Pelaburan Internet?

yang perlu difikir, yang perlu diluah, yang perlu dikongsi, atau yang perlu dikesali, barangkali sedikit dendam atau cemburu, atau kasihan, atau ingin tersenyum - tanpa perlu menyembunyikanya... untuk beberapa perkara besar ia bukan rahsia lagi. Sekali lagi kukatakan - HANYA UNTUK BEBERAPA PERKARA BESAR Sahaja. little_mike@mailcity.com

Entah apakah sebenarnya perasaan penerjun muda ini bila kejayaan mereka melakukan penerjunan di kutub utara disambut dengan tajuk akhbar sedemikian rupa?? Bagi saya, coretan silam mereka biarlah menjadi teladan dan simpanan kisah peribadi mereka. Secara peribadi, kejayaan ini sambutlah dengan nota pena yang lebih menghargai 'hidup baru' mereka. Sama ada mereka ini adalah bekas raja di jalan raya atau 'pesara' salah laku sosial, lalukan sahaja kisah itu sekadar di pinggiran ingatan. Cukuplah mereka ini pernah menjadi sebutan kerana menimbunkan masalah ke meja penguatkuasa. Mungkin bagi 12 penerjun muda ini, sekadar tersenyum dilabelkan begitu tetapi demi kredebiliti mereka yang memilih untuk meninggalkan profesi mat rempit, mereka ini belia dengan karekter yang baru. Bantulah tulislah sesuatu mengenai mereka tanpa perlu membuatkan emosi mereka ini 'tertoleh ke belakang'... Melabelkan mereka begitu sewaktu menyoroti kejayaan negara bukan sesuatu yang membanggakan... Penulis artikel ini perlu belajar sesuatu daripada cara penulisan pemberita Bernama (bawah) yang disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang sedikit pun tidak menyentuh peribadi personaliti dalam meraih kejayaan nasional di dada akhbar.

Mempelai di pintu hati pengantin lelaki.. :)
my name is JAMES BOND .. sorry not BOND but MOND.. Uppss!! Putra sulung kakak Anang, Momon..Haku mo berikan perhatian kepada aksi-aksi kakak May, Adik Konong dan Adik Why. hehe... Perhatikan diurang bertiga ni bila bapa datang serang hendap persiapan kami. Sekali pengantin pun naik gabraaa da. Tapi yang lucunya bapa nasib baik tidak marah tapi sempat memerhatikan keserasian tarian poco. Fuhh!! legaaaa.. hehe
Ni la aksi-aksi yang sempat dirakam sejurus sebelum bertolak ke gereja. Pengantin pun sempat lg menari bersama konco-konco masinasin.. hehe. Masaaaa!! menunggu da orang di gereja!!