TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, October 30, 2006

The Sambion's Connection: Tahniah Dan Selamat Melangsungkan Perkahwinan Pada 5 Nov 2006.

Tuhan memberkati kalian sepanjang hayat. Black dan Suzie, maaf kerana tidak dapat bersama meraih kemeriahan hari besar kalian. Dari jauh di rantau orang, mick tetap berkongsi kegembiraan ini dengan perasaan bangga sebagai seorang cousin. Mick harap nanti ada gambar-gambar majlis yang boleh saya dapat dari mana-mana sumber untuk saya upoad ke blog ini. Casey.. rasanya ko bleh tolong kali kan pasal gambar tu?? hehe..

SALAM DARIPADA SAYA UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA SI AMAN-AMAN

Sunday, October 29, 2006

'Stunt' Yang Menjadi Di Antara Hidup Dan Mati...

Tidak dapat saya bayangkan peristiwa mengalami kemalangan akan berlaku pada diri saya. Tetapi saya tidak nafikan risiko membawa kenderaan tetap akan memberikan satu pengalaman yang mengerikan suatu hari nanti, entah bila, sama ada kita berada di situasi yang betul atau menjadi mangsa kesilapan orang lain atau kesilapan diri sendiri. Dan akhirnya hari ini peristiwa kemalangan itu datang juga memberi pengajaran pertama. Bezanya ialah sama ada bernasib baik terlepas daripada jemputan bebayang hitam atau berada di mana-mana tempat yang 'tidak diketahui'.
Ketika saya menulis, peristiwa ini baru sahaja berlaku 30 minit yang lepas. Saya bersiap untuk membuat lawatan ke site seperti kebiasaan yang saya lakukan hujung minggu untuk memastikan segalanya tiada masalah. Sejurus keluar ke jalan besar, jalan jam dan kenderaan bergerak perlahan menjadi 2 barisan (sepatutnya hanya 1 line sahaja). Ketika kelajuan motor hampir mencecah ke 60 km/jam (proses menukar ke gear 4) tiba-tiba sebuah kereta perdana cuba memotong dan ketika itu juga saya tidak berjaya mengelak lalu bertembung. Dentuman kuat menarik perhatian penduduk sekitar dan jalan lagi la bertambah jam. Saya dengan aksi stunt melompat dan berjaya melakukan pendaratan selamat. Mujur laluan bertentangan tidak ada kenderaan semasa kejadian. Jika ada pun pada jarak 12 meter dari posisi saya semasa terjatuh. Bila saya melihat, motor saya terperosok di bawah kenderaan dan terseret hampir 3 meter rasanya la. Syukur la saya sempat mengelak daripada 'menghuni ruang bawah kenderaan'.. Kesiannya saya melihat motor tu (selepas saya mengasihani dan bersyukur mendapati saya selamat..) hehe. Cermin kedua-dua sisi pecah, rim tayar depan bengkok, lampu pecah, cover pecah.. Dan bahagian sisi kanan cover kenderaan hampir 'nokolungkab' bilang urang putih hehe.. Mana tidaknya, di situlah badan saya dengan motor sekali terhempas, dan saya terpelanting ke laluan bertentangan, memusingkan badan di udara dan dalam keadaan begitu sempat juga saya melihat di dalam kenderaan seorang wanita muda menekup mukanya dengan kedua belah tangannya (macam terasa melakukan aksi 'matrix' pula). Dan saya terfikir, apa akan jadi kalau tiba-tiba kenderaan dari arah laluan bertentangan menyambut saya semasa terjatuh dengan kelajuan tinggi? Saya cuma mampu mendongak ke atas dan menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada-Nya melalui kelipan mata. Apa lagi yang mampu saya bicarakan. Saya benar-benar kelu!!
Hilang semangat sekejap, saya kemudiannya call adik Why untuk menenangkan perasaan dan cuba mendapatkan kembali 'diri saya' yang entah terpelanting di mana-mana. Perlahan-lahan dapat juga saya bertenang. Setelah selesai urusan rundingan dengan pemandu kenderaan, akhirnya pemandu itu bersetuju untuk membayar kos kerosakan motor.
Ketika ini, badan sudah mula terasa seram-seram sejuk. Badan terasa lenguh dan rasanya tidak larat untuk mengangkat tangan kiri. Mujur la tidak ada kecederaan luaran yang saya alami walaupun ada sedikit gurisan yang tidak berdarah. Latihan yang saya ikuti semasa mengikuti kem ketenteraan dahulu sedikit sebanyak membantu saya membuat aksi jatuhan yang selamat. Tetapi sebelah kiri kepala, bahu, tangan dan kaki kiri terasa ada sesuatu yang menusuk tulang-temulang. Tidak terasa sakit tetapi sesuatu yang semakin lama semakin mencengkam. Harap saja lepas 2-3 hari ini keadaan kembali pulih. Sepanjang masa saya menulis, saya menerima panggilan daripada adik Konong, adik Clem dan Kakak May. Sudah tentu dari adik Why tempat mereka ketahui cerita ni. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang yang kalian berikan. Untuk komuniti masinasin lain, jangan bimbang. Setakat ini saya dalam keadaan yang baik.. Esok, saya akan pergi buat imbasan untuk memastikan benar-benar semuanya ok.

