TINGKALANON - TANDEK - MORION

Saturday, May 31, 2008

Maaf Kerana Aku Bukan Lelaki Yang......

..... sanggup mati untuk mendapatkan cinta. Cinta maksudnya baik, ikhlas, perasaan semulajadi, menghormati hak, satu perasaan, satu debaran, prihatin, saling berkerjasama, pengertiannya bukan pada kata-kata tapi pada nurani yang jauh ke dasar, yang saling berpadu jiwa raga oleh satu ikatan rasa yang wajar dan oleh akal. Seseorang datang kepadaku dan berkata cinta itu kesanggupan untuk mendapatkan seseorang yang disukai dengan apa sahaja cara sekalipun harus mati atau bertarung tenaga demi kerana untuk membuktikan cinta. Persepsi seperti itu konvensional. Dunia menerima cara ini tanpa apa-apa alasan kerana itu sebahagian daripada cara.
Akhirnya seorang lelaki seperti saya percaya - Cinta itu nilai, berpeluang untuk menikmati rasa kecintaan itu kesyukuran, hidup bercinta itu harga, dicintai kembali itu kekuatan, menjaga cinta sehingga nafas terakhir itu keagungan pada aras tanda manusiawi.
Dan jika aku akhirnya mencintai seseorang dan kemudian diterima hidup dengannya biarlah saya katakan disinilah aku akan mati untuk seorang wanita yang bergelar isteri sepanjang hayatku.
Dan bila aku ditanyakan kembali 'Kamu harus berjuang untuk mempertahankan seseorang yang kamu cintai atau siapa yang kamu sukai agar tidak jatuh ke tangan orang lain'. Lalu mulai ada tanya di sudut hati, itukah bentuk kasih sayang sehingga cinta yang saling 'bersetuju dari segi emosi dan rasa' berpindah tangan dengan mudah? Sejauh mana kekuatan cinta diterima secara 'lagenda' dalam diri pasangan yang mengaku saling bercinta?? Bagaimana mungkin ada cinta yang benar semata-mata kerana seseorang itu disukai? dan hanya ini yang kuanggap sebagai satu kekuatan bilamana pada satu peringkat mulai ada perasaan ingin mencintai itu dicintai kembali dengan wajar dan waras. Bila saling bercinta dan kemudian terjerumus kepada cinta lain, sejauh mana anda belajar bersyukur untuk cinta yang anda percaya pada mulanya??
Tidak mengapa jika dunia melihat aku lelaki yang gagal kerana ada sejarah yang tidak gagal mencatatkan betapa sangat ramai lelaki yang sanggup mati untuk cinta. Yang nyata saya bukan bahagian dari catatan itu. Jadi wanita yang menunggu cinta sebenarnya tidak sesukar mana untuk diraih oleh seorang pecinta.
Sanggup mati untuk mendapatkan cinta berbeza dengan mati untuk mempertahankan cinta...

Labels:

SELAMAT HARI SABAT...

Pilihan menjadikan hidup di dunia sangat azab dan sengsara tapi Tuhan, Engkau sangat adil untuk saya bertanya KENAPA??

Monday, May 26, 2008

Terkenang-Kenangkan Kampung Halaman

Garisan merah sempadan sawah dan bulatan hijau rumah tempat berteduh sepanjang hayat

Inilah wajah kampung halaman. Dikelilingi sawah padi menyajikan mata fenomena hijau membentang seluas mata melihat. Cahaya mentari yang menjengah perlahan-lahan dari perbukitan, memanah sirna ke pelusuk alam, melantun kerlip di setiap helai daun padi yang berembun pada suatu pagi yang dingin dan damai berkabus. Tiada yang dapat menggantikan emosi saat melihat manik-manik emas menyuluh halus antara tunduk padi berisi yang berjela-jela, bagai membasah berkaca di kelopak mata. Aroma mengapung bertaut dalam kedinginan bayu semilir, mula bermain melingkar lembut di sekujur tubuh, menyejuk di hujung rambut dan menjadi asyik di hujung rasa.
Aku mahu ke sana lagi menikmati kerinduan yang sudah lama kutinggalkan.

