Friday, August 29, 2008
Tuesday, August 19, 2008
Mubahalah-Sumpah Laknat
Monday, August 18, 2008
EPL Kick Off: Chelsea 4 Portsmouth 0
Gol pembukaan Joe Cole 1-0
Tandukan Anelka 2-0
Penalti Lampard 3-0
Percubaan jarak jauh Deco 4-090 minit masa permainan yang sangat bertenaga, bergaya dan Scholari berjaya mengembalikan corak bolasepak menghiburkan oleh pasukan Chelsea FC yang sebelum ini terlalu defensive di bawah kendalian Jose Mourinho. Semasa Avram Grant mengambil alih sebagai pengurus, Chelsea menunjukkan sedikit peningkatan tetapi Avram tidak mempunyai kekuatan dalam aspek man management dan gagal menyemai mentaliti kemenangan dalam situasi genting. Tahniah Chelsea!! Percaturan taktikal Scholari membuatkan pertahanan Portsmouth tidak mempunyai jawapan terhadap gerakan dan variasi serangan Chelsea. Sir Alex Fergusan menyifatkan para pemain Chelsea sebagai 'a bunch of old men' kerana rata-rata pemain Chelsea berumur 30 tahun. Ternyata perlawanan menentang Pourtsmouth malam tadi membuktikan sebenarnya bukan isu umur jadi ukuran tetapi pemain Chelsea sangat matang dalam persaingan bola sepak. Ballack, Lampard, Deco, Sheva, Drogba berada di puncak karier dan ditambah dengan status mereka sebagai pemain kelas dunia. Itu baru perlawanan kompetetif yang pertama. Rise The Blue Flagssss!!!
FANTASY PREMIER LEAGUE 2008/2009

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyertai persaingan sebagai Pengurus Kelab dalam kumpulan Liga Juara-Juara Kuala Lumpur. Ini ialah keputusan pertama: The Kickers: Frendy Rubil-72 mata, MICKEYchelsea FC: Jalimik S.P.Sambion-65 mata, juraganfc: black blackzeem-60 mata, Chelsea Lagi:
Muhammad Hisham Salleh-60 mata, KimAraGanG FC-tanak wagu-34 mata, GoRoGoM: MunCas 08-34 mata, idonofc: Bestevariell Sandah-29 mata, Nike FC: Wayne Rainey-29 mata dan rumbiamasolog FC: Roger Ukun-25 mata. Pengurus Frendy menjuarai pusingan pertama.
Thursday, August 14, 2008
Chaiiiyo Chong Wei!!!
Teringat saya akan janji kabinet untuk memberikan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik Beijing. RM1juta??? Sangat lumayan!!! Namun saya percaya, jika tiada tawaran hadiah sejumlah wang ini pun, Chong Wei akan dapat melakukan kejutan kerana bakatnya dan dia adalah pemain kelas dunia. Chaiyyoo Chong Wei!!.. Hapuskan rekod lama Rashid Sidek yang memenangi pingat Gangsa di Olimpik Athens.
Jimat Cermat...
Pada suatu hari bapa bercerita tentang nenek berkaitan dengan berjimat cermat. Cerita ini sudah berusia lebih kurang 20 tahun dari bapa bercerita dan masih saya simpan dalam ingatan. Bapa memulakan cerita tentang nenek yang menetap di Parong, Kota Marudu. Nenek ini antara insan yang paling saya sayang dan sangat baik serta sangat saya hormati. Kata-kata nenek tidak pernah saya bangkang dan saya tidak pernah tersinggung apa sahaja butir bicara nenek. Tidak pernah jemu memberi kata-kata nasihat. Setiap teguran saya tidak membalas sama ada untuk mengulas atau bertanyakan kembali dengan persoalan, kecuali 'ya' dan anggukan. Itulah persona nenek.Tuesday, August 12, 2008
Dulu Saya Pernah Training...

Mick Lou Schwarzenegger har!har!kui!kui!kill!kill!die!die!... (tattoo yang cuma bertahan 3 minggu. Nasib baik bukan jenis yang kekal huhu)
Monday, August 11, 2008
Menunggu Gendang Dipalu...
Nak Berjimat Punya Hal...
BBQ AY Klang
Perut sudah naik. Kenyang makan durian... adesss!
Pilih! pilih!.. baik punya... :)
Geng-geng durian.. hehe Kiri: Suzanne, Chester, Konong, Andy, si.. ayaa cemana lupa nama dia tu.. siou, Lina, Ikung, Black, Steve, Pam, Vika, Nikhlos, Rubin 'Lucy' hehe, Boyden, Diana, Jay Cou :), Krist, Mick (sepa lagi saya la hehe)
Antara kawan2 yang datang. Kiri Sekali Auntie Satiah.Selepas program AY, kami beramai-ramai stay untuk memeriahkan BBQ yang telah diatur sebelum ini oleh Cazen Vika dan Roy. Hidangan malam itu fuuhh.. sedap! Sekali lagi seperti biasa saya mengambil tempat sebagai chef panggang memanggang. Yang bagusnya, sambil memanggang sambil makan. Gudoot! Haha.. Entah tiba-tiba timbul idea kawan-kawan untuk menambahkan kemeriahan dengan hidangan aroma durian yang sungguh tidak dapat dinafikan memikat rasa. Saya tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan kejaguhan memakan durian. Sudahnya, perut jadi kembung. Pelbagai makanan yang masuk melupakan seketika 'diet' yang saya cuba usahakan. Malam itu saya tidak ingat apa-apa lagi untuk membataskan kunyahan. Semuanya hamtam... Lupa dunia hehe. Ayam panggang, hotdog, sup, durian, durian dan durian. Malam itu saya balik jam 11 dan terus ke tempat kerja dengan kekenyangan yang ekstrem.






