TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, January 25, 2007

SALAM TAKZIAH


Blog ini merakamkan kesedihan di atas pemergian Jemko Bin Sarikal(saudara bersepupu) yang meninggal dunia semalam (24-1-2007, 10pm) dalam kemalangan jalan raya berdekatan dengan Maktab Gaya, Kota Kinabalu. Tengahari hari ini, mayat akan dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Kg. Tingkalanon, Kota Marudu, Sabah.
Kesedihan keluarga ini bukan mudah untuk difahami kerana mereka yang melalui saat sukar dan hanya 'hati yang berdiam' seorang isteri, anak-anak yang dikasihi serta air mata sahaja yang mampu bercakap melampaui kata-kata.
Blog ini akan berkabung bersama-sama dengan keluarga terdekat dan saudara mara selama seminggu.

Monday, January 15, 2007

Seketika, Aku Harus Mencari Kembali Ketenangan Dan Sesudah Itu Aku akan Mengorak Kembali Langkah Ini Di Garis Permulaan...


Ikan Badul (versi c Ejay)

Sya masih teringat sebutan c Ejay bila menyebut nama menatang ni. Hehe... C Ejay (putra ke-2 c kakak Lyedd) lebih suka menyebut 'ikan Badul' daripada ikan badus... Bebrapa kali kami cuba betulkan pun masih tetap suka menyebut ikan badul.. Tapi saya tahu ini disengajakan olehnya dan sememangnya karakter dia selalu sahaja unik untuk diperhatikan.

Banyak peristiwa menarik muncul setiap kali memandang ikan ini. Kenangan terus sahaja membawa saya ke suatu petang bersama Nuar, pergi ke kolam pakcik Ambal di sarayo. Membawa bersama peralatan untuk mononggi'is badus, berumpankan tali perut ayam dan dibiarkan semalaman. Awal pagi jam 5, saya dan Nuar menjenguk tonggi'is dan hasilnya, memang lumayan.. bleh dapat sampai 20 ekor.. Besar-besar pula tu. Sekali pernah dapat Ikan Badus sebesar lengan... Enak sekali untuk dihidang.. Mononggi'is adalah hobi nombor satu suatu ketika dulu. Aduiii!!! lapar la pula perut nie.. hehe

Gambar di atas adalah 'gambar ihsan' daripada Abg Jack, dirakam selepas surut banjir di tengah sawah. Nampaknya, ikan ni lambat pickup daripada kengkawan dia yg lain. Tu la sebab dia 'kesurutan air'.. Akibatnya, di kuali la hayat dia... hehe


Thursday, January 11, 2007

The Words That I Like To Use Recently..

"Yaa, apa hal?"

"Masaaa"

"Jadi apa la tuu?"

"Humm.."

"Tidak mengapa"

"Im doing fine"

"Kalau la?"

"Kensel!"

"Yang terbaik"

one word that can describe my feeling now:
"Tidak pasti"

i don't know what to do..

Wednesday, January 10, 2007

Gamba-Gambar Banjir Di Kampung

Gambar ini saya upload dari blog Abg Jack , peristiwa banjir yang berlaku pada 28 Dec 2006 yang lalu.

Rumah di tepi sawah beberapa hari sebelum bumi ditenggelami oleh tangisan dari langit.
Rumah ini benar-benar mengusik kenangan.

keadaan jalan yang menghala masuk ke rumah.

Ini adalah sungai Tingkalanon yang melimpah 'amarah'nya seluas menjanggkau darat.
Sungai Tingkalanon yang hampir putus setakat boleh dilalui oleh kaki yang bersemangat waja. Hehe!!

Abg Jack sempat memberikan pose menarik di sebalik panorama yang tidak 'tidak menarik' pada kaca mata petani. :)

Monday, January 08, 2007

Nyawa Harus Hidup


Jumaat petang minggu lepas, berakhir episod seorang pemimpin yang pernah berkuasa secara total ke atas pentadbiran Iraq. Secara peribadi, saya tidak pernah bersetuju dengan kekejaman yang pernah dilakukannya semasa zaman pemerintahan beliau.


Saya tidak pernah lupa ketika beliau mula-mula memegang tampuk kuasa, dalam satu perhimpunan yang disiarkan di kaca tv, beliau mengumumkan satu-persatu nama-nama yang disyaki mengkhianati beliau untuk dibawa keluar dan dibunuh. Tidak cukup dengan itu, beliau menubuhkan satu kumpulan rahsia untuk terus memburu saki-baki penentang beliau. Perang Teluk juga mengingatkan saya akan kekerasan hati beliau dan antara prosedur luar negara yang tidak dapat juga saya persetujui.


Kejatuhan pemerintahan Saddam ke tangan pihak barat yang ditunjangi oleh AS dan Britain menjadikan beliau sekadar individu yang diburu oleh kematian. Video klip yang tersebar luas di internet ketika hukuman gantung dijalankan ke atas Saddam membuatkan jantung global berdebar kencang. Siaran secara terbuka menyaksikan anugerah nyawa boleh diambil begitu sahaja. Kecaman demi kecaman menguasai media dan udara tetapi tidak mendapat perhatian daripada pemimpin negara yang mengalami pengalaman dasar luar dan kepentingan peribadi di Asia Barat yang dicengkam trauma oleh karenah Saddam.


Tidak ada sesiapa yang berhak ke atas anugerah nyawa termasuk diri sendiri. Kelemahan manusia ialah tidak mahu mengerti yang hak yang paling teratas ke atas nyawa ialah menjaga pemberian ilahi. Kita sekadar menumpang nafas dan dibenarkan hidup. Sebarang hukuman yang melibatkan insiden 'memisahkan nyawa dari badan' adalah tragis. Memadailah dengan hukuman seumur hidup atau sepanjang hayat.


Tidak kira rakan atau musuh, kesedaran memiliki nyawa itu harus menjadi pemisah dalam setiap pertimbangan dan emosi.

Thursday, January 04, 2007

The Begining Of The End...

I'm not too shy to ask and i'm not too proud to lose but sooner or later it will be come. If she choose to end the relationship, it's not mean that i have to stop loving her but it's true time finally separated us! I know i have to start to questioning where i will go after this, but till now i didn't do anything. This journey going deep so does my love for her. I couldn't ask more than now....
Just DO IT!! with trust....