Labels:

Sunday, May 25, 2008

"Telebih Sudah" Tawan Stadium Bukit Jalil

Juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 - Rumah banglo A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka bernilai RM550,000, pakej percutian ke Afrika Selatan, kereta Peugeot 307 XS RM139,535, wang tunai berjumlah RM25,000 serta sebuah trofi bersalut emas- menceritakan kekuatan vokal dan gaya persembahan Stracie Angie Anam atau Stacy melalui lagu Atas Nama Cinta dan Aku Stacy. Konsistensinya sepanjang musim serta keyakinan para juri menerusi komen-komen yang mengangkat nama Stacy bagai menjadi magnet di tangan pengundi SMS untuk memilih Stacy di pentas sulungnya dalam dunia seni muzik, mengungguli persaingan.
Tahniah kepada Stacy dengan trend statement 'kiut'nya 'telebih sudah' kerana menjadi peserta pertama dari Negeri Di Bawah Bayu menjuarai Akademi Fantasia. Selepas ini Stacy akan keluar memperjuangkan cita-cita seninya menjadi artis rakaman, menyertai barisan 'senior' Sabahan Akademi Fantasia seperti Linda, Adam, Marsah, Felix dan Velvet 'malatops'.
Tahniah sekali lagi.

Labels:

Thursday, May 15, 2008

Sarjit Singh, MAH President- 'MAH akan melakukan yang terbaik untuk melindungi pelancong'

Akhbar Malay Mail semalam menyiarkan beberapa keping gambar yang diperolehi daripada rakaman CCTV di sebuah hotel yang menunjukkan aksi bersahaja sekumpulan pencuri bag/bagasi pelancong yang sedang berurusan di kaunter pendaftaran.
Hari ini Presiden MAH (Malaysian Association Hotels) Sarjit Sing, membuat kenyataan bahawa MAH akan memastikan yang terbaik untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang. Tambahnya lagi aspek keselamatan dan kawalan ketat akan diberi keutamaan.
Bagaimana pun blog ini tertanya-tanya kenyataan beliau yang berbunyi "If a culprit has been identified by any of our members, an immediate alert would be sent to others so that they can take preventive measures such a refusing the culprit entry into their premises".
Beliau masih terlupa bagaimana untuk memberikan apa yang terbaik untuk melindungi pelancong domestik dan luar negara. Jika ikutkan statement yang yang dibuat 'Penjenayah dikenalpasti-segera alert hotel-hotel lain- ambil tindakan untuk tidak membenarkan penjenayah masuk ke premis!' adakah ini satu reaksi yang baik??
Di Malaysia bukan hanya satu hotel yang berdaftar di bawah MAH. Jika tindakan yang diambil sekadar 'menghalang daripada memasuki premis' tidak ada sistem yang mampu menghalang mereka daripada terus melakukan jenayah curi bagasi.
Mungkin beliau sebenarnya tidak berniat begitu, samaada tidak sempat dinyatakan dalam sidang akhbar, atau terlupa dan kemudian teringat kembali setelah semua wartawan beredar pergi, namun sebagai presiden Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, karisma dan kedudukan beliau dalam hireraki industri perhotelan seharusnya membuatkan beliau lebih tahu membuat kenyataan yang membuatkan semua orang merasa ada jaminan keselamatan peribadi semasa berada di premis berkaitan.
"Apabila kenalpasti penjenayah-unit keselamatan hotel buat tangkapa atau menghubungi polis-penjenayah diserahkan kepada polis" bukankah ini satu taakulan yang lebih cekap??
Sakit hati tengok gambar rakaman CCTV tersebut. Apapun, semoga penjenayah yang terbabit dapat ditangkap dengan kadar yang segera sebelum memburukkan nama Malaysia di mata para pelancong. Hairan juga bagaimana sekumpulan penjenayah melakukan modus-operandinya dengan santai dan selamba di kawasan lobi yang mempunyai pengawal keselamatan. Atau sekurang-kurangnya Bell Boy harus peka dan berperanan sama dalam mencegah kegiatan jenayah. Itu baru kecurian bagasi. Banyak kerja yang perlu dilakukan...

