Trip Ke Tioman....

Petang ahad, jam 3.42pm terima mesej daripada Brother 'COVE'... agaknya la.. no hp baru je nampak!! hehe...

"Bro, trip ke Tioman jadi. Date Confirm on 3, 4, 5hb june. RM250"
Sender +6019......

Last trip pegi ke Pulau Pinang... Memang seronok juga. Kali ini, trip ke Pulau Tioman... memang dah lama pasang impian untuk merehatkan fikiran di tempat seperti itu... Kemudian baru le terfikir.. aiseymannn!!!... clash la pulak. Im going back to sabah on 1st of june till 8... Terlepas la kali ini perjalanan yang lebih menarik...Its a great moment to be there with u guys.... Hav a good weekend and wonderful journey to P.Tioman.. till then, do take good care urself my pren... miss u all. Hei ya... Drive safely ok!..

Monday, May 15, 2006

14 MEI : SELAMAT HARI IBU

Menjunjung Maaf Di Kaki Ibu
(Ampunkan Anak-anakmu Kerana Pernah Tidak Mengerti Dahulu)

Telah kau titiskan untuk kami
Tangisan luhur mengalir dari pelupuk matamu
Yang belum pernag gagal memadamkan prihatinmu terhadap kami
Dan kami pernah tidak pernah mengerti dulu

Telah kau serukan suaramu
Nyaring amarahmu ke halwa rasa
Dari sudut jiwamu yang tidak pernah gagal
Menudungi kami dengan bisikan rahmat
Dan kami pernah tidak mengertinya dahulu

Telah kau ajar tubuh ini dengan bilah rotan
Yang melibas hikmat dan didikan
Di antara simpati dan getar azam tanganmu
Yang tidak pernah gagal mengasihani kami
Dan kami pernah tidak mengertinya dahulu

Telah kau basuhkan lelah kami
Dengan bicara yang tidak pernah putus
Tumpah dari ulas getir bibirmu
Yang tidak pernah gagal membisikkan pedoman
Sebelum tidur kami
Dan kami pernah tidak mengertinya dahulu

Telah kau sembunyikan deritamu di balik senyum
Dan merebahkan lelahmu di sisi usiamu
Dan kau memilih membuang mengahmu
Jauh ke lubuk hatimu
Yang tidak pernah gagal memanjatkan doa untuk kami
Dan kami pernah tidak mengertinya dahulu

Ibu,
Di antara sekian banyak tidak mengerti kami
Di antara sekian banyak kegagalan kami
Di antara setiap jatuhnya perjuangan kami
Maafkan kami.......
Maafkan kami.......
Anak-anakmu yang gagal mengerti jalan didikanmu

Dan kini kami mengerti dengan jiwa sesal
Bahawa ibu sering selalu bersendirian
Memilih untuk bersabar hati di ruang sunyi
Bertelut dengan wajah dan senyum yang murni
Bersiap diri di antara susun jarimu yang tertib dan ikhlas
Rupanya...
Lantai yang basah yang sering kami bersihkan dulu
Itu Air mata ibu yang tumpah
Saat nyanyian doa melayang
Ke hadirat Sang Penghibur di atas sana

Ibu,
pandanglah kami dengan belas kasihan
Inilah anak-anakmu yang sudah besar
Dari luka nalurimu yang sarat derita namun sabar.....
Izinkan kami bernaung di lembayung doamu
Agar kami dapat menyudahkan hidup kami
Anak-anak kami
Dan wajah-wajah masa depan
Hidup di hujung telunjuk restumu


Selamat Hari Ibu Buat: Mama tersayang, Kakak Rosnang, Kakak Masly, Kakak Rominah, Puan Sonia. Juga untuk Auntie Raitin, Restina, Satiah, Rostiah, Rainang, Momi, Auntie Onou, Kelly, Kasiah, Kasilen, Puan Helly, Dilly, Ne'en (hehe sori my cazen.. terlupa nama betul korang. Aiseymen cemana jadi mcm ni? :))Norbiah, Vilentini, Nordiana, Undung, Hasni, Wati. GOD BE WITH U ALWAYS!

Labels:

Wednesday, May 10, 2006

Pencarian Kamera Digital? Ada Sesiapa Yang Boleh Bantu? :)

Apakah ciri-ciri kamera digital yang perlu diketahui sebelum membelinya? Barangkali Jack atau Clem atau sesiapa sahaja boleh mengusulkan kamera jenis bagaimanakah yang sesuai untuk kegunaan seorang fotografer?

Friday, May 05, 2006

SELAMAT HARI JADI MICK!!!

Pada hari ini hari yang ke - 06 dalam bulan yang ke 05 dalam hidup, usiaku meningkat setahun lagi setelah sebelum ini aku dibenarkan mengukir angka keramat kali ke 31 di keping jasad.
Tahun 1974 di sinilah nafasku bermula- dan tahun 2006 aku masih diizinkan untuk meneruskan denyut nadi. Demi kerana kusedar hanya aku hidup sekadar meminjam tubuh ini, maka sebelum aku pulangkan kembali, urusanku dapat kuselesai di muka bumi sebagaimana perjanjian yang diberikan terhadapku sebagai ganti aku hidup.
Tidak banyak yang selesai tugasku sebenarnya jika dibandingkan dengan pilihan-pilihan yang telah terus-menerus diberikan kepadaku tanpa syarat. Selepas ini.. ya.. selepas ini aku berharap hutang hidup dapat kulangsaikan sebagaimana yang patut...
...SELAMAT ULANG TAHUN...

Tuesday, May 02, 2006

Monolog Di Antara Malam Sunyi, Saat Hampir Pejam Mataku Dan Kuala Lumpur Yang Sepi......

Hehe.. Alkisah Matematik... Kartun Ini Sekadar Gurauan Semata-mata....

Apabila terbaca "Susahnya Matematik II" di blog TOK PENGHULU, saya teringat semasa di bangku sekolah dahulu, bagaimana saya begitu 'anti' dengan subjek matematik termasuk cikgunya sekali. Cikgu Matematik masa tu memang cantik dan suka tersenyum hehe!! Tapi entah macam mana ceritanya, semasa cikgu cantik tu mengajar Matematik saya seperti berhadapan dengan 'lembaga bermata merah, berkuku panjang (yang ni pastilah gula-gula panjang), rambut mengerbang dan suara menjerit-jerit'.... Hisshh!! serammm...

Otak saya rasanya 'tercedera' apabila saya mencuba menjawab soalan tersebut hehe. (Memang sah le kantoi Matematik).. Untuk mengelakkan berlakunya kecederaan dalaman, maka saya serahkan pada yang pakar untuk menjawab soalan tersebut... hehehe....