Friday, October 20, 2006

Monolog I...

"Hi, ketemu kembali. Ke mana perginya cinta itu?.."

Hmm... Kamu datang lagi. Aku pernah mengingatkanmu supaya tidak menggangguku. (Entah apa yang harus kulakukan. Mengucapkan selamat datang kepadanya seperti kebiasaan? Atau membiarkan sahaja dia berleter seperti kebiasaannya juga).

"Saudara berbeza kali ini..."

Ah! Apakah kamu tau semuanya tentang apa yang ada dalam diriku?. Apa kebaikan yang kamu perolehi ketika aku kelihatan tidak berbeza bagimu atau ketika kamu rasa terganggu dengan perubahan yang menjengkelkanmu. Bukan urusanku.
"Aku khuatir. Apakah aku tidak punya hak untuk merasa khuatir terhadap dirimu?"
Khuatir?? Hei kawan... untuk kali ini aku terperanjat. Patutkah aku merasa terharu dengan kesediaanmu merasa khuatir akan diriku? Selama inipun kamu sering membiarkan diriku tanpa peduli apakah perasaanku ketika bangun pagi atau ketika aku menghabiskan sisa senja.
"Aku tidak perlu khuatir sebenarnya. Tapi aku memilih waktuku sendiri bila harusku merasa khuatir terhadap dirimu"
Untuk apa? Apakah aku tidak mampu untuk meneladani masa lampau sehingga aku tidak dapat membasuh dan merawat luka sendiri? Atau apakah aku tidak mampu mengingati jejak silam sehingga tidak mampu mengatur langkah? Atau kamu khuatir bebatu di tepi jalan itu melukakan terus carikan onak kelmarin...
"Kalau begitu apakah aku tidak perlu hargai hak pilihan yang kulakukan??... Jika demikian aku akan pergi sekarang..."
Merajuk lagi la tu. Bukan begitu. Bukan tidak punya hak. Aku cuma sekadar mau bertanya kenapa?
"Jangan la bertanya lagi kepadaku kenapa. Pilihanku ini tidak pernahpun mempengaruhi dirimu. Dirimu la yang akan tentukan. Aku akan pergi kalau itu yang kamu mau"
Hmmm... (dari dulupun sehabis bicara, aku tetap kamu tinggalkan tanpa meminta izin). Kalau mau pergi, silakan saja.
"Aku sayangkan dirimu dan aku tidak mahu melihat kamu bersedih. Kamu berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan dirimu. Pergi la dan cintailah orang itu."
Aku tau maksudmu teman. Perlukah kau ulangi lagi permintaan mu seperti yang sudah-sudah? Kau pun tau kan, aku akan tetap pergi juga. Bukan setakat untuk mau mencintai....
"......."
.........
"Hey.."
Ya..
"Err.. Hari sudah senja. Boleh ingatkan dirimu sekejap yang aku ada di sini bersamamu menghabiskan sisa senja. Usah katakan yang aku tidak ambil tau dirimu sebelum terbenam matahari"
Ya, aku tau. Tanpa aku diberitahu pun, aku tetap tau buat pertama kalinya kamu menemaniku menunggu senja.
"Jangan berkata begitu. Kasihanilah diriku.. Sementara masih sempat, aku ingin bercakap-cakap lagi dengan mu. Ya, selepas ini.. lebih kerap. Esok pagi aku datang lagi bertanya khabar perasaanmu. Aku rasa permulaan kita harus begitukan?."
Hmmm.. Siapakah aku untuk menolak kehadiran mu. Jika aku memandangmu, aku sebenarnya memandang diriku sendiri.. Kau juga tau itu.
"Ya, nikmatilah perasaan itu. Maaf mengganggu"
Sudah kukatakan. Kamu hilang begitu sahaja menemani kembali degup jantungku. Apapun, terima kasih kerana masih sudi menjengahku tadi. Maafkan aku kerana sebelum ini aku tidak pedulikan kehadiranmu... Bercerita la kepadaku apa yang patut. Tentang apa-apa saja.. Jumpa lagi