Tuesday, May 13, 2008

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu-ibu yang dicintai. Anak-anakmu sangat berterima kasih atas semua kasih sayang yang tidak mampu kami jawab dengan tangisan kami melainkan air mata ibulah yang terlebih dahulu mengalir menyejukkan ubun kepala kami dan menjadi lembayung masa depan kami sekalian anak-anak.
Maafkan kami. Seluruh hidup kami, kami tidak sedar menyakiti hati ibu melakukan banyak perkara 'baik' di mata kami, kami enggan membawa pesan ibu 'yang baik itu tidak selalu benar'. Berkali kami ulang di cuping telingamu, anak-anak ini memohon maaf, berulang kali juga kami menyakiti hati ibu. Sementara kami sentiasa diberi peluang berulang kali meminta maaf, mohon kiranya engkau, ibu yang kami sayang, tetap sabar.
Salam kasih sayang kami dari anak-anak untuk para ibu yang dikasihi

Labels:

Wednesday, May 07, 2008

Kopivosian Tadau Ka'amatan

AMARAN!! ... Gambar ini cuma hiasan, sekadar terasa sinonim dengan tradisi menjelang Pesta Menuai. Blog ini tidak menggalakkan aktiviti lumogop hehe!!. Jika ada aksi mengaramai ti, segala emosi dan perlakuan adalah tanggungawab anda sendiri. Bukan tidak boleh, cuma saya katakan nikmatilah dengan gembira. Selamat menyambut Pesta Ka'amatan di semua peringkat. Sememangnya Pesta Menuai sentiasa menjanjikan pengalaman yang klasik daripada seni muzikalnya dan tarian, pertemuan dengan Yang Berhormat sehinggalah kepada ramah tamah kaum yang pelbagai. Berselang seli dengan senyuman hujung minggu, bertanya khabar di antara jabat tangan yang erat, aksi rokok daun para gundohing, menginggat di bawah pohon rendang sambil asyik menghembus asap menikmati alunan kulintangan, hiruk pikuk di gerai jualan seribu juadah, kemudian antara sedar dan tidak beberapa episod hati anak muda dicengkam gundah gulana lantaran terpanah oleh lambaian ratu pada suatu petang penentuan untuk ditabalkan sebagai Unduk Ngadau Ka'amatan. Ah! senyuman demi senyuman dibahasakan di bibir merah setiapkali para jelitawan tampil anggun mengatur gemalai sambil memantrakan lenggok mengadunkannya dengan keasyikan dalam setiap bahasa tubuh menghias pentas dan mengasak setiap degup jantung seluas arena. Barangkali itu yang membuatkan para juri tidak keruan gerangan siapakah pemenangnya.

Redup dan sejuk bayu gemalai menidurkan bayi di pangkuan sang ibu yang santai sambil berkongsi, mendengar atau mengkisahkan kembali cerita silam dengan para ibu-ibu yang lain atau panorama jari jemari lembut menyekah rambut di dahi sang sumandak, dengan wajah yang merah dicabar mentari, berdiri dalam beberapa kelompok, sekali sekala dihujani siulan pemuda yang tercabar dan gagal menduga emosi juita. Semangkuk gisak diusung oleh seorang anak muda lalu bila ditanya katanya 'pusas ba, untuk kesihatan'. Usah terperanjat jika ada lagu yang berkumandang di tengah padang oleh sang pujangga yang bersendirian tertewas oleh penangan singgarung, terbaring atau terhuyung hayang. Bulan Mei jika tidak mendengar gemersik lagu Tadau Tagazo Do Ka'amatan tidak akan lengkap untuk memujuk emosi kepulangan ke desa. Jangan lupa menyajikan cuti-cuti anda dengan tariang Mongigol. Sekali sekala cubalah tarikan titikan pinakang bersama keluarga atau rakan sekampung atau sesiapapun.

Tradisi pesta ini sebenarnya terlalu mengharukan emosi dan mengusik jiwa anak-anak momogun. Jika anda sudah lama tidak pulang ke desa, pulanglah. Sekali lagi kukatakan, NIKMATILAH dengan syukur di bumi bertuah, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Kheeheeei!!! hehe sudah lama tidak mamangkis. Sampaikan salam untuk Bobolian. KOPIVOSIAN TADAU TAGAZO DO KA'AMATAN OM TOUN WAGU

Labels:

Tuesday, May 06, 2008

H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y MICK...