Wednesday, October 18, 2006

Beza Orang Tua Yang Bijak dan Orang Muda Yang Pintar

Happy Puffin

Di sebuah pergunungan Himalaya, ada seorang tua yang bijak tinggal di sana. Ada masa-masa tertentu orang tua ini akan turun ke lembah untuk menghiburkan orang kampung dengan kebijaksanaan dan kepandaiannya yang sungguh istimewa. Antara hikmat yang dimiliki orang tua ini ialah kebolehan meneka apa yang ada dalam fikiran manusia termasuk boleh meneka barang yang disembunyikan oleh orang kampung dalam poket atau kotak.
Ada beberapa orang anak muda pintar di kampung tersebut merancang untuk cuba merendah-rendahkan kebolehan dan menguji sejauh manakah hikmat yang dimiliki orang tua tersebut. Mereka sangat yakin bahawa kepintaran orang muda boleh mengatasi kebolehan orang tua tersebut.
Kumpulan anak muda ini merancang:
Orang tua itu sudah tentu akan meneka dengan betul bahawa apa yang ada dalam genggaman mereka itu ialah seekor burung dan mereka akan bertanya kepada orang tua itu samada burung itu mati atau masih hidup dalam genggaman. Jikalau orang tua itu berkata bahawa burung itu masih hidup dalam genggaman mereka, maka mereka akan mengeratkan genggaman agar burung itu mati. Dan jika orang tua itu memilih untuk mengatakan burung itu mati, mereka akan membuka genggaman dan melepaskan burung itu terbang. Jadi, apapun yang akan dikatakan oleh orang tua ini, anak muda ini sungguh yakin bahawa orang tua ini akan melakukan kesilapan.
Minggu berikutnya, orang tua ini turun ke lembah bertemu orang kampung. Kumpulan anak muda ini dengan segera menangkap burung dan menyembunyikan burung tersebut dalam genggaman. Mereka kemudiannya datang kepada orang tua ini lalu berkata"Orang tua yang bijak, apakah yang ada dalam genggaman kami?"
Orang tua itu menjawab"Dalam tangan kamu ada seekor burung" dan orang tua itu memang meneka tepat.
Kumpulan anak muda ini mula tersenyum megah dan saling berpandangan. Mereka hampir dapat menewaskan orang tua ini.
Kemudain salah seorang mereka pun bertanya"Orang tua yang bijak, boleh beritahu kami apakah burung dalam genggaman kami ini hidup atau mati?"
Orang tua itu memandang ke muka anak muda itu dan berkata"Kamulah yang akan menentukan apakah nasib burung itu seterusnya!"
Sebagai orang muda apakah pilihan terhadap kehidupan diri kita sendiri....
Just Dropping by to Wink at You !

Tuesday, October 17, 2006

Senja Di Tingkap Hayat: Att Mr KOZON.. :)

Tulang rusuk keringku

Kusapu dengan deru desah sengsara

Masih sempat kunikmati resahku

Melepasi lengkungan dadaku

Ke hujung kaki legam dipagut rintik hujan

Sebentar getar tanganku menadah

Menyambut air jatuh

Bukan dari langit gelap

Kusapu kelopak mataku

Kuyu, basah dan separuh tutup


Rumah usang berderet di pinggir kota

Aku tidak mampu menyisih pedih silam

Meringkuk di perbaringan

Menagih mimpi antara renyuk kotak

Dan kawanan tin kosong di tepi dian mati

Renung mataku sarat bertanya

Menari ke ruang rasa

Mana perginya dunia bidadari

Satu-satunya waktu untukku tersenyum

Membaring lelah yang tak sudah

Seekor lalat membelah udara hanyir

Terbang melingkar ke puntungan rokok terbiar

Ingatan mati


Di hujung sana antara kerut dahi

Dan jenuh mendongak

Anak muda dan gadis pingitan

Tawar menawar

Pertama kali, selalu tak mau

Selalu, tak mau kalah

Sering selalu, semakin tak mau kalah

Di mana-manapun


Ada ingatan sedikit berlari ke bumi silam

Itu aku yang berjalan menghamba cinta bergemerlipan

Tidak menghirau arah cuma rasa aroma mimpi

Berjalan ke depan atau mundur

Berpencak menuruti kaki kiri

Ke sana atau ke sini di mana-mana

Kata hatiku itu syurga

Aku benar-benar terlupa...


Di hujung sana di antara bayang kaki kabur

Aku melihat kelibat kelam dan api kecil

Aku tau itu anak muda yang semalam bertanyakan kepadaku

“Hei! si tua, pinjamkan aku sekejap penyuntik milikmu”

Ia sedang bermimpi di celah dakapan tubuhnya yang cengkung

Antara kaki kiri yang membengkok

Dan lunjur kaki kanan yang telanjang

Ya, aku tau kerana aku terlalu sering begitu dahulu

Sekarang....


Gadis manis dan senyum mengoda

Dulunya juga antara penghuni duniaku

Berlalu tanpa sudi memandang

Menghantar liuk badan ke hujung sana

Di celah riuh gelak putra bangsa

Di dada ada lagi bilur pertanyaan

Sekalipun hanya kudrat sisa menampung asakan

Batuk dan sempit nyawa silih mengetuk bertali arus

Bukankah aku si jejaka tampan igauan wanita

Bukankah aku si jejaka ceria pujaan mata

Bukankah aku si teruna menawan hati dara

Penyeri di taman kota ke kota

Cinta dalam dakapan

Pujuk rayu dalam gengaman

Kata hatiku ‘Akulah taman surgawi itu’

Aku benar-benar terlupa


Ah! Persetan..

Aku tidak mau ambil tau lagi

Kapankah denyut nadiku berhenti menemaniku

Aku merangkak perlahan mencari lambaian ombak lagu

Dalam remang yang merayap kugagahkan diri

Mendekati anak muda yang tergelatak kaku di situ

Ah! Alangkah seronoknya anak mudah ini menikmati mimpi

Tunggu sekejap! Aku mau menyertai perjalananmu..



Seorang tua di perbaringan

Sebentar-sebentar menahan asakan kejutan tubuhnya

Memandang langit biru yang gelap

Ternganga menghantar nyawa entah ke seberang mana

Kaku..


Keesokan harinya di dada akhbar

‘Pelancaran Kempen Kesedaran Aids’

Hotel mewah dan tengahari yang terik

Majlis jamuan di kota

Dan sembang-sembang pemimpin

Senyum diasak kamera

Sepanduk atas jalan kota

Ke pinggir kota

Si tua kaku masih di situ...

Labels:

Monday, October 16, 2006

Aku, Futsal dan Mr & Mrs Roger...

Hampir 2 tahun setengah saya tinggalkan dunia sukan. Seingat saya kali terakhir saya melibatkan diri dengan sukan ialah pada tahun 2004. Ketika itu UPM mengadakan pertandingan Bola Tampar inter-kolej. Jika bukan pertandingan itu pun, saya sering join kengkawan main Bola Tampar di Kolej Ke-6, atau di pusat sukan UPM. Selepas beberapa lama menyepi (cewah macam la ada bakat dalam sukan kan.. hehe) aktiviti yang saya lakukan hanyalah menonton bola sepak EPL yang melibatkan perlawanan kelab kesayangan CHELSEA hehe.
Alkisah, kelmarin saya dan adik Why memulakan pagi Ahad dengan permainan futsal di Petaling Jaya. Yang bestnya, first time main terus menang 9-5 mengatasi pihak lawan (kawan-kawan sabahan juga bah.. C Casey, C Weldy, C Roger, C Damron, C Ambrose, C Boney, C Sunalize, haiya talupa pula saya sepa nama BF c Abbey tu?!! dan the gang sabahan yang lain) Walaupn saya ni kategori kaki bangku tapi masih juga mampu membuat 2 hantaran (assist) yang menghasilkan 2 gol... hehe. Untuk pertama kalinya saya sedar yang saya langsung tidak memiliki stamina. Selepas santai sahaja di gol post, saya bertukar posisi dengan c casey. 15 minit atas padang berlarian, membuat tackle, menghadang lawan, mengejar bola, membawa bola, menghantar bola... terus saja pancit. Pengsan ja inda. hehe... Denyutan jantung seperti terasa terpaksa berdegup dan terhimpit kencang. Mujur la berjaya lepasi 'masa-masa sukar'.. hehe
Selepas main Futsal, Mr & Mrs Roger mengundang ke rumahnya untuk makan tengahari. Dijadikan cerita, singgah kedai kejap beli barang2 untuk dimasak tengahari. Hidangan tengahari disediakan oleh Mr Roger dan saya... Menu hidangan: Sayur sawi goreng ayam, Ikan Goreng Chef Roger dan sup ikan masak asam keping.. hehe. Berselera sangat. Lepas makan, tengok tv, main game 'Need For Speed Underground' sampai ke petang. C Why tatidur atas sofa. Ikutkan cerita mo balik jg bah tapi hujan lebat time tu. So ter'stay' la rumah c Roger sampai ke malam. Makan malam di sediakan oleh Mrs Roger dan adik Why...
Apapun, bukan cerita futsal yang menang atau makan-makan di rumah cousin Roger yang penting tetapi lebih daripada itu ialah layanan keluarga ini yang menyenangkan dan seronok melihat bagaimana famili ini menghabiskan masa bersama anak-anak dan sesama mereka. Sekali lagi saya dan juga bagi pihak bersama adik Why ingin memohon maaf kerana telah menyusahkan Mr & Mrs Roger...
Makasey sekali lagi...

Wednesday, October 11, 2006

Pinsan-Pinsan & Co: Part II

Lagi gambar trip ke Sg. Chongkak yang saya download dari web friendster c Why ...

c mick dan c black sedang buat terapi air bah nie..

Eh! sepa nie? Betul ka ni adik bongsu aku nie... Duta buah-buahan Malaysia... hehe


Aik!! Menunggu 7 puteri dari kayangan ka tu?

(Mantera) raja bumi raja batu di telapak nenak moyang. Dengan niat dan kuasaku yang telah menawan jantung alam lalu tunduk la alam pesaka di hujung telunjukku, kujadikan kotak ini serupa, serasa dan sebijik masam susu kasang!!! JADI LA KAU!!!!... *Blink!!* ngeheheh..


Bagaya kunun sikijap...

c Weldy dalam adengan 'memanjangkan tanduk toyol'.. Jangan marah kiowo rojo...

Tuesday, October 10, 2006

Pinsan-Pinsan & Co. Trip Ke Sg. Chongkak, Hulu Langat, Selangor

Gambar-gambar ini saya upload dari c Casey D punya web. Pinsan-pinsan The Sambion's Connection ramai yang yang tapigi juga. Trip ni pun diorang yang organize. Maybe minggu depan balawan futsal pula... Futsal yang lepas-lepas inda tapigi sebab inda kana inform huhu! Lagi pun diorg ingat sya karaja bah time tu.
Napa c Konong tu? hehe. Tingu la c mick tu, pasal makan nda ingat. Bagumuk kiowo!!

Splash time!! Mo jadi superman c junior. bilang c junior '1,2,3 tarajun!! Ayarrkk.. dadi sya blok pula.Hehe... From Left: Weldy, Yus, Si kici Deck, Mick, Casey (balakang sikit) Mrs Roger and Mr Roger.


Mindama!! c Badang ja yang buli kasi pacah tu batu. Jangan ko memandai-mandai sana mick. Na kan, binjul sudah tu munung!! hehe. Mrs Roger sikit lg nokorulun...

Barandam owo. Sejuk juga tu air sungai Chongkak...

Jinai-jinai bilang c Casey owo... Left: Casey, Konong, Lis (Mrs Roger) Why, Lady in Pink EL (amacam Casey, ada perkembangan korang?), Laura.... Belakang sekali Jinai Kota Belud bilang c Casey. (lagi-lagi c casey.. hehe)

Fotogenik!! Why, El, Konong, anonymous Kota Belud..

Sepa ni?? Tuan Black dan Mick sedang posing.

Konong: you're in candid camera...

Thursday, October 05, 2006

Dari Masinasin ke Tingkalanon....Menyusur Denai Muara, Menjejak Lubuk Ke Hulu

Pemberitahuan kepada semua komuniti masinasin, kata orang dulu-dulu, yang jauh datang berkumpul, yang berkumpul rapat merapat, yang rapat bermuafakat, bermuafakat mengerat silaturahim. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan sedikit keluarga ini dari sudut pengalaman saya sewaktu kecil dahulu.
Alkisah, keluarga besar ini juga dari rumpun keluarga Sambion, sememangnya sangat dikenali dan disegani di kg.Tingkalanon. Pengaruh keluarga ini tersebar ke pelusuk daerah. Keluarga ini boleh saya katakan sangat mesra dalam ingatan apatah lagi ikatan rumpun keluarga yang sangat dekat. Hampir semua mereka ini kita kenali cukup ramah tamah. Kenangan yang masih saya ingat ialah apabila setiap kali pulang dari sekolah dan melalui kedai si 'Amanaman' yang terletak betul-betul di persimpangan jalan masuk ke Kg.Tingkalanon, setiap kali saya hendak membeli 'korupuk', arwah mengizinkan saya untuk mengambil apa yang saya fikir saya suka makan tanpa meminta bayaran sesen pun. Tetapi saya tidak pernah mengangap kebaikan arwah ini sebagai satu 'peluang keemasan' malah saya jadi takut dan segan. Pernah arwah menolak sewaktu saya membayar makanan ringan yang saya beli di kedainya, namun saya tetap membayarnya. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya dan keperibadian arwah ini diwarisi oleh anak-anaknya yang semuanya peramah dan sangat suka tersenyum.
Ahli komuniti masinasin, bolehlah melawat keluarga ini di DI SINI atau klik pada butang MARALIN'S FAMILY di ruang atas atau juga di ruang kiri masinasin komuniti untuk membuka tetingkap secara berasingan. Juga boleh klik C.A.S.E.Y D, cousin hensem Tingkalanon. Heheh.. Yang lebih mudah, lihat di ruang atas dan klik pada butang berkenaan. Cuma kalau mau view file susah sikit, maka pilihan terbaik ialah buka tetingkap berasingan di ruang kiri masinasin komuniti. Menurut webmaster 'web ini belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses membangun dan mengimport data'. Namun, setelah saya membukanya, web ini sudah mencukupi untuk kita mengenali sebahagian daripada keluarga ini.

Wednesday, October 04, 2006

Beranda September - Sekadar Catatan

Tentang Aku:

Lembaran diari terbiar kosong beberapa muka. Aku mau mengisinya, mau mencatat sesuatu mengenai diriku tetapi aku gagal menemui siapakah aku dalam beberapa waktu kebelakangan ini...
Tentang Sehari-harian:
Aku hanya lelaki biasa... Tidak banyak yang dapat kukatakan apakah yang telah berlaku dalam hidupku. Aku gerunkan hal yang sia-sia telah kulakukan, dan yang akan mengangkat ke permukaan rasa sudah tentunya kata, kata mengekspresi hal kesia-siaan itu. Kerana itu aku takut pada kata. Ya, kata-kata yang bakal membisik di hujung pena, membual ke telingaku sendiri..
Tentang Kesihatan:
Aku masih mampu melepasi beberapa rintangan dengan kudrat yang sekadar cukup-cukup terdaya.. Beberapa hari yang lalu, beberapa minggu yang lepas, juga beberapa bulan sebelumnya atau tahun yang sudah-sudah. Mengingati bila waktunya aku gagal menjaga diriku membuatkan aku diserang kelesuan. Kerana aku tahu aku pernah sakit dan akan jatuh sakit lagi. Lesu kerana aku menyedari bagaimana keadaannya bila menghadapi hari-hari 'tidak baik'.
Tentang Kerja:
Hanya dapat kukatakan perjalanan di sebuah padang yang hijau dan rata. Kakiku belum menemukan lagi permukaan tanah yang meninggi sedikit untuk mengupayakan pandanganku menjangkau sedikit jauh atau seberapa jauh panorama. Letih sebenarnya cuma-cuma menongkat ibu jari kaki termanggu-manggu mengintai horizon di balik sana.
Tentang Emosi:
Sekalipun mampu mendiamkan ribut, geloranya tetap ada. Selebihnya senyum sahaja kerana reaksi yang tepat pasti menyembuhkan. Kemarahan sekadar mendekatkan diri dengan bahaya. Kemurungan menjelmakan ketidakpastian, kesedihan menunjuk ke jalan curam berbatu. Aku masih belajar bagaimana menjadi diri sendiri.
Tentang Cinta:
Seseorang mengatakan cinta itu datang;

kepada orang yang masih mempunyai harapan, walapun mereka telah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati, kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan
Aku pernah percaya 'jangan berkata selamat tinggal jika masih ingin mencuba'. Aku pernah percaya 'jangan menyerah selama masih boleh ke depan'. Aku juga pernah percaya 'jangan sesekali berkata tidak mencintai orang itu selagi hati tidak boleh membiarkan dia pergi'. Sehingga kini aku masih memilih untuk percaya. Permulaan cinta ialah dengan membiarkan orang yang ingin dicintai menjadi dirinya sendiri. Adakalanya sudah tentu bukan untuk diriku. Tidak semuanya ini harus kuminta terjadi demi untukku. Masa depan yang cerah adalah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. Cinta itu maknanya kerelaan. Lalu aku mengingatkan diriku agar tidak mengharapkan cinta ada balasannya. Biarlah sampai cinta itu tumbuh di hati seseorang. Jika tidak, sekurang-kurangnya ia tumbuh di hati sendiri. :)
Jam sudah menunjukkan pukul 2.20 am. Aku mahu berehat. Huaaaa!!! aku nak mengeliat sekejap. Ayark! salah urat, sakit bahu pulak. Gud